Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Isnin, 30 April 2012

Jawatan Kosong di Polis DiRaja Malaysia (PDRM) & JawatanKosongKerajaan.My Jawatan Kosong Kerajaan Terkini 2012 Jawatan Kosong di Jabatan Pendaftaran Negara


 Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) juga boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mulai 20 Mac 2012 yang lalu. Ini adalah kerana SPA telah berkongsi kepakaran pelaksanaan aplikasi eSMSM dengan Suruhanjaya Pasukan Polis untuk permohonan jawatan.

Ia juga adalah selaras dengan hasrat SPA untuk bekerjasama dan mewujudkan amalan perkongsian pintar antara agensi kerajaan yang mempunyai kepakaran dalam bidang IT serta berkongsi pengalaman dengan agensi lain khususnya dalam bidang ICT. Untuk makluman, SPA hanyalah menguruskan urusan permohonan sahaja manakala perjawatan/urusan pengambilan adalah diuruskan oleh PDRM sendiri.

Oleh yang demikian, segala pertanyaan mengenai perjawatan/urusan pengambilan hendaklah dirujuk dengan pihak PDRM di Portal PDRM www.rmp.gov.my.





Polis Diraja Malaysia terdiri daripada 102,037 orang pegawai dan anggota. Keanggotaan ini mencerminkan kepelbagaian penugasan yang dijalankan oleh PDRM, dari Tugas Am yang menjalankan tugas tradisional kepolisan dan sentiasa berdampingan dengan rakyat, sehinggalah ke Pasukan Gerakan Am yang menjalankan tugas-tugas ‘non-regulatory’ seperti pencegahan kemasukan pendatang tanpa izin dan peperangan menentang kebangkitan pengganas komunis suatu ketika dahulu.
Dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang disandarkan oleh rakyat, PDRM dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Kumpulan ini memainkan peranan yang penting dalam menentukan keselamatan dan kesejahteraan negara.

PDRM kini mempelawa mereka yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :
1. Inspektor (Lelaki/Wanita)
2. Sarjan (Lelaki/Wanita)
3. Konstabel (Lelaki/Wanita)
4. Konstabel Sokongan (Lelaki/Wanita)
KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON
Permohonan adalah menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i)
yang boleh diperolehi melalui pautan ini :
http://putra3.spa.gov.my/online/BORANGSPA8I








Jawatan Kosong di Jabatan Pendaftaran Negara

 

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia untuk mengisi jawatan berikut di Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia :
 Iklan Kekosongan Jawatan Pembantu Am Pejabat Gred N1 : [ Lihat ]
- Pembantu Am Pejabat Gred N1
KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON
Tarikh Tutup Permohonan : 20 Mei 2012


Kekosongan Jawatan Pegawai Peperiksaan 44 (Terbuka)
Baru



A. Permohonan bagi jawatan ini boleh dibuat melalui Borang Online SPA8    

B. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:
 
i. Iklan Kekosongan Jawatan Pegawai Peperiksaan 44 (Terbuka) : [ Lihat ]
ii. Syarat-Syarat Pertukaran Sementara : [ Lihat ]
iii. Borang SPA.PN 1/2012 yang perlu dibawa semasa temu duga :[ Lihat ]
iv. Tarikh tutup permohonan: 2 Mei 2012 (Rabu)

 

 


Tiada ulasan: