Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Jumaat, 29 Julai 2011

PDRM perkenal PRS



khalid Abu Bakar (tengah) mengadakan sidang akhbar selepas menutup Bengkel Pembangunan Aplikasi Siasatan Trafik di Genting Highlands, semalam.


GENTING HIGHLANDS 28 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperkenalkan Sistem Pengaduan Polis (PRS) bagi membolehkan siasatan awal kemalangan dijalankan di mana-mana balai polis seluruh negara secara dalam talian.
Sistem yang dijadual dilancarkan November ini, bakal memudahkan orang ramai yang terlibat dalam kemalangan untuk membuat laporan.
Para pengguna kenderaan juga boleh memperoleh maklum balas segera berhubung kemalangan yang dialami sejurus laporan polis dibuat.
Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu terlibat dalam kemalangan sama ada kecil atau besar di Kedah, dia boleh membuat laporan di mana-mana balai polis di negeri lain.
Sebaik sahaja laporan dibuat, polis tempat dia melaporkan kemalangan itu akan melakukan siasatan awal, sama ada ke atas pengadu atau kenderaan yang terlibat sebelum memaklumkan perkembangan siasatan itu kepada balai polis tempat berlaku kemalangan.
Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, sebelum ini sistem berkenaan dikenali sebagai Sistem Pengaduan Kemalangan Jalan Raya Berkomputer (CARS) dan melaluinya hanya balai polis yang berada dalam lingkungan lokasi kemalangan sahaja menjalankan siasatan.
“Namun setelah diintegrasi menjadi PRS, sistem itu dilihat lebih bersifat mesra pengguna kerana orang ramai yang menghadapi masalah trafik boleh membuat laporan di mana-mana balai polis di seluruh negara tanpa kerenah birokrasi.
“Proses laporan sekarang (CARS) memakan masa jika balai polis yang berada di luar lingkungan kawasan kemalangan menerima laporan itu dan ia dilakukan secara manual.
“Dengan penambahbaikan itu, balai polis yang menerima laporan boleh membuat siasatan awal dan segala informasi diperoleh akan dihantar ke balai polis terlibat dengan lokasi kemalangan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perasmian penutupan Bengkel Pembangunan Aplikasi Siasatan Trafik di sini, hari ini.
Ujarnya, PRS dibangunkan setelah mendengar banyak rungutan daripada pelbagai pihak tentang kelemahan dalam sistem aduan trafik seperti perbezaan pangkalan data dan kerenah birokrasi di balai polis.
“Kita ambil kira pandangan masyarakat terhadap apa sahaja kelemahan, termasuk sistem jaringan Internet yang sepatutnya memudahkan orang ramai,” katanya.
Ditanya tentang beban kerja yang terpaksa dihadapi anggota polis trafik di setiap balai, Khalid berkata, itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana tugas hakiki polis adalah membantu orang awam.
“Saya tidak menolak adanya bebanan kerja kepada anggota di setiap balai apabila PRS ini diwujudkan kerana mereka bertanggungjawab menjalankan siasatan awal terhadap setiap aduan yang dilaporkan.
“Ia tidak menjadi masalah kerana kemudahan ini dibangunkan khusus untuk masyarakat bagi memastikan mereka mendapat khidmat yang lebih baik,” jelasnya.
Selain itu, beliau memberitahu, sistem pembayaran saman dalam talian juga akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa seiring dengan peningkatan penggunaan

‘Kerjasama martabat ilmu’


Oleh Syuhada Choo Abdullah, Meor Hisham Zulkifli dan Sharifah Salwa Syed Akil

2011/07/29

Penyertaan pihak swasta bantu kementerian pacu sektor pendidikan

KUALA LUMPUR: Kerjasama jitu antara Kementerian Pelajaran dan pihak swasta mampu menjadi pemangkin dalam usaha memartabatkan sektor pendidikan negara bagi memacu kejayaan Malaysia ke peringkat global, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, selari pelbagai usaha dijalankan kerajaan, peranan pihak swasta penting untuk meletakkan asas pembinaan tradisi keilmuan di Malaysia, selari gagasan Falsafah Pendidikan Kebangsaan membangunkan modal insan holistik melalui sistem pendidikan terancang.
Justeru, beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, Pertandingan Pertunjukan Sains Petrosains 2011 anjuran Petrosains Sdn Bhd dengan sokongan kementerian itu, berjaya mewujudkan wadah untuk pelajar sekolah menengah mendalami ilmu pengetahuan dalam bidang berkaitan sains, sekali gus menyampaikannya dengan gaya menarik, kreatif dan berinovasi.



“Bentuk pertandingan yang memerlukan peserta mengendali dan juga menerangkan eksperimen sains dengan penyampaian dan gaya menarik sudah tentu mampu membentuk keyakinan dan sahsiah diri, secara langsung dapat membantu mereka menghadapi alam pengajian tinggi serta pekerjaan dengan penuh yakin kelak. 

“Saya yakin dengan mewujudkan pertandingan seperti ini, negara kita mampu mengasah bakat dan mendidik generasi baru saintis dan ilmuwan muda yang mampu memberi sumbangan besar kepada pembangunan negara,” katanya dalam ucapan pada Pertandingan Akhir Pertunjukan Sains Petrosains Peringkat Kebangsaan 2011 di Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) di sini, semalam. 

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan), Dr Zahri Aziz. Hadir sama Pengurus Besar 
Kanan, Bahagian Hal-Ehwal Korporat Kumpulan Petronas, Mohammad Medan Abdullah; Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains, Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim; dan Pengarang Eksekutif Rencana Berita Harian, Zainor Said. 
Pada pertandingan akhir itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, dinobatkan juara kategori menengah tinggi, diikuti Sekolah Tinggi Bukit Mertajam, Pulau Pinang (tempat kedua) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Taiping (tempat ketiga). 

Pasukan juara yang diwakili dua pelajar Tingkatan Empat Sains Tulen, Farah Adiba Yahaya dan Nurul Faradila Sambas, dengan hasil penyelidikan bertajuk ‘The Mystery of Chemistry’, membawa pulang piala pusingan, hadiah wang tunai RM3,000 dan Program Pembangunan Sains bernilai RM30,000 bagi sekolah mereka. SMK (P) Temenggong Ibrahim turut meraih Anugerah Demonstrasi Paling ‘Wow’ pada pertandingan itu.

Khamis, 28 Julai 2011

Kelemumur jejaskan personaliti



ALANGKAH malunya jika kolar dan bahu baju memutih akibat kelemumur yang bertaburan. Sisa-sia kelemumur ini biasanya akan kelihatan begitu jelas kalau baju yang dipakai itu berwarna gelap.
Kelemumur merupakan masalah yang biasa dihadapi oleh sesiapa sahaja tidak kira lelaki atau pun wanita.
Biarpun ia bukan penyakit berjangkit, tetapi ia mampu menjejaskan personaliti seseorang.
Bukan saja tidak selesa kerana asyik menggaru kepala yang gatal, bahkan orang keliling pula rasa kurang senang dengan tahap penjagaan kebersihan diri.
Sisa-sia kelemumur yang jatuh atas baju pula pasti menjejaskan penampilan seseorang.
''Kelemumur atau nama saintifiknya pityriasis sapitis adalah satu fenomena biasa yang dialami oleh 50 peratus daripada manusia dari pelbagai latar belakang,'' kata Pakar Perunding Kanan Dermatologi, Dr. Steven Chow Kim Weng.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk Pengenalan Mengenai Kulit Kepala dan Kelemumur pada Bengkel Media Head & Shoulders di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dr. Kim Weng berkata, sebenarnya kelemumur berpunca dari sejenis yis yang dinamakanmalassezia globosa.
''Yis ini akan memakan sebum kulit (lipid) dan kemudiannya mula mengeluarkan sejenis molekul,'' katanya.
Katanya, molekul yang dirembeskan itu akan menyebabkan berlakunya kegatalan pada kulit kepala.
''Dari sinilah punca di mana kulit kepala mula berkuping dan akan berlakunya kelemumur,'' katanya.
Jelasnya, kelemumur akan menyebabkan seseorang itu mula rasa tidak selesa kerana kulit kepala gatal dan mereka akan asyik menggaru.
Katanya, kegatalan kulit kepala yang amat sangat juga akan membuatkan masa tidur akan terganggu.
''Orang yang menghadapi masalah kelemumur ini juga akan mula berhadapan dengan masalah rambut rosak atau gugur,'' katanya.
Selain itu, katanya, ia juga akan menyebabkan seseorang itu mula merasa tidak selesa untuk bersosial kerana selalu menggaru kepala.
Lebih memalukan apabila banyak kelemumur jatuh di atas bahagian leher baju.
Jelasnya, setakat ini dianggarkan 4.3 juta rakyat di negara ini menghadapi masalah kelemumur.
Dr. Kim Weng memberitahu, sebenarnya terdapat pelbagai jenis masalah kelemumur. Ia bukan sahaja pada bahagian kulit kepala sahaja.
''Ada yang jenis berkuping dengan kelemumur ini merebak hingga ke bahagian telinga,'' katanya.
Selain itu, katanya, ada masalah kelemumur yang terjadi di bahagian hidung, kening dan dahi yang kelihatan seolah-olah seperti jerawat kecil.
Katanya, masalah kelemumur juga dihadapi mereka yang mengambil steroid bagi mengubati penyakit.
''Bayi yang baru lahir juga boleh menghadapi masalah kelemumur yang dipanggil cradle cap,'' katanya.
Bagaimanapun, katanya, masalah kelemumur itu masih boleh diubati dengan penggunaan syampu yang bersesuaian.
''Biasanya syampu itu perlu mengandungi bahan antikulat yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah kelemumur,'' katanya.
Sebaiknya penggunaan syampu kata beliau, perlu diteruskan sepanjang masa bagi mengelakkan ia berulang.
Sementara itu, Saintis Procter & Gamble (P&G), Dr. Jasmine Karsono menjelaskan, adalah perkara normal apabila seseorang itu mengalami keguguran rambut antara 50 hingga 100 helai setiap hari.
''Ini memandangkan rambut hanya bertahan selama dua hingga tiga tahun di kepala seseorang dan ia akan luruh dan tumbuh kembali,'' katanya ketika menyampaikan ceramah bertajuk Selamat Tinggal Kelemumur dan Rambut Gugur.
Bagaimanapun, katanya, rambut gugur juga disebabkan oleh faktor lain, antaranya kerap menggunakan pengering rambut atau menyikat rambut dengan terlalu kerap.
''Biasanya kita akan mudah melihat rambut gugur dengan banyak ketika membasuh rambut semasa mandi atau bertaburan di bantal selepas bangun tidur,'' katanya.
Malah, katanya, masalah kelemumur juga bukan sahaja akan menyebabkan berlakunya keguguran rambut tetapi juga akan merosakkan rambut.
''Sekalipun kelemumur bukan penyakit mengancam nyawa tetapi masalah ini akan menyebabkan seseorang itu berasa tidak selesa kerana terlalu kerap menggaru juga akan membuatkan kulit kepala rosak," katanya.


SUMBER DARI UTUSAN ONLINE 28.07.2011 ( KHAMIS )

Kelainan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54


KUALA LUMPUR 27 Julai - Sejak dari awal, sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54 dan Hari Malaysia yang bakal berlangsung pada 16 September depan sudah mula menampakkan kelainan.
Ia dapat dilihat melalui acara-acara yang diatur pada Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena Bulan Kemerdekaan di KL Sentral di sini hari ini.
Bermula di Putrajaya Sentral, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan Jemaah Menteri menaiki Express Rail Link (ERL) ke KL Sentral dengan 'diiringi' kira-kira 1,000 hadirin yang menunggu sejak pukul 11 pagi.
Sebelum menaiki tren, Perdana Menteri terlebih dahulu menandatangani plak majlis pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2011 di stesen itu.
Sebaik tiba di KL Sentral kira-kira 45 minit kemudian, beliau disambut dengan persembahan kebudayaan pelbagai kaum serta laungan '1Malaysia' oleh lebih 5,000 hadirin termasuk pelatih-pelatih Program Latihan Khidmat Negara serta wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim terlebih dahulu menyampaikan ucapan alu-aluan sambil mengajak rakyat mengibar bendera dengan penuh bangga tanpa mengira perbezaan yang ada termasuk fahaman politik.
Semangat patriotik hadirin kemudiannya terus 'dibakar' melalui persembahan lagu-lagu seperti Malaysia Berjaya, Jalur Gemilang serta Malaysia1 oleh beberapa artis terkenal antaranya Roy, Fiq dan One Nation Emcees.
Mengambil alih pentas, Perdana Menteri dalam ucapannya mengajak rakyat mengibarkan Jalur Gemilang dengan menyifatkan empat warna yang terdapat pada bendera kebanggaan negara itu merupakan ramuan untuk melonjakkan negara ke tahap lebih tinggi.
"Jalur-jalur yang terbentang pada bendera itu seolah-olah kiasan kepada pelan transformasi yang diperjuangkan oleh kerajaan untuk kita bergerak ke hadapan.
"Empat warna (merah, biru, kuning dan putih) menandakan empat prinsip yang merupakan tonggak kepada negara," katanya.
Selepas itu, beliau menyerahkan Jalur Gemilang kepada wakil agensi-agensi kerajaan, NGO serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan




SUMBER DARI UTUSAN ONLINE 28.07.2011 ( KHAMIS )

Perangi kos kehidupan – Najib





NAJIB Tun Razak berhubung melalui telefon memberikan kata-kata perangsang kepada Jurulatih Pasukan Kebangsaan, Datuk K. Rajagobal sebelum perlawanan timbal balik Malaysia dan Singapura esok sebelum mempengerusikan perbincangan Meja Bulat dalam talian 1Malaysia bersama beberapa personaliti di Putrajaya, semalam. Antara yang hadir Amy Search, Aznil, Lisa Surihani, Tan Sri Lim Kok Wing dan beberapa orang lagi. – UTUSAN/ZAKI AMIRUDDIN


PUTRAJAYA 27 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pertambahan satu lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu Perangi Kos Kehidupan Yang Kian Meningkat sebagai usaha membantu meringankan beban rakyat ekoran kenaikan kos harga barang makanan.
Perdana Menteri berkata, pertambahan NKRA kepada tujuh bidang berbanding enam sebelum ini dibuat berdasarkan kajian dan penilaian terhadap tuntutan serta kehendak rakyat.
“Kira-kira dua tahun lalu tidak ada fenomena global mengenai kenaikan harga barang makanan tetapi sekarang ia turut melanda semua negara di dunia, sebab itulah hari ini kita tambah satu lagi NKRA.
“Oleh kerana fenomena ini telah membawa impak kepada rakyat Malaysia dan pengguna, maka kerajaan berpendapat ia sudah menjadi isu utama justeru kita perlu menentukan respons dan penyelesaian yang boleh memberi kesan dan kelegaan kepada rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis dialog dengan pakar-pakar bidang yang terlibat perbincangan dalam talian Meja Bulat 1Malaysia di pejabatnya di sini hari ini.
Najib berkata, langkah-langkah yang diambil bagi tujuan itu ialah kerajaan mengawal harga kebanyakan barangan dan mengekalkan sistem subsidi kepada kebanyakan barang-barang keperluan.
“Kita juga ada inisiatif seperti Klinik 1Malaysia yang memberikan perkhidmatan dengan kos RM1 sahaja, rangkaian kedai runcit 1Malaysia yang sedang diperluaskan ke seluruh negara melalui kedai-kedai runcit Tukar dan juga barangan runcit dalam bungkusan Felda.
“Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga sudah berunding dengan pihak terlibat dalam industri ayam dan mereka setuju mengurangkan kos harga pengeluar yang boleh membawa kepada penurunan harga ayam,” katanya.
Perdana Menteri menegaskan, langkah tersebut tiada kaitan dengan pilihan raya sebaliknya kerajaan mendengar permintaan rakyat dan melaksanakan kehendak mereka.
Menurutnya, Unit Pengurusan Prestasi Pelaksanaan (Pemandu) akan membantu agensi-agensi kerajaan dan kementerian termasuk Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga untuk mengurangkan kos kepada rakyat.
“Kita mahu lihat bagaimana rangkaian bekalan boleh diliberalisasikan, mungkin kita boleh benarkan lebih pengimportan serta memanfaatkan kawasan-kawasan tanah lapang untuk pengeluaran makanan dan ternakan,” katanya.
Sekiranya terdapat cadangan-cadangan yang baik, ia akan dipertimbangkan ke dalam belanjawan akan datang, selain daripada memuatkan ke dalam komputer butiran-butiran jutaan rakyat yang telah mendapat faedah hasil daripada kejayaan pelaksanaan NKRA, ujar beliau.

SUMBER DARI UTUSAN ONLINE 28.07.2011 ( KHAMIS )

Rabu, 27 Julai 2011

Galak pelajar minati Matematik, Sains


Galak pelajar minati Matematik, Sains

Pelajar menyiapkan salah satu tugasan secara berkumpulan pada Fun Math Camp 2011 di SMK Seri Bintang Selatan, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


TEKNIK belajar sambil bermain atau edutainment kini semakin meluas penggunaannya dalam meningkatkan minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran.
Justeru, Hezmedia Interactive Sdn. Bhd. (Hezmedia Interactive) dengan kerjasama Yayasan Angkasawan Malaysia (YAM) menggunakan pendekatan tersebut untuk Fun Math Camp 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bintang Selatan, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pengarah Urusan Hezmedia Interactive, Mohd. Hezri Amir Abd. Latiff berkata, bengkel yang dijalankan selama satu hari itu merupakan satu pembaharuan daripada teknik pembelajaran konvensional kepada konsepedutainment.
"Bengkel ini diadakan bertujuan membangkitkan minat dan kesedaran tentang kepentingan subjek Matematik di kalangan pelajar seterusnya menjurus kepada pencapaian akademik yang lebih baik untuk jangka masa panjang," jelasnya.
Menurut beliau, pihaknya cuba menyumbang dengan memberi impak di dalam sistem pendidikan melalui pembelajaran secara interaktif selaras dengan arus kepesatan zaman teknologi dan inovasi masa kini.
Pada program itu, 227 pelajar tingkatan satu sekolah berkenaan diberi peluang merasai pengalaman menjalani aktiviti bengkel yang padat dengan permainan interaktif menggunakan komputer dan aktiviti menarik yang dikendalikan oleh beberapa fasilitator berpengalaman.
Mohd. Hezri memberitahu, pelajar digalakkan untuk menyelesaikan masalah Matematik dan Sains yang biasa dilalui dalam aktiviti seharian dan cuba mempraktikkan konsep-konsep yang telah mereka pelajari untuk menyelesaikan masalah secara berkumpulan.
"Bengkel ini bukan sahaja menggalakkan peserta menggunakan pemikiran kritis tetapi juga meningkatkan kemahiran interpersonal dan sifat berdaya saing di kalangan para peserta," terangnya.
Sementara itu, Pengetua SMK Seri Bintang Selatan, Roaini Jaafar berkata, bengkel Fun Math Camp ini dapat memupuk kaedah pendidikan awal secara inovasi kepada generasi muda.
"Mata pelajaran Sains dan Matematik penting bagi menyediakan tenaga kerja yang sesuai dengan perkembangan dan keperluan sesebuah negara maju.
"Peranan ilmu sains dan matematik dalam memajukan tamadun manusia menjadikannya suatu bidang yang dinamik dan dianggap sebagai jentera atau penggerak kepada pembangunan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi," katanya.

Kursus kemahiran alternatif terbaik isi masa cuti bagi pelajar lepasan SPM.


Kursus kemahiran alternatif terbaik isi masa cuti

AB. Rahim Md. Noor (kanan) beramah mesra dengan pengetua sekolah yang mengikuti seminar peluang pengajian tinggi untuk pelajar SPM dan STPM di Putrajaya, baru-baru ini.


Pelajar disaran supaya mengikuti kursus kemahiran yang disediakan oleh Kolej Komuniti sementara menunggu pendaftaran masuk ke universiti pada bulan September.
Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Ab. Rahim Md. Noor berkata, pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak terpilih menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) perlu memanfaatkan masa senggang yang panjang itu dengan mengikuti pelbagai kursus kemahiran jangka pendek oleh Kolej Komuniti di seluruh negara.
"Pelajar boleh mengambil kursus mengikut minat masing-masing dan ia boleh dijadikan platform untuk mengenal pasti potensi diri," katanya.
Beliau berkata demikian pada seminar peluang pengajian tinggi untuk pelajar SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Wilayah Persekutuan Putrajaya di Putrajaya, baru-baru ini.
Saranan tersebut disambut baik oleh 637 pelajar dan 42 guru dari sekolah di sekitar Putrajaya yang mengikuti program itu.
Bagi Syed Imran Shah Syed Abdul Jalil Shah, 17, cadangan supaya pelajar mengambil kursus kemahiran di Kolej Komuniti merupakan alternatif yang perlu diberi keutamaan berbanding bekerja sambilan atau melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak berfaedah.
"Dengan mengikuti kursus selama tiga bulan di Kolej Komuniti, kita akan memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan mengumpul kredit untuk dimanfaatkan apabila melanjutkan pengajian kelak," kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 18 (1) ini.
Manakala pelajar SMK Putrajaya Presint 11 (2), Nurafeeqah Shahrudin berpendapat, pelajar sewajarnya mengikuti kursus kemahiran di Kolej Komuniti kerana syarat kemasukan yang mudah serta yuran minimum serendah RM10 sahaja.
"Kepelbagaian kursus kemahiran yang ditawarkan membolehkan pelajar membuat pilihan mengikut kesesuaian kerjaya pilihan masing-masing," ujarnya.
Sementara itu, Nurul Nadia Mokhtar, 17, pula berhasrat untuk mengambil kursus kesenian yang ditawarkan oleh Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Menurutnya, kursus kemahiran tidak menjadi pilihan utama pelajar kerana mereka tidak mendapat maklumat yang tepat dan sebelum ini sesi kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT) adalah pada Julai bukannya September.
"Melalui seminar ini pelajar mendapat maklumat terkini berkaitan peluang melanjutkan pengajian, syarat kemasukan dan kemudahan pembiayaan," kata pelajar SMK Putrajaya Presint 11 (1) ini.
Pada seminar sehari itu, pelajar didedahkan kepada peluang melanjutkan pelajaran dan saluran untuk melanjutkan pelajaran mengikut pencapaian akademik, minat dan bidang pilihan masing-masing.

Tak mahu tawaran bukan pilihan


Tak mahu tawaran bukan pilihan



KUALA LUMPUR 25 Julai – Tidak bersetuju menerima tawaran program bukan pilihan menjadi penyebab pelajar lepasan matrikulasi tercicir daripada kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Kementerian Pengajian Tinggi dalam kenyataannya berkata, berdasarkan rekod permohonan yang diterima oleh Unit Pusat Universiti (UPU) bagi sesi akademik 2011/2012, seramai 1,977 pemohon lepasan program matrikulasi dan asasi 2010 yang layak tidak bersetuju menerima tawaran selain daripada lapan pilihan program yang dimohon.
Justeru itu, kata kementerian tersebut, semua calon berkenaan tidak akan dipertimbangkan tawaran ke program pengajian lain walaupun layak kerana menghormati keputusan mereka.
“Calon yang memohon akan diberi pilihan sama ada bersetuju atau tidak untuk menerima tawaran selain daripada lapan pilihan program pengajian yang dimohon.
“Sekiranya bersetuju, mereka yang mendapat purata mata gred keseluruhan (CGPA) tinggi tetapi tidak mendapat tempat akan ditawarkan program pengajian yang mirip dengan permohonan di IPTA yang mempunyai kekosongan.
“Bagaimanapun, sekiranya calon memilih tidak bersetuju, maka pihak kementerian tidak akan mempertimbangkan sekiranya masih ada kekosongan pada program pengajian yang lain,” kata kenyataan itu hari ini.
Kenyataan tersebut dibuat bagi mengulas surat pembaca Pedang Bertuah di ruangan Forum Utusan Malaysia yang mahukan penjelasan mengenai punca pelajar matrikulasi tercicir dan tidak terpilih ke IPTA walaupun memiliki CGPA melebihi 3.00.
Menurut kementerian tersebut, pemilihan kemasukan pelajar ke IPTA adalah berdasarkan pilihan pelajar serta bilangan tempat yang disediakan mengikut program pengajian.
“Kementerian melaksanakan prinsip meritokrasi yang mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum. Pemohon juga perlu memenuhi syarat am, syarat khas program dan kriteria pemilihan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan,” jelasnya.
Sementara itu, kementerian itu juga berkata, pemilihan rayuan pula adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baru pada awal September 2011.
Menurut kementerian itu, semua calon yang mengemukakan rayuan akan dipertimbangkan berdasarkan kekosongan tempat bagi program pengajian yang dipohon sahaja.
Dalam pada itu, pihak kementerian meminta pemohon yang menghadapi masalah supaya menghubungi mereka dan mendapatkan penjelasan secara tepat, telus dan adil mengenai sebab calon tidak terpilih ke program pengajian di IPTA.

TPM lancar Sekolah Dalam Hospital


Guru Sekolah Dalam Hospital, Muhammad Sufyan Bujang berbincang dengan anak-anak muridnya sewaktu majlis pelancaran Sekolah Dalam Hospital di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 26 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan program perintis Sekolah Dalam Hospital (SDH) yang melibatkan tiga buah hospital di Lembah Klang.
Tiga hospital terbabit ialah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Ampang dan Hospital Serdang.
Penubuhan SDH di tiga sekolah berkenaan yang juga dikenali dengan Projek Hati Nurani adalah hasil kerjasama Yayasan Nurul Yaqeen, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan.
Muhyiddin di dalam ucapan pelancarannya di Institut Pediatrik, HKL di sini berkata, objektif utama SDH adalah untuk memastikan semua kanak-kanak serta remaja termasuk mereka yang mendapat rawatan di hospital berpeluang mendapat akses kepada pendidikan berkualiti.
‘‘Adalah menjadi tanggungjawab Kementerian Pelajaran memastikan setiap kanak-kanak di negara ini mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti tidak kira di mana pun mereka berada,’’ katanya.
Hadir sama pada majlis tersebut isteri Timbalan Perdana Menteri yang juga penaung projek, Puan Sri Noorainee Abd. Rahman; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Dalam ucapannya Muhyiddin turut mengucapkan penghargaan kepada isterinya kerana mengingatkan beliau supaya tidak mengabaikan masa depan pelajar-pelajar yang menerima rawatan di hospital.
‘‘Oleh itu, apabila isteri saya menyatakan hasrat untuk membantu menyediakan pendidikan secara formal dan berstruktur kepada golongan ini, saya bukan sekadar menyokong 100 peratus malah lebih daripada 200 peratus.
‘‘Ini bukan disebabkan cadangan ini datang daripada isteri saya tetapi sememangnya ia merupakan sebahagian daripada tanggungjawab kita semua demi kelangsungan masa depan kanak-kanak ini,’’ katanya lagi.
Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, SDH merupakan satu program pendidikan yang menggunakan pendekatan yang berbeza daripada sekolah biasa.
Ujarnya, di sekolah tersebut para pelajar akan menimba ilmu melalui pendekatan belajar secara menyeronokkan dan santai.
‘‘Persekitaran pembelajaran yang tenang, menarik dan berwarna warni merupakan terapi semulajadi bagi pelajar dan kanak-kanak di hospital.
‘‘Sekurang-kurangnya sesi pelajaran yang menarik dan diselang-selikan dengan permainan akan dapat membantu menghilangkan rasa bosan mereka apabila perlu mendapat rawatan dalam tempoh yang lama di hospital,’’ katanya lagi.
Seperkara lagi beliau berkata, kewujudan SDH juga mampu menghilangkan rasa bimbang para ibu bapa apabila terhadap pelajaran anak-anak mereka apabila menerima rawatan di hospital.
‘‘Kebimbangan ini tentunya lebih tinggi jika anak-anak mereka akan menduduki peperiksaan awam pada tahun berkenaan.,’’ katanya lagi.
Sementara itu pada sidang akhbarnya Muhyiddin berkata, sekolah itu telah memulakan sesinya di tiga hospital terlibat sejak dua minggu lalu.
‘‘Pihak kementerian telah menyediakan 16 guru terpilih untuk memastikan projek SDH dapat dijalankan dengan baik. Saya ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada mereka kerana sanggup menyahut cabaran kerajaan merealisasikan usaha murni ini.
‘‘Kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan korporat kami mengalu-alukan sekiranya mereka sedia membantu kami memperluaskan projek ini di hospital-hospital terutama di hospital besar di setiap negeri,’’ katanya lagi

http://jairinly82.blogspot.com/


Biometrik: 1.3 juta belum daftar


HISHAMMUDDIN Tun Hussein (kanan) disambut meriah sebahagian pekerja warga asing di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen, Putrajaya, semalam. – UTUSAN/ZAKI AMIRUDDIN


PUTRAJAYA 26 Julai – Ke manakah mereka? Tinggal lima hari lagi Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Yang Sah berakhir tetapi lebih 1.3 juta pekerja asing yang sepatutnya mengambil peluang pendaftaran itu belum berbuat demikian.
Sehingga semalam, hanya 390,404 daripada 1.75 juta pekerja asing mendaftar sejak program bermula 13 Julai lalu, sedangkan Kementerian Dalam Negeri menegaskan tempoh akhir Ahad ini tidak akan dilanjutkan
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau sedang mempertimbangkan untuk memberikan ‘keistimewaan’ kepada majikan dan pekerja asing yang mendaftar awal dalam program berkenaan.
“Saya sedang mempertimbangkan bila masa program pemutihan nanti, kita beri keutamaan kepada majikan yang memerlukan pekerja asing kepada majikan yang mendaftar awal.
“Lagi lambat (majikan mendaftar), lagi susah dia nak dapat pekerja asing. Jangan salahkan saya kerana bila kita suruh mereka buat (daftar), mereka liat nak pergi tetapi bila nak pekerja asing, macam-macam alasan diberikan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan operasi pendaftaran pekerja asing sah di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini, hari ini.
Hishammuddin berkata, program yang dilaksanakan kerajaan itu bukan bertujuan untuk berseronok atau menyusahkan orang ramai sebaliknya, ia mempunyai agenda yang lebih besar terutamanya dalam menjamin keselamatan negara.
Katanya, program transformasi besar-besaran Jabatan Imigresen itu juga dapat menangani pelbagai masalah dan cabaran, antaranya mengatasi situasi kemungkinan pekerja sah lari meninggalkan majikan asal untuk menyertai Program Pemutihan, membendung isu pemerdagangan manusia dan sebagainya.
Selain itu, beliau berkata, pihaknya juga dapat mengetahui jumlah sebenar pekerja asing di negara ini, yang kemudiannya akan disalurkan ke sektor-sektor tertentu mengikut jumlah keperluan mereka.
“Bagi pekerja asing yang masih mempunyai permit yang sah dan lari daripada majikan, kita akan senaraihitamkan mereka dan tidak akan dibenarkan menyertai Proram Pemutihan,” katanya.
Beliau turut memberi amaran kepada pihak-pihak tertentu supaya tidak mengambil kesempatan terhadap program yang dilaksanakan kerajaan itu untuk mengaut keuntungan kerana ia boleh menjejaskan nama negara.
Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, walaupun jumlah yang mendaftar masih kurang, beliau percaya angka itu akan meningkat dalam tempoh beberapa hari lagi kerana mengikut rekod Jabatan Imigresen, terdapat 1.75 juta pekerja asing sah yang bekerja di negara ini.
Katanya, setakat ini beliau berpuas hati dengan operasi pendaftaran itu di kesemua 37 pejabat imigresen seluruh negara kerana purata tempoh yang diambil bagi mendaftar seseorang pekerja asing hanya mengambil masa dua minit sahaja.
“Secara umumnya saya berpuas hati dengan operasi pelaksanaan pendaftaran yang dilaksanakan di semua pejabat Imigresen seluruh negara khususnya komitmen tinggi yang ditunjukkan setiap petugas Jabatan Imigresen yang sanggup bekerja sehingga lewat malam termasuk beroperasi 24 jam,” katanya

Program PINTAR MAS bantu sekolah luar bandar


Oleh Amir Hamzah Nordin
upen@bharian.com.my
2011/07/27

MALAYSIA Airlines (MAS) terus komited dalam usahanya meningkatkan kualiti pendidikan dalam kalangan generasi muda menerusi Program Pintar MAS. 

Usaha murni itu dilihat sebagai platform terbaik merapatkan jurang pendidikan antara murid di sekolah bandar dengan luar bandar.
Menyedari pentingnya meningkatkan kualiti pendidikan, pihaknya menerusi kerjasama Unit Pendidikan Berita Harian menganjurkan program bimbingan peperiksaan.


Program memberi peluang calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mendapatkan panduan menjawab soalan secara tepat berdasarkan skema peperiksaan sebenar, berlangsung di Sekolah Kebangsaan Jerantut Jaya (SKJJ), Jerantut, Pahang, baru-baru ini. 

Seramai 200 murid sekolah berkenaan memanfaatkan program yang dipenuhi dengan tiga slot ceramah bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. 

Eksekutif Perhubungan Luar MAS, Noor Dyana Jamaluddin, berkata SKJJ adalah sekolah angkat MAS ke-18, diberi peluang mendapatkan kemudahan bimbingan pendidikan bertujuan membantu meningkatkan akademik murid di sini.

“Sebagai sekolah angkat kami bertanggungjawab memastikan kemajuan mereka setaraf murid di bandar. Kami akan memantau prestasi mereka dari semasa ke semasa bagi memastikannya mencapai matlamat,” katanya. 
Guru Penolong Kanan sekolah berkenaan, Rozilah Abu Bakar, berkata SKJJ bertuah mendapat kerjasama MAS dan Berita Harian bagi menjayakan program yang dapat dimanfaatkan peserta sebagai persiapan menduduki UPSR, September ini. 

Selain sokongan badan korporat, dorongan ibu bapa dan masyarakat sekitar begitu dihargai dalam usaha membangunkan modal insan ke arah yang lebih cemerlang

Ketagih Facebook



2011/07/27

Marah jika tak guna internet

NEW YORK: Beberapa kajian terbaru terhadap pengaruh web sosial Facebook, Twitter dan Google mendapati laman sosial itu juga mencetuskan ketagihan umpama dadah. 

Penagih kategori baru itu bertindak seperti orang yang tidak diberi dadah apabila dipaksa untuk tidak menggunakan internet dan media elektronik yang lain.

Kesannya kepada golongan yang ketagih laman web itu seperti keadaan orang mabuk yang bergantung kepada arak sebagai satu cara untuk membantunya bersosial. Selain itu, penagih online percaya orang yang tidak menyertai lebuh raya mega maklumat, bergiat dalam menghantar mesej pesanan ringkas dan pesanan cepat adalah golongan yang sangat membosankan, lapor New York Post.


“Sikap tidak menggunakan teknologi dianggap terlalu sukar untuk dielakkan bagi sesetengah pihak sama seperti berhenti merokok atau minum arak,” kata 
firma penyelidikan Intersperience mengenai kajian terbaru terhadap mereka disekat daripada menggunakan teknologi online. 

Menurut kajian itu, 53 peratus daripada 1,000 orang yang terbabit dalam kajian melaporkan yang mereka merasa marah apabila tidak menggunakan internet. 
Kajian itu juga mendapati, 40 peratus responden merasa sunyi jika tidak menggunakan kemudahan online. 
Sementara itu, dalam satu lagi kajian di Britain, satu pertiga ibu bapa di negara itu beranggapan internet mengancam anak mereka dan 80 peratus kanak-kanak ketagih laman web sosial seperti Facebook dan Twitter. – Agensi 



SUMBER DARI BERITA HARIAN 27.07.2011 ( RABU )

13,000 guru sandaran terlatih diserap
Oleh Fakhrurrazi Usuldin

2011/07/27

PUTRAJAYA: Sebanyak 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang kontrak mereka tidak disambung sebelum ini ditawarkan sebagai guru tetap bagi memberi peluang kepada mereka untuk terus berkhidmat.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata kementerian mengeluarkan surat tawaran kepada mereka baru-baru ini untuk mengikuti kursus sama ada di institut pendidikan guru atau program Kursus Dalam Cuti (KBC) sebelum diserapkan ke jawatan tetap.
“Mereka akan dilantik semula mengikut syarat seperti usia tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2010 dan sudah berkhidmat sekurang-kurangnya dua tahun berturut-turut sebagai GSTT,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan akhir Rekacipta dan Inovasi Bot Lumba RA3 Peringkat Kebangsaan, di Sekolah Menengah Putrajaya Presint 9 (2) di sini, semalam.


Beliau berkata, GSTT lepasan ijazah hanya perlu mengikuti kursus setahun dan bersedia mengajar di tempat lain jika tempat di sekolah lama sudah penuh.

Mohd Puad juga berkata, tahun ini kementerian tidak lagi mengambil GSTT dan guru Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) bagi memberi peluang kepada GSTT sedia ada diserap sebagai guru tetap terlatih. 

Isu GSTT timbul apabila kementerian mengambil keputusan tidak menyambung kontrak mereka pada tahun lalu. Ia menyebabkan ramai guru sandaran kecewa dan mendesak kerajaan menimbang semula keputusan itu.

Sementara itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Manjong, Perak dinobatkan juara kategori pertandingan akhir Bot Lumba RA3, manakala kategori sekolah rendah, SekolahKebangsaan Permatang Kandu, Pulau Pinang





SUMBER DARI BERITA HARIAN 27.07.2011 ( RABU )

Selasa, 26 Julai 2011

Join blog ini jika ingin belajar membuat blog dan memperbaiki blog yang sedia ada

Semoga sihat pembuka kata hari ini..


Untuk hari ini saya nak kongsikan blog yang banyak saya belajar tentang cara-cara membina blog dan memperbaiki blog. Dalam blog ini kita dapat belajar banyak perkara..jom lihat pada link blog dibawah ini ya...SELAMAT MENCUBA


Blog yang saya maksudkan ialah


 http://teknikbuatblog.blogspot.com

Tarikh lihat anak bulan Ramadan pada Ahad

Tarikh lihat anak bulan Ramadan pada Ahad

26/07/2011 12:34pm


KUALA LUMPUR 26 Julai - Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).
Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan).
Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam itu juga. 




Sumber dari berita Utusan Online- Bernama

Isnin, 25 Julai 2011

SPNB tumpu rumah mampu milik


PNB tumpu rumah mampu milik
Oleh Zuraidah Mohamed

2011/07/25

22 projek bernilai RM1.9b babit 16,000 unit berharga serendah RM36,000

SYARIKAT Perumahan Negara Bhd (SPNB), sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan sedang melaksanakan 22 projek perumahan mampu milik bernilai kira-kira RM1.9 bilion dalam usahanya menjayakan dasar perumahan negara. 

Pengerusinya, Datuk Ir Idris Haron, berkata projek itu membabitkan pembinaan lebih 16,000 unit kediaman merangkumi rumah kos rendah hingga sederhana dengan harga jualan bermula dari RM35,000 seunit.
Beliau berkata, ia membabitkan kawasan keseluruhan seluas 637.5 hektar di Lembah Klang, Kedah, Perak, Kelantan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Pada masa depan, SPNB merancang membangunkan lebih banyak kediaman di kawasan bandar secara usaha sama dengan pelbagai pihak termasuk syarikat hartanah lain bagi menjadi pengimbang kepada harga kediaman yang semakin melonjak di pasaran,” katanya ketika ditemui Berita Harian di Melaka, baru-baru ini. 

Beliau berkata, bagaimanapun buat masa ini SPNB tidak bercadang untuk membeli tanah pembangunan baru, tetapi menumpukan kepada penjualan unit kediaman mampu milik yang masih belum dijual yang dianggarkan kira-kira 9,000 unit ketika ini. 

SPNB kini mempunyai sembilan bidang tanah berkeluasan 141.38 hektar di Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Sabah. 

“Kami kini sedang agresif meningkatkan pemasaran kediaman yang kami bangunkan menerusi pakej pembelian menarik dalam usaha mencapai sasaran menjual 7,000 unit kediaman mampu milik menjelang akhir tahun ini,” katanya. 
Bagi projek masa depan, Idris berkata, SPNB akan mencari tanah baru di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru, tetapi tidak merancang membelinya sebaliknya membangunkannya menerusi usaha sama, sama ada dengan pihak kerajaan atau swasta. 

“Kami tidak akan membeli tanah terbabit tetapi memajukannya bersama agensi kerajaan atau swasta dan berkongsi keuntungan kerana SPNB tidak boleh hanya bertindak sebagai pembekal rumah mesra rakyat, sebaliknya menjadi antara syarikat hartanah utama di pasaran,” katanya. 

Idris berkata, SPNB juga sedang mengkaji dan menilai semula tanah milik kekalnya untuk dimajukan sebagai perumahan mampu milik dan tidak lagi menumpukan semata-mata kepada perumahan mesra rakyat dalam tempoh lima tahun ini. 

“Sekarang ini kami sedang melihat senarai tanah kami, dan mengkaji juga kewibawaan projek dan keperluan pasaran. Jika berdaya maju kami akan bangunkan, jika tidak kami akan menjualnya,” katanya. 

Sementara itu, Idris berkata, SPNB sedang mengkaji untuk membenarkan kontraktornya untuk mengambil alih projek yang tertangguh. 

Beliau berkata, selain menyelesaikan masalah bayaran kepada kontraktor sehingga menyebabkan berlakunya penangguhan projek, inisiatif itu juga dapat membantu menjadikan kontraktor Bumiputera berkenaan kepada pemaju hartanah berdaya saing. 

Ketika ini ada lapan projek SPNB yang tertangguh membabitkan pembinaan kira-kira 5,000 unit rumah dianggarkan bernilai RM400 juta. 

Selasa, 19 Julai 2011

Bawa penumpang berlebihan boleh jejas komponen kenderaan

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim dan Badrul Kamal Zakaria
bhnews@bharian.com.my
2011/07/19

pix_gal0
Bawa penumpang berlebihan boleh jejas komponen kenderaan

KUALA LUMPUR: Orang ramai, terutama pemilik kereta bersaiz sederhana perlu menyedari bahawa kenderaan yang dinaiki lebih lima individu berisiko tinggi terbabit dalam kemalangan jalan raya kerana ia boleh menyebabkan komponen tertentu gagal berfungsi dengan berkesan.

Berdasarkan kajian, kenderaan yang membawa penumpang berlebihan tidak mampu beroperasi secara optimum kerana ia menyebabkan bahagian tertentu seperti tayar dan brek gagal berfungsi seperti sepatutnya.




http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2011071906101820110719061018/Article/

Isnin, 18 Julai 2011

Kesihatan Perlu Diutamakan...



Saya sebagai Dealer Ageless Bio-Optima dari Syarikat Hovidpure di Sabah. Produk Ageless ini adalah produk yang digelar produk All in 1 di Malaysia. Banyak kesembuhan telah terbukti..Dapatkan semua ini pada saya di Sabah. 
Tell : 0135404900 ( call/sms ) Email : jairinlee82@yahoo.com


Fasih bahasa Inggeris bukan jaminan dapat kerja

Susunan Ruhaiza Rusmin

ruhaizarusmin@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BAHASA KOMUNIKASI...kepentingan bahasa sebagai medium komunikasi Melayu memang tidak dapat dinafikan.
BAHASA KOMUNIKASI...kepentingan bahasa sebagai medium komunikasi Melayu memang tidak dapat dinafikan.
ANTARA isu hangat masih terus diperkatakan ialah keupayaan pelajar me�nguasai bahasa Inggeris yang dianggap berada di takuk lama dan tidak memberangsangkan.
Kegagalan menguasai bahasa itu dianggap bukan saja merencatkan masa depan, malah meletakkan mereka dalam kelompok kelas kedua yang bakal ketinggalan dalam persaingan dunia global.
   
  • FotoTERBUKTI...bahasa Melayu bukan bahasa picisan, malah sudah memperoleh pengiktirafan tinggi daripada masyarakat antarabangsa.
  • FotoDILEMA...ada majikan tidak mahu menjalankan temu duga dalam bahasa Melayu hingga menyebabkan dilema di kalangan pencari kerja. - gambar hiasan
Tidak mahu terus dibelenggu kecaman, pelbagai usaha dilakukan semata-mata mahu memastikan golongan terbabit berjaya menguasai bahasa antarabangsa itu biarpun secara asasnya, penguasaan bahasa Inggeris yang baik bukan jaminan total memperoleh pekerjaan.

Bagaimanapun, di tengah kerancakan itu, masyarakat seolah-olah terlupa kepenti�ngan menguasai bahasa Melayu yang turut sama berperanan dalam pembangunan akademik, sahsiah serta profesionalisme bangsa.


Meskipun mendapat pengiktirafan dunia, hakikatnya masih ramai malu mahu menuturkannya dengan alasan ‘takut jatuh standard’ sehingga bahasa itu seolah-olah menjadi asing di kalangan masyarakat.

Persoalannya, apakah bahasa Melayu tidak berperanan besar membantu pelajar memasarkan diri dalam arena pekerjaan, sekali gus gagal menawan hati majikan?

Atau sebenarnya, pelajar sendiri malu menutur dan memartabatkannya hingga ia menjadi ‘bahasa diskriminasi’ serta dianggap bahasa kelas bawahan bagi mereka yang mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik?

Ketua Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Datuk Paduka Dr Mohd Rosli Saludin berkata, tanggapan mengaitkan bahasa Melayu sebagai bahasa picisan lahir daripada ketaksuban mengagungkan bahasa asing.

Beliau berkata, keadaan bertambah kritikal apabila wujud tanggapan dangkal mengenai kepentingan bahasa Inggeris di pasaran semasa hingga meng�akibatkan kelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda semakin terpinggir.

“Hakikatnya, fungsi bahasa bukan saja mencerminkan perpaduan atau konsep jati diri secara individu, malah mengimbangi semua keperluan semasa. Ia medium interaksi menyampaikan maksud dan melaksanakan tanggungjawab.

“Peranan bahasa sama ada Melayu atau Inggeris bukan fokus utama namun bertukar menjadi kepentingan apabila dipraktikkan dalam sudut tertentu hingga akhirnya menjejaskan fungsi bahasa lain.

“Keperluan dan kehendak persekitaran menjadikan bahasa Inggeris lebih mendominasi kerana masyarakat sendiri mengiktirafnya sebagai bahasa global hingga meneng�gelamkan bahasa lain termasuk bahasa Melayu,” katanya.

Tidak menolak kepentingan menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi dunia, namun meminggirkan bahasa Melayu dalam konteks pendidikan atau sebagai
bahasa picisan tidak boleh dilakukan terutama di kalangan warga berpendidikan institusi pengajian tinggi.

Menurutnya, ia bukan saja menimbulkan ketaksuban terhadap bahasa luar, malah memecah-belahkan pelajar kepada dua kelompok iaitu mereka yang fasih dianggap terbaik manakala tidak sebagai golongan bertaraf kelas kedua.

“Ini sekali gus mewujudkan jurang dan ketidakadilan dalam penilaian pelajar. Bayangkan, hanya kerana tidak fasih berbahasa Inggeris, mereka dianggap tidak layak atau kurang berkemampuan.

“Walaupun diakui, pelajar yang fasih berbahasa Inggeris lebih menonjol, tiada siapa dapat memberi jaminan mereka boleh melaksanakan tanggung�jawab dengan baik.

“Ini bukan prejudis namun sebagai contoh perbandingan, bahasa tidak boleh dijadikan penilaian untuk memberi kredit kepada pelajar,” katanya meng�akui pelajar yang cemerlang menguasai bahasa Melayu boleh melakukannya untuk bahasa Inggeris namun belum tentu sebaliknya.

“Bahasa Melayu sangat kompleks kerana mempunyai banyak keindahan bahasa yang tersembunyi, berbentuk kiasan, puitis dan indah. Berbanding bahasa Inggeris, ia lebih mudah dan tidak memerlukan penghayatan mendalam.

“Pelajar yang boleh menguasai bahasa Melayu, selalunya boleh menguasai bahasa Inggeris namun keadaan menjadi sukar sebaliknya,” katanya.

Tambah memburukkan keadaan, keengganan sebahagian majikan yang terlalu mementingkan kefasihan bahasa asing menyebabkan pelajar terpaksa berhempas-pulas mempelajari bahasa lain sehingga menyebabkan bahasa Melayu terpinggir.

“Bayangkan ada majikan langsung tidak memandang keperluan bahasa Melayu sewaktu menemu duga calon.

“Kita faham, bidang kerjaya memang mementingkan bahasa Inggeris, namun biarlah berpada dan mengikut kesesuaian.

“Apa salahnya menggunakan bahasa Melayu, adakah jatuh standard atau lekeh?

“Seharusnya bahasa Melayu mendapat tempat utama dan istimewa di kalangan semua dan perlu dimartabatkan tanpa mengira bangsa, latar belakang dan sebagainya,” katanya.

Beliau juga menafikan bahasa Melayu tidak boleh memberi impak hebat seperti bahasa lain kerana masyarakat antarabangsa sudah berlumba-lumba mempelajarinya.

“Jika bangsa luar menyokong, mengapa tidak kita sedangkan ia sudah dimartabatkan sebagai bahasa dunia,” katanya.


INFO:

SEBAGAI usaha memartabatkan bahasa Melayu, Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan diadakan pada Oktober setiap tahun. Sambutan yang mula diperkenalkan pada 2009 ini juga antara lain bertujuan memantap�kan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia dengan menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.