Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Rabu, 27 Julai 2011

Tak mahu tawaran bukan pilihan


Tak mahu tawaran bukan pilihan



KUALA LUMPUR 25 Julai – Tidak bersetuju menerima tawaran program bukan pilihan menjadi penyebab pelajar lepasan matrikulasi tercicir daripada kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Kementerian Pengajian Tinggi dalam kenyataannya berkata, berdasarkan rekod permohonan yang diterima oleh Unit Pusat Universiti (UPU) bagi sesi akademik 2011/2012, seramai 1,977 pemohon lepasan program matrikulasi dan asasi 2010 yang layak tidak bersetuju menerima tawaran selain daripada lapan pilihan program yang dimohon.
Justeru itu, kata kementerian tersebut, semua calon berkenaan tidak akan dipertimbangkan tawaran ke program pengajian lain walaupun layak kerana menghormati keputusan mereka.
“Calon yang memohon akan diberi pilihan sama ada bersetuju atau tidak untuk menerima tawaran selain daripada lapan pilihan program pengajian yang dimohon.
“Sekiranya bersetuju, mereka yang mendapat purata mata gred keseluruhan (CGPA) tinggi tetapi tidak mendapat tempat akan ditawarkan program pengajian yang mirip dengan permohonan di IPTA yang mempunyai kekosongan.
“Bagaimanapun, sekiranya calon memilih tidak bersetuju, maka pihak kementerian tidak akan mempertimbangkan sekiranya masih ada kekosongan pada program pengajian yang lain,” kata kenyataan itu hari ini.
Kenyataan tersebut dibuat bagi mengulas surat pembaca Pedang Bertuah di ruangan Forum Utusan Malaysia yang mahukan penjelasan mengenai punca pelajar matrikulasi tercicir dan tidak terpilih ke IPTA walaupun memiliki CGPA melebihi 3.00.
Menurut kementerian tersebut, pemilihan kemasukan pelajar ke IPTA adalah berdasarkan pilihan pelajar serta bilangan tempat yang disediakan mengikut program pengajian.
“Kementerian melaksanakan prinsip meritokrasi yang mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum. Pemohon juga perlu memenuhi syarat am, syarat khas program dan kriteria pemilihan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan,” jelasnya.
Sementara itu, kementerian itu juga berkata, pemilihan rayuan pula adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baru pada awal September 2011.
Menurut kementerian itu, semua calon yang mengemukakan rayuan akan dipertimbangkan berdasarkan kekosongan tempat bagi program pengajian yang dipohon sahaja.
Dalam pada itu, pihak kementerian meminta pemohon yang menghadapi masalah supaya menghubungi mereka dan mendapatkan penjelasan secara tepat, telus dan adil mengenai sebab calon tidak terpilih ke program pengajian di IPTA.

Tiada ulasan: