Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Rabu, 27 Julai 2011

Galak pelajar minati Matematik, Sains


Galak pelajar minati Matematik, Sains

Pelajar menyiapkan salah satu tugasan secara berkumpulan pada Fun Math Camp 2011 di SMK Seri Bintang Selatan, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


TEKNIK belajar sambil bermain atau edutainment kini semakin meluas penggunaannya dalam meningkatkan minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran.
Justeru, Hezmedia Interactive Sdn. Bhd. (Hezmedia Interactive) dengan kerjasama Yayasan Angkasawan Malaysia (YAM) menggunakan pendekatan tersebut untuk Fun Math Camp 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bintang Selatan, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pengarah Urusan Hezmedia Interactive, Mohd. Hezri Amir Abd. Latiff berkata, bengkel yang dijalankan selama satu hari itu merupakan satu pembaharuan daripada teknik pembelajaran konvensional kepada konsepedutainment.
"Bengkel ini diadakan bertujuan membangkitkan minat dan kesedaran tentang kepentingan subjek Matematik di kalangan pelajar seterusnya menjurus kepada pencapaian akademik yang lebih baik untuk jangka masa panjang," jelasnya.
Menurut beliau, pihaknya cuba menyumbang dengan memberi impak di dalam sistem pendidikan melalui pembelajaran secara interaktif selaras dengan arus kepesatan zaman teknologi dan inovasi masa kini.
Pada program itu, 227 pelajar tingkatan satu sekolah berkenaan diberi peluang merasai pengalaman menjalani aktiviti bengkel yang padat dengan permainan interaktif menggunakan komputer dan aktiviti menarik yang dikendalikan oleh beberapa fasilitator berpengalaman.
Mohd. Hezri memberitahu, pelajar digalakkan untuk menyelesaikan masalah Matematik dan Sains yang biasa dilalui dalam aktiviti seharian dan cuba mempraktikkan konsep-konsep yang telah mereka pelajari untuk menyelesaikan masalah secara berkumpulan.
"Bengkel ini bukan sahaja menggalakkan peserta menggunakan pemikiran kritis tetapi juga meningkatkan kemahiran interpersonal dan sifat berdaya saing di kalangan para peserta," terangnya.
Sementara itu, Pengetua SMK Seri Bintang Selatan, Roaini Jaafar berkata, bengkel Fun Math Camp ini dapat memupuk kaedah pendidikan awal secara inovasi kepada generasi muda.
"Mata pelajaran Sains dan Matematik penting bagi menyediakan tenaga kerja yang sesuai dengan perkembangan dan keperluan sesebuah negara maju.
"Peranan ilmu sains dan matematik dalam memajukan tamadun manusia menjadikannya suatu bidang yang dinamik dan dianggap sebagai jentera atau penggerak kepada pembangunan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi," katanya.

4 ulasan:

Cik Ct berkata...

yup.. kne bt mcm2 supaya student ske math.. sy ske math gak.. tp x ske add math.. hehe.. mgkin sbb x fhm kot..

Cik Ct berkata...

yup.. kne bt mcm2 supaya student ske math.. sy ske math gak.. tp x ske add math.. hehe.. mgkin sbb x fhm kot..

Jairinly bin matuin berkata...

wa...saya inda suka math oh..tulah dapat 4 ja masa spm ne...lau add math lagi..mang gagal oh ne..

eyka yuca mika ツ berkata...

math dgan add math , tak suke , hee