Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Selasa, 3 April 2012

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN LEMBAGA KOKO MALAYSIA

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN
LEMBAGA KOKO MALAYSIA

Lembaga Koko Malaysia mempelawa permohonan dari warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap dan Sementara di Lembaga Koko Malaysia. Maklumat jawatan dan syarat kelayakan adalah seperti berikut:-

1. PEGAWAI PENYELIDIK (Bil. Kekosongan : 3)
[Penempatan : Pusat Inovasi & Teknologi Koko, Nilai, Negeri Sembilan, Pusat Penyelidikan & Pembangunan Koko, Tawau/Madai Baturong Kunak, Sabah & Pusat Penyelidikan & Pembangunan Koko, Kuching]
i. Klasifikasi Perkhidmatan : Penyelidikan dan Pembangunan
ii. Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
iii. Taraf Jawatan : Tetap
iv. Gred Jawatan : Q41
v. Jadual Gaji : P1T1 RM1899.01-P1T25 RM4715.47
P2T1 RM1995.02-P2T25 RM4988.08
P3T1 RM2095.21-P3T25 RM5284.57 vi.

Syarat Kelayakan :
a) Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana atau Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berikut:-
i) Sains Makanan dan Pemakanan
ii) Biak Baka Tumbuhan
iii) Agronomi / Crop Physiology
daripada Universiti-universiti Tempatan dan luar negara atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
DAN b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
vii. Keutamaan adalah diberi kepada calon yang:-
- Memperolehi Ijazah Sarjana atau Pemegang Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)
- Mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman bekerja / penyelidikan dalam bidang-bidang berkaitan di atas.
- Mempunyai sifat kepimpinan dan kemahiran komunikasi serta daya saing yang tinggi untuk merancang dan menjalankan kajian saintifik dan bersikap proaktif, dedikasi, bertanggungjawab serta boleh memantau dan mengembeling tenaga kerja.
- Calon mestilah fasih bertutur serta menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

2. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK (Bil. Kekosongan : 1)
[Penempatan : Pusat Inovasi & Teknologi Koko, Nilai, Negeri Sembilan]
i. Klasifikasi Perkhidmatan : Penyelidikan dan Pembangunan
ii. Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
iii. Taraf Jawatan : Tetap
iv. Jadual Gaji : Gred Q27
P1T1 RM1207.58 - P1T26 RM3030.13
P2T1 RM1277.16 - P2T26 RM3216.28
P3T1 RM1349.76 - P3T26 RM3408.29

v. Syarat Kelayakan :
a) Diploma dalam bidang sains / kimia / kejuruteraan kimia yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
DAN b) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus
ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3. PENOLONG AKAUNTAN (Bil. Kekosongan : 1)
(Penempatan : Ibu Pejabat, Kota Kinabalu)
i. Klasifikasi Perkhidmatan : Kewangan
ii. Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
iii. Taraf Jawatan : Tetap
iv. Jadual Gaji : Gred W27
P1T1 RM1209.09 - P1T26 RM3031.64 P2T1 RM1278.67 - P2T26 RM3217.79
P3T1 RM1351.27 - P2T26 RM3409.80

v. Syarat Kelayakan :
a) Diploma dalam bidang pengajian perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
b) Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
DAN c) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4. PEMBANTU PENYELIDIK (Bil. Kekosongan : 3)
[Penempatan : Pusat Penyelidikan & Pembangunan Koko, Kuching ]
i. Klasifikasi Perkhidmatan : Penyelidikan dan Pembangunan
ii. Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
iii. Taraf Jawatan : Sementara
iv. Jadual Gaji : Gred Q17
P1T1 RM823.40 - P1T24 RM2154.37
P2T1 RM874.83 - P2T24 RM2275.52
P3T1 RM927.77 - P3T24 RM2400.97

v. Syarat Kelayakan :
a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; ATAU
b) Sijil dalam bidang Pertanian atau Pengurusan Ladang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Politeknik-Politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
c) Sijil Institut Pertanian (SIP) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
DAN d) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Keutamaan adalah diberi kepada calon lelaki yang mempunyai Kelulusan Sijil Institut Pertanian; dan
- Bagi pemohon yang hanya mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia, keutamaan adalah diberi kepada pemohon yang mendapat kepujian dalam sekurang-kurangnya satu mata pelajaran Sains di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

Syarat-syarat Permohonan Bagi Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia Mengikut Sistem Terbuka
i) Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah diperingkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
ii) Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
iii) Memenuhi syarat-syarat Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau lulus dan subjek-subjek tertentu sepertimana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

Calon-calon yang tidak memiliki keputusan seperti di atas adalah tidak layak dipertimbangkan untuk maksud lantikan ke jawatan Pembantu Penyelidik yang mensyaratkan kelulusan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat-Syarat Permohonan
i) Terdiri daripada warganegara Malaysia.
ii) Calon-calon bagi lantikan hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
iii) Bagi calon-calon yang terdiri daripada pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun dan Kuasa Tempatan hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh iklan serta mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan mengemukakan bersama Laporan Nilaian Prestasi Tahun 2011, Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini dan Laporan Pengisytiharan Harta.
Penaklukan Di bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Calon-Calon yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh dicetak melalui Laman Web Lembaga di alamat www.koko.gov.my atau mengambil sendiri di Pejabat Lembaga Koko Malaysia seperti berikut:-

i) Lembaga Koko Malaysia
Tingkat 6, Wisma SEDCO
Lorong Plaza Wawasan, Off Coastal Highway
Beg Berkunci 211
88999 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel : 088-234472
ii) Lembaga Koko Malaysia
Cocoa Innovative and Technology Centre
Lot 12621, Kawasan Perindustrian Nilai
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel : 06-7999001

iii) Lembaga Koko Malaysia
Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko, Tawau
Batu 10, Jalan Apas, Peti Surat 60237
91012 Tawau, Sabah
Tel : 089-915604

iv) Lembaga Koko Malaysia
Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko
Lot 248, Blok 14, Biotechnology Park
94300 Kota Samarahan
Kuching, Sarawak
Tel : 082-465912


Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta sekeping gambar berukuran paspot dan salinan Ijazah, Diploma (termasuk transkrip keputusan peperiksaan semua semester), STPM/SPM/, Sijil Berhenti Sekolah dan lain-lain dokumen (spt, kad pengenalan, sijil lahir, dll lagi) yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional dan hendaklah dihantar tidak lewat pada Isnin, 16 April 2012 ke Ibupejabat Lembaga Koko Malaysia di alamat:-

KETUA PENGARAH
LEMBAGA KOKO MALAYSIA
TINGKAT 5, 6 & 7 WISMA SEDCO,
LORONG PLAZA WAWASAN
OFF COASTAL HIGHWAY
BEG BERKUNCI 211
88999 KOTA KINABALU, SABAH.

Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatit disudut atas sebelah kiri sampul surat. Sebarang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan dan akan dianggap tidak berjaya, hanya calon-calon yang layak selepas tapisan/senarai pendek sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Tiada ulasan: