Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Khamis, 28 Julai 2011

Kelainan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54


KUALA LUMPUR 27 Julai - Sejak dari awal, sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54 dan Hari Malaysia yang bakal berlangsung pada 16 September depan sudah mula menampakkan kelainan.
Ia dapat dilihat melalui acara-acara yang diatur pada Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena Bulan Kemerdekaan di KL Sentral di sini hari ini.
Bermula di Putrajaya Sentral, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan Jemaah Menteri menaiki Express Rail Link (ERL) ke KL Sentral dengan 'diiringi' kira-kira 1,000 hadirin yang menunggu sejak pukul 11 pagi.
Sebelum menaiki tren, Perdana Menteri terlebih dahulu menandatangani plak majlis pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2011 di stesen itu.
Sebaik tiba di KL Sentral kira-kira 45 minit kemudian, beliau disambut dengan persembahan kebudayaan pelbagai kaum serta laungan '1Malaysia' oleh lebih 5,000 hadirin termasuk pelatih-pelatih Program Latihan Khidmat Negara serta wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim terlebih dahulu menyampaikan ucapan alu-aluan sambil mengajak rakyat mengibar bendera dengan penuh bangga tanpa mengira perbezaan yang ada termasuk fahaman politik.
Semangat patriotik hadirin kemudiannya terus 'dibakar' melalui persembahan lagu-lagu seperti Malaysia Berjaya, Jalur Gemilang serta Malaysia1 oleh beberapa artis terkenal antaranya Roy, Fiq dan One Nation Emcees.
Mengambil alih pentas, Perdana Menteri dalam ucapannya mengajak rakyat mengibarkan Jalur Gemilang dengan menyifatkan empat warna yang terdapat pada bendera kebanggaan negara itu merupakan ramuan untuk melonjakkan negara ke tahap lebih tinggi.
"Jalur-jalur yang terbentang pada bendera itu seolah-olah kiasan kepada pelan transformasi yang diperjuangkan oleh kerajaan untuk kita bergerak ke hadapan.
"Empat warna (merah, biru, kuning dan putih) menandakan empat prinsip yang merupakan tonggak kepada negara," katanya.
Selepas itu, beliau menyerahkan Jalur Gemilang kepada wakil agensi-agensi kerajaan, NGO serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan




SUMBER DARI UTUSAN ONLINE 28.07.2011 ( KHAMIS )

Tiada ulasan: