Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Jumaat, 29 Julai 2011

PDRM perkenal PRS



khalid Abu Bakar (tengah) mengadakan sidang akhbar selepas menutup Bengkel Pembangunan Aplikasi Siasatan Trafik di Genting Highlands, semalam.


GENTING HIGHLANDS 28 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperkenalkan Sistem Pengaduan Polis (PRS) bagi membolehkan siasatan awal kemalangan dijalankan di mana-mana balai polis seluruh negara secara dalam talian.
Sistem yang dijadual dilancarkan November ini, bakal memudahkan orang ramai yang terlibat dalam kemalangan untuk membuat laporan.
Para pengguna kenderaan juga boleh memperoleh maklum balas segera berhubung kemalangan yang dialami sejurus laporan polis dibuat.
Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu terlibat dalam kemalangan sama ada kecil atau besar di Kedah, dia boleh membuat laporan di mana-mana balai polis di negeri lain.
Sebaik sahaja laporan dibuat, polis tempat dia melaporkan kemalangan itu akan melakukan siasatan awal, sama ada ke atas pengadu atau kenderaan yang terlibat sebelum memaklumkan perkembangan siasatan itu kepada balai polis tempat berlaku kemalangan.
Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, sebelum ini sistem berkenaan dikenali sebagai Sistem Pengaduan Kemalangan Jalan Raya Berkomputer (CARS) dan melaluinya hanya balai polis yang berada dalam lingkungan lokasi kemalangan sahaja menjalankan siasatan.
“Namun setelah diintegrasi menjadi PRS, sistem itu dilihat lebih bersifat mesra pengguna kerana orang ramai yang menghadapi masalah trafik boleh membuat laporan di mana-mana balai polis di seluruh negara tanpa kerenah birokrasi.
“Proses laporan sekarang (CARS) memakan masa jika balai polis yang berada di luar lingkungan kawasan kemalangan menerima laporan itu dan ia dilakukan secara manual.
“Dengan penambahbaikan itu, balai polis yang menerima laporan boleh membuat siasatan awal dan segala informasi diperoleh akan dihantar ke balai polis terlibat dengan lokasi kemalangan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perasmian penutupan Bengkel Pembangunan Aplikasi Siasatan Trafik di sini, hari ini.
Ujarnya, PRS dibangunkan setelah mendengar banyak rungutan daripada pelbagai pihak tentang kelemahan dalam sistem aduan trafik seperti perbezaan pangkalan data dan kerenah birokrasi di balai polis.
“Kita ambil kira pandangan masyarakat terhadap apa sahaja kelemahan, termasuk sistem jaringan Internet yang sepatutnya memudahkan orang ramai,” katanya.
Ditanya tentang beban kerja yang terpaksa dihadapi anggota polis trafik di setiap balai, Khalid berkata, itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana tugas hakiki polis adalah membantu orang awam.
“Saya tidak menolak adanya bebanan kerja kepada anggota di setiap balai apabila PRS ini diwujudkan kerana mereka bertanggungjawab menjalankan siasatan awal terhadap setiap aduan yang dilaporkan.
“Ia tidak menjadi masalah kerana kemudahan ini dibangunkan khusus untuk masyarakat bagi memastikan mereka mendapat khidmat yang lebih baik,” jelasnya.
Selain itu, beliau memberitahu, sistem pembayaran saman dalam talian juga akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa seiring dengan peningkatan penggunaan

1 ulasan:

Jairinly bin matuin berkata...

satu sistem yang baik PDRM perkenalkan