Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Isnin, 1 Ogos 2011

Kerajaan mahu rakyat Malaysia bantu banteras kecuaian jalan raya


KOTA KINABALU: Kerajaan mahu memastikan kesemua agensi penguatkuasa kesalahan lalulintas terutama Jabatan Pengangkutan Jalan dapat bekerjasama dengan agensi lain bagi membanteras salahlaku dan kecuaian di jalan raya khususnya melibatkan pengangkutan awam menjelang Ramadan dan Aidilfitri ini.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata lain-lain agensi termasuk pasukan polis, Suruhjaya Pengangkutan Awam Darat dan Lembaga Perlesenan Kenderaaan Perdagangan.
"Saya yakin hanya dengan cara ini akan dapat mengurangkan kadar kemalangan khususnya di musim perayaan," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata ini kerana jumlah kenderaan yang bergerak akan bertambah dan kekerapan pergerakan juga meningkat berkali ganda yang sudah tentu akan meningkatkan risiko kemalangan yang lebih tinggi.


Bagaimanapun katanya dengan adanya kempen dan penguatkuasaan menjelang perayaan, kadar kematian yang dicatatkan menurun kepada purata 15 kematian sehari berbanding hari biasa iaitu 19 kematian purata sehari seperti yang dicatatkan tahun sebelum ini. -Bernama

Tiada ulasan: