Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Lesen Perniagaan, iklan dan Pemeliharaan Anjing

Lesen Perniagaan

Apakah Lesen Perniagaan?
·         Lesen Perniagaan adalah satu lesen yang dikeluarkan di bawah Ordinan Pelesenan Perniagaan, 1948, Cap 144.  Secara umumnya, Lesen Perniagaan adalah merupakan suatu dokumen yang boleh melayakkan seseorang itu untuk menjalankan perniagaannya mengikut jenis-jenis perniagaan yang dinyatakan di dalam lesen itu.
 
Siapakah yang boleh memohon Lesen Perniagaan?
·         Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas dan mestilah penduduk tempatan atau penduduk tetap di Sabah.
 
Perlukah pemohon hadir sendiri untuk membuat permohonan?
·        Pemohon-pemohon adalah digalakkan supaya membuat permohonan Lesen Perniagaan dengan sendiri kecuali bagi syarikat atau firma.


Bagaimana untuk memohon Lesen Perniagaan?
·        Pemohon mesti melengkapkan borang permohonan untuk Lesen Perniagaan.  Borang permohonan, Borang A boleh diperolehi di Kaunter Pelesenan, Bahagian Pelesenan, Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Borang A adalah berharga RM1.00.
 
·        Satu salinan kad pengenalan pemohon yang telah disahkan benar oleh Pesuruhjaya Sumpah hendaklah disertakan bersama dengan borang permohonan.
·         Pemohon hendaklah menunjukkan:
o        Penyata cukai taksiran rumah/bangunan yang telah dijelaskan bayarannya kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
o        Satu surat perjanjian sewa premis perniagaan atau surat perjanjian jual/beli permis perniagaan.
 
·        Borang yang telah lengkap diisikan hendaklah dihantar di kaunter pelesenan, Bahagian Pelesenan.
 
Berapakah bayaran Lesen Perniagaan?
 
·         Mengikut Jadual Pertama (Seksyen 7(1), Ordinan Pelesenan Perniagaan 1948, Cap 144, bayaran lesen berniaga adalah sebanyak RM25.00 setahun. Manakala untuk memproses lesen pula dikenakan bayaran sebanyak RM5.00.
 
Berapa lamakah masa untuk mengeluarkan Lesen Perniagaan?
  • Masa yang diperlukan untuk mendapatkan lesen berniaga adalah dari 10 hingga 15 hari kerja.
Bilakah tempoh sah bagi Lesen Perniagaan?
  • Temph sah bagi semua Lesen Perniagaan akan tamat pada 31hb Disember.
Bagaimana untuk memperbaharui Lesen Perniagaan?
  • Untuk memperbaharui lesen berniaga, setiap pemohon hendaklah mengisi dengan lengkap borang pembaharuan yang disediakan di Kaunter Pelesenan dengan harga RM1.00.
Perlukah Lesen Perniagaan dipamerkan di premis perniagaan?
  • Mengikut Seksyen 12(2), Ordinan Pelesenan Perniagaan, 1948 Cap 144 setiap Lesen Perniagaan mestilah dipamerkan di tempat yang mudah dilihat (nyata) dalam setiap premis perniagaan.
UNTUK KETERANGAN LANJUT:

Sila hubungi:  088-521800 

http://www.dbkk.sabah.gov.my/bm/content/static/view/100




Lesen Iklan
APA YANG ANDA PATUT TAHU
  • Sekiranya anda ingin mempamerkan sebuah iklan, anda diperlukan di bawah Undang-Undang Kecil Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (Pengiklanan) 1983 untuk terutamanya mendapatkan lesen atau permit untuk berbuat demikian daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).
JENIS IKLAN YANG DIPROSES
  • Jenis iklan yang pada umumnya diproses oleh DBKK adalah sepanduk, banting, papan kenyataan dan tiang iklan, papantanda di bangunan dan tanda arah.
BAGAIMANA UNTUK MEMOHON
 
·     Borang permohonan (No. Borang: BPN.2/01) mesti diisi dengan lengkap dalam dua salinan. Borang permohonan adalah percuma dan boleh didapati daripada Bahagian Penilaian, Tingkat Bawah, Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu atau download dari laman ini.
 
·        Sampel iklan mesti dikemukakan bersama borang permohonan. Sampel ini mesti diendors terlebih dahulu oleh Dewan Bahasa & Pustaka (DBP).
 
·        Borang permohonan yang telah dilengkapkan haruslah dikemukakan kepada Bahagian Penilaian.
 
APA YANG HARUS DITUNJUK
 
·        Mesej pada iklan mesti pendek dan mudah.
 
·        Nombor permit mesti ditulis/ditunjukkan dengan jelas pada iklan.  Bagi sepanduk atau banting, tarikh/hari terakhir bagi mempamerkan sepanduk atau banting juga mestilah ditulis/ditujukkan.
 
LOKASI IKLAN
 
·         Lokasi di mana iklan akan ditempatkan adalah tertakluk kepada pengesahan DBKK, dan juga Jabatan Kerja Raya bagi tanda arah.
 
·         Bagi papantanda di bangunan dan tanda arah, cadangan lokasi di mana iklan akan didirikan mesti mematuhi Undang-Undang Kecil DBKK (Pengiklanan) 1983 dan garispanduan DBKK yang diterimapakai.
 
·        Kebenaran atau persetujuan mestilah didapati daripada pemilik atau pengurusan bangunan, struktur, atau tempat di mana iklan berkenaan akan dipamerkan.  Oleh yang demikian, pihak pemilik atau pengurusan berkenaan mestilah menandatangani pada ruang yang disediakan di borang permohonan.
 
YURAN LESEN
 
·         Untuk sepanduk dan banting, yuran lesen adalah bergantung kepada saiz, tempoh (jumlah hari) iklan akan dipamerkan dan jumlah sepanduk dan banting.  Jadual 1 di bawah memberi kadar yang boleh dikenakan.
 
·         Jumlah wang sebanyak RM25.00 adalah diperlukan sebagai cengkeram untuk setiap sepanduk atau banting. Wang cengkeram ini akan dibayar balik kepada pemohon selepas sepanduk atau banting ditanggalkan oleh pemohon selepas tempoh/tarikh lesen/permit pengiklanan tamat.
Jadual 1
YURAN LESEN SEHARI SETIAP SEPANDUK ATAU BANTING
2.0 kaki  x    6 kaki  =  RM 0.35
2.5 kaki  x    6 kaki.  =  RM 0.35
2.5 kaki  x    8 kaki  =  RM 0.37
2.5 kaki  x  15 kaki  =  RM 0.44
2.5 kaki  x  16 kaki  =  RM 0.45
2.5 kaki  x  20 kaki  =  RM 0.47
3.0 kaki  x  16 kaki  =  RM 0.48
3.0 kaki  x  18 kaki  =  RM 0.49
3.0 kaki  x  20 kaki  =  RM 0.52
3.0 kaki  x  28 kaki  =  RM 0.60
3.0 kaki  x  30 kaki  =  RM 0.61
4.0 kaki  x  28 kaki  =  RM 0.71
4.0 kaki  x  30 kaki  =  RM 0.76
5.0 kaki  x  30 kaki  =  RM 0.90

·        Untuk papantanda di bangunan, tanda arah, papan kenyataan dan tiang iklan, yuran lesen juga bergantung kepada saiz seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2 di bawah.
 
·         Sebanyak setengah daripada jumlah wang yuran yang telah ditentukan atau tiga ratus ringgit yang mana-mana lebih kurang, tetapi tidak kurang dari RM25.00, adalah diperlukan sebagai cengkeram untuk papantanda, tanda arah, papan kenyataan atau tiang iklan.  Wang cengkeram ini akan dibayar balik selepas iklan berkenaan ditanggalkan oleh pemohon selepas tempoh/tarikh lesen/permit pengiklanan tamat.
 
Jadual 2
YURAN IKLAN SETAHUN
METER PERSEGI
TIADA CAHAYA LAMPU
BERCAHAYA LAMPU
  1.0
  2.0
  3.0
  4.0
  5.0
  6.0
  7.0
  8.0
  9.0
10.0
RM 125.00
RM 138.85
RM 152.70
RM 166.55
RM 180.40
RM 194.25
RM 208.10
RM 221.95
RM 235.58
RM 249.65
RM 250.00
RM 277.75
RM 305.50
RM 333.25
RM 361.00
RM 388.75
RM 416.50
RM 444.25
RM 472.00
RM 499.79


KEPERLUAN LAIN
 
·        Untuk maklumat terperinci berkenaan lokasi, saiz, keperluan struktur, dll. terhadap struktur iklan, sila rujuk Rujukan Dokumen atau ikut link di bawah:-


PERTANYAAN LANJUT

·        Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Pengiklanan, Bahagian Penilaian, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Tel. No. 088-239500 sambungan 662



Lesen Anjing


Bagaimana untuk memohon Lesen Anjing?
 
Lesen Anjing boleh diperolehi di Pejabat Bahagian Kesihatan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Tingkat 7, Bangunan Centre Point Sabah.
 
Cara Bayaran
 
a)  
Bayaran mestilah dijelaskan di Pejabat Bahagian Kesihatan.
 
b)  
Bayaran lesen bagi seekor anjing ialah:
 - RM10.00 untuk betina
 - RM5.00 untuk jantan
 
c)      
Lesen anjing dalam bentuk lencana akan diberikan dengan serta merta selepas bayaran pendaftaran dibuat.



Apa yang anda perlu tahu
 

a)
Lesen anjing mestilah diperbaharui pada tiap-tiap tahun iaitu sebelum 31 Januari.
 
b)
Semua anjing yang berumur 6 bulan dan lebih yang tidak memakai lencana lesen yang sah akan dimusnahkan.
 
c)
Berikanlah jagaan yang sempurna dan pastikan anjing anda sihat dari sebarang penyakit.
 
d)
Memvaksin anjing anda untuk mencegah penyakit dan dapatkanlah sijilnya daripada doctor veterinar.
 
e)
Sediakanlah kandang/kenel yang sesuai dan jagalah kebersihan anjing anda supaya bersih dari najis, air kencing sisa-sisa makanan dan sebarang punca kekotoran.
 
f)
Segala najis, air kencing dan lain-lain kekotoran daripada anjing hendaklah dihapuskan dengan sempurna.
 
g)
Mengawal dan menghindarkan dari mudarat alam sekitar dan orang awam.
  • Anjing tidak dibenarkan merayau-rayau di luar premis tanpa pengawasan
     
  • Anjing hendaklah dirantai lehernya semasa dibawa bersiar-siar.
     
  • Pastikan anjing anda tidak menyalak berterusan sehingga mengganggu jiran-jiran.
KAWASAN LARANGAN
 
Kawasan berikut adalah kawasan larangan untuk anjing:-
 
a.   
Restoran/premis makanan
 
b.
Kenderaan awam seperti bas, teksi, dan lain-lain
 
c.
Apartment/rumah pangsa
 
d.
Rumah ibadat
 
e.
Hospital/klinik (kecuali klinik haiwan)
 
f.
Tadika/sekolah dan pusat tuisyen
 
g.
Taman-taman rekreasi
 





TINDAKAN YANG BOELH DIAMBIL OLEH DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU

(Jika anda didapati melanggar syarat yang ditetapkan)
 

a)
Mengkompaun
 
b)
Tindakan mahkamah
 
c)
Sekiranya didapati berkeliaran tanpa lesen atau tanpa pengawasan, anjing anda akan ditangkap dan dimusnahkan
SUMBER DARIPADA LAMAN WEB DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU

 http://www.dbkk.sabah.gov.my/bm/content/static/view/99