Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Rabu, 27 Julai 2011

Program PINTAR MAS bantu sekolah luar bandar


Oleh Amir Hamzah Nordin
upen@bharian.com.my
2011/07/27

MALAYSIA Airlines (MAS) terus komited dalam usahanya meningkatkan kualiti pendidikan dalam kalangan generasi muda menerusi Program Pintar MAS. 

Usaha murni itu dilihat sebagai platform terbaik merapatkan jurang pendidikan antara murid di sekolah bandar dengan luar bandar.
Menyedari pentingnya meningkatkan kualiti pendidikan, pihaknya menerusi kerjasama Unit Pendidikan Berita Harian menganjurkan program bimbingan peperiksaan.


Program memberi peluang calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mendapatkan panduan menjawab soalan secara tepat berdasarkan skema peperiksaan sebenar, berlangsung di Sekolah Kebangsaan Jerantut Jaya (SKJJ), Jerantut, Pahang, baru-baru ini. 

Seramai 200 murid sekolah berkenaan memanfaatkan program yang dipenuhi dengan tiga slot ceramah bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. 

Eksekutif Perhubungan Luar MAS, Noor Dyana Jamaluddin, berkata SKJJ adalah sekolah angkat MAS ke-18, diberi peluang mendapatkan kemudahan bimbingan pendidikan bertujuan membantu meningkatkan akademik murid di sini.

“Sebagai sekolah angkat kami bertanggungjawab memastikan kemajuan mereka setaraf murid di bandar. Kami akan memantau prestasi mereka dari semasa ke semasa bagi memastikannya mencapai matlamat,” katanya. 
Guru Penolong Kanan sekolah berkenaan, Rozilah Abu Bakar, berkata SKJJ bertuah mendapat kerjasama MAS dan Berita Harian bagi menjayakan program yang dapat dimanfaatkan peserta sebagai persiapan menduduki UPSR, September ini. 

Selain sokongan badan korporat, dorongan ibu bapa dan masyarakat sekitar begitu dihargai dalam usaha membangunkan modal insan ke arah yang lebih cemerlang

Tiada ulasan: