Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Selasa, 28 Februari 2012

Kerjaya bomba makin popular ( Hantar Resume jika berminat )

Oleh Faizul Azlan Razak

2012/02/28

MARANG: Kerjaya anggota bomba semakin menarik minat ramai apabila Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menerima sebanyak 34,000 permohonan daripada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menyertai jabatan itu tahun lalu.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Mahadi Md Ali, berkata hanya 10,000 calon dipanggil untuk temu duga selepas menjalani proses saringan.
Daripada jumlah itu pula, hanya 588 diterima menjalani latihan menyertai pasukan penyelamat untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan anggota yang bersara.
Namun, daripada 588 pelatih yang diterima, hanya 444 berjaya menamatkan kursus latihan selama empat bulan dan mereka akan dihantar untuk berkhidmat di balai bomba seluruh negara, termasuk balai baru, katanya selepas majlis tamat latihan Kursus Asas Sijil Sains Kebombaan siri 2/2011 di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai, di sini, semalam.

Pada majlis itu, tiga pelatih iaitu Rushidey Miken, 21, dari Kampung Simpang Entilibon, Tongod, Sabah menerima Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan; S D Sitra Arasan, 22, dari Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang (Anugerah Pelatih Terbaik Teori) dan Muhamad Ismail Abdullah, 26, dari Kampung Banggol Penyengat Karangan, Kulim, Kedah menerima Anugerah Pelatih Terbaik Praktikal.

Hadir sama Penolong Ketua Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Rusmani Muhamad dan Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai, Norazam Khamis.

Mahadi berkata, pelatih yang menerima ilmu asas dalam bidang kebombaan termasuk pengetahuan dan kemahiran operasi pemadaman kebakaran serta penyelamat, keselamatan kebakaran, penyiasatan kebakaran dan pengurusan kebombaan dapat menjalankan tanggungjawab dan memberi khidmat terbaik kepada komuniti.
Beliau berkata, pengambilan pelatih baru itu juga akan mengisi kekosongan di empat balai bomba baru dibangunkan kerajaan yang akan mula beroperasi sepenuhnya tahun ini iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir, Muar Johor; Kinabatangan, Sabah; Melaka, manakala Balai Bomba dan Penyelamat Song, Miri Sarawak sedang dalam pembinaan


SUMBER DARIPADA BERITA HARIAN 28.02.2012

Rabu, 22 Februari 2012

Tukar berus gigi 3 bulan sekali

Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SETIAP orang mempunyai tabiat tersendiri. Sama ada perlakuan itu positif atau negatif pastinya akan mempengaruhi kehidupan. Contoh yang paling mudah tabiat makan pada waktu malam dan tidak memberus gigi tentunya akan memberi kesan kepada kesihatan gigi. Lama kelamaan gigi akan rosak, sekali gus membuatkan penampilan kurang sempurna.
Oleh itu menjelang 2012, apa kata anda senaraikan semua tabiat negatif yang memberi kesan kepada kesihatan, kerjaya atau pendidikan seterusnya merangka kepada sesuatu yang lebih positif. Mulakan dengan acara paling mudah iaitu menukar berus gigi setiap tiga bulan kerana jika anda dapat melakukannya anda mampu berubah menjadi individu yang lebih sihat serta bahagia.

Ini terbukti menerusi kajian dijalankan Persatuan Pergigian Chicago Amerika Syarikat (AS) yang menyatakan, beribu-ribu bakteria boleh membiak di atas berus gigi berbulu. Ada sesetengah boleh menyebabkan selesema dan virus kudis pada mulut.

Menerusi kajian ini, pakar pergigian menggalakkan rakyat AS menukar berus gigi setiap tiga bulan bagi kesihatan mulut yang optimum, namun hanya 8.6 peratus pengguna mematuhinya manakala yang lain menggantikan berus gigi setiap sembilan bulan. Berbeza dengan rakyat Jepun kerana mereka lebih bijak dan menghargai kesihatan apabila menggantikan berus gigi setiap 3.1 bulan.


Menurut Pakar Pergigian AS, Tom Glass, berus gigi harus dibuang selepas 40 hingga 50 penggunaan. Individu sihat perlu membeli berus gigi baru setiap tiga bulan manakala mereka yang bermasalah gusi, mulut dan mempunyai imunisasi yang lemah perlu menukar berus gigi lebih kerap.

“Mereka yang mempunyai penyakit pernafasan atau penyakit berjangkit perlu menukar berus pada awal penyakit, seterusnya apabila penyakit mereka bertambah baik. Berus gigi pula perlu ditukar setiap hari untuk pesakit yang baru pulih daripada pembedahan kerana pada masa ini, jangkitan kuman adalah lebih tinggi,” katanya.

Ramai tidak tahu berus gigi adalah tempat pembiakan biasa bagi kuman dan kulat kerana sering basah dan boleh tercemar menerusi bakteria di bilik mandi yang datang apabila seseorang mengepam tandas.

Oleh itu, menyimpan berus gigi di tempat kering serta jauh dari tandas adalah cara paling selamat memastikan berus gigi bebas mikro organisma.

Colgate memperkenalkan berus gigi 360 darjah antibakteria yang pertama menggunakan zeolit perak sebagai agen antikuman sehingga 90 hari.

Menerusi kajian klinikal, ia menunjukkan tindakan antibakteria akan kekal pada berus gigi ini selama 90 hari kerana diperbuat daripada bulu yang boleh mengurangkan pertumbuhan bakteria, pada masa sama membersihkan gigi selepas 24 jam berbanding berus gigi yang biasa digunakan.

Ia direka untuk memberi jaminan tambahan kepada individu yang ingin perlindungan lengkap daripada bakteria apabila mereka menjalankan rutin harian memberus gigi dua kali sehari menggunakan teknik yang betul.

Persatuan Pergigian Malaysia juga mengesyorkan menukar berus gigi sekurang-kurangnya setiap tiga bulan mampu menghalang bakteria daripada memasuki mulut.
Ini terbukti selepas tiga bulan penggunaan berus gigi menjadi haus dan lusuh serta kurang berkesan ketika membuang plak.

Bakteria juga boleh tertinggal dan hidup secara semula jadi di dalam mulut selepas menggunakan berus gigi secara berulang-ulang.

Menerusi berus gigi Colgate 360 darjah antibakteria, pengguna tidak perlu bimbang apabila bakteria tidak lagi berada di dalam mulut mereka serta dapat memberus dengan tenang.

Tidak seperti berus gigi lain, Colgate 360 darjah antibakteria mengeluarkan sehingga 90 peratus bakteria dan membersih secara keseluruhan termasuk lidah, dinding pipi dan gusi. Dilengkapi alat pembersih khas lidah pada kawasan tengah yang membantu membuang kotoran secara lebih efektif dan mudah.

Batang pemegang berus juga sangat penting bagi memastikan pemberusan sempurna.
Dulu, bentuk pemegang hanya lurus, panjang dan nipis. Kini bentuknya semakin berubah kepada berliku, lurus tebal dan nipis, mengikut cita rasa pengguna.
Penyelidikan juga menunjukkan bentuk gagang berus penting untuk kumpulan pengguna tertentu.

Orang yang mengalami kecederaan atau kecacatan tangan lebih suka kepada gagang tebal kerana boleh memegang dengan selesa. Pengguna lain pula gemar dengan gagang lebih nipis manakala kanak-kanak memilih pemegang yang gebu dan gemuk.
Berus gigi 360 darjah antibakteria dilengkapi pemegang ergonomik untuk cengkaman kuat bagi memberikan keselesaan ketika memberus gigi.

Bersempena pelancaran berus gigi 360 darjah antibakteria, Colgate turut mengadakan kempen memberus gigi sepanjang Februari ini.

Berus gigi Colgate antibakteria kini boleh didapati di semua farmasi dan kedai terpilih seluruh negara pada harga RM12.90 dan RM19.35 untuk satu dan pek berkembar. Sepanjang Februari, Colgate memperkenalkan harga pengenalan RM9.90 untuk satu pek


SUMBER DARIPADA myMetro 22.02.2012

Peluang jual produk KR1M

BERA 21 Feb. – Jualan produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) akan diperluaskan ke seluruh negara tidak lama lagi apabila ramai peniaga kedai runcit memohon untuk menjualnya.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berkata, mereka yang berhasrat menjual produk berkenaan boleh mendapatkan borang di kementerian itu sehingga akhir Mac ini.
Menurut beliau, sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi meneliti setiap permohonan tersebut untuk melihat kelayakan pemohon sebelum diluluskan.
“Kami menyasarkan sebanyak 60 KR1M akan dibuka tahun ini dengan 25 buah sudah beroperasi sejak tahun lepas.
“Dengan lebih banyak penyertaan peniaga kedai runcit, produk KR1M akan lebih mudah didapati dan secara tidak langsung membolehkan ia dijual ke seluruh negara termasuk kawasan luar bandar,” katanya selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada penduduk kawasan Parlimen Bera di sini hari ini.
Menurutnya, kerajaan akan memberi peruntukan bagi mengubah suai dan menyediakan peralatan serta kemudahan mempamerkan produk KR1M kepada pemilik kedai runcit yang permohonan mereka diluluskan.
Ismail Sabri berkata, kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM40 juta tahun ini bagi mengubah suai KR1M termasuk menyediakan almari, rak dan peralatan lain yang diperlukan.
Bagaimanapun, jelasnya, peniaga perlu menyediakan modal sendiri untuk membeli barang-barang tersebut.
Dalam pada itu, beliau menafikan kedai berkenaan menyekat rezeki peniaga lain, malah peniaga runcit sedia ada digalakkan menjual produk tersebut di kedai masing-masing dengan menyediakan rak berasingan daripada produk bukan KR1M


SUMBER DARIPADA UTUSAN ONLINE MALAYSIA 22.02.2012

Hubungan Barat-Timur Sabah terjejas

RANAU 21 Feb. – Hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan jalan utama menghubungkan Kota Kinabalu dengan daerah di Pantai Timur Sabah terjejas teruk kerana berlaku mendapan dan tanah runtuh di Kilometer 120.
Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Datuk Ir. John Anthony berkata, hujan lebat menyebabkan Jalan Kota Kinabalu-Sandakan di Kilometer 120 dekat sini mendap sehingga mewujudkan lubang besar seluas lapan meter.
Tambahnya, hujan lebat dan air yang bertakung di laluan tersebut turut menyebabkan berlaku tanah runtuh.
Katanya, ekoran itu jurutera jabatan tersebut dikerahkan ke tempat kejadian dan membuka satu laluan alternatif bagi pengguna jalan raya.
“Bagaimanapun, laluan ini hanya dibenarkan untuk kenderaan ringan. Bagi jentera berat seperti lori dan bas dinasihatkan menggunakan laluan ke utara negeri ini bagi perjalanan menuju ke daerah-daerah di pantai timur,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya, laluan tersebut yang terletak 100 kilometer ke Telupid, dekat sini mendap dan mewujudkan lubang besar lewat malam tadi.
Beliau memberitahu, JKR masih melakukan pemeriksaan berhubung kesan retakan daripada kejadian itu sama ada ia berkemungkinan boleh memberi kesan kepada paras air bawah tanah di kawasan tersebut.
“Pada masa ini semua jurutera JKR sedang berusaha menambah baik laluan alternatif yang disediakan bagi membolehkan jentera berat melalui jalan ini,” katanya.
Jelasnya, lori dan bas yang menuju ke daerah-daerah di Pantai Timur Sabah seperti Sandakan, Lahad Datu atau Tawau boleh menggunakan laluan lain iaitu melalui Kota Belud-Kota Marudu-Sapi Nangoh-Telupid.
Katanya, kos membaik pulih kerosakan tersebut dianggarkan RM400,000 hingga RM600,000 dan mungkin memakan masa sehingga sebulan untuk disiapkan.
Sehubungan itu katanya, pihaknya akan mengemukakan permohonan kepada kerajaan Persekutuan untuk kerja membaik pulih jalan tersebut


SUMBER DARIPADA UTUSAN MALAYSIA ONLINE 22.02.2012

Selasa, 21 Februari 2012

Peluang ceburi bisnes telekomunikasi luar bandar



BISNES TMC sesuai dijalankan di pekan-pekan kecil untuk kemudahan penduduk luar bandar.



CAPAIAN Internet yang terhad di luar bandar dan pedalaman mengakibatkan penduduk kawasan tersebut sering berhadapan dengan masalah membuat pembayaran bil setiap bulan.
Lebih menyulitkan, kaunter pembayaran yang terletak di jauh di pekan-pekan juga menyebabkan mereka terbeban dengan kos yang perlu ditanggung serta pembaziran masa.
Memahami permasalahan itu, sebuah syarikat bumiputera tempatan, Berjaya Telekomunikasi telah memperkenalkan Program Keusahawan Komunikasi untuk memberi kemudahan kepada penduduk luar bandar.
Ia dilaksanakan di bawah projek Pusat Perkhidmatan Telekomunikasi Bersepadu atau lebih dikenali sebagai Pusat Telco Mini (TMC).
Tujuannya adalah untuk memberi kemudahan pembayaran pelbagai jenis bil di kalangan penduduk pedalaman selain menggalakkan mereka menceburi bidang keusahawanan telekomunikasi.
Menurut Ketua Eksekutif Pemasaran TMC, Jeffrey Khua, menerusi projek berkenaan, individu yang berminat boleh menyertai pakej perniagaan yang telah disediakan TMC.
"Mereka akan bertindak sebagai agen kutipan di sesebuah kawasan untuk memudahkan penduduk menjelaskan pelbagai jenis bil seperti bil telefon, utiliti dan penyiaran termasuk pembayaran bagi dua syarikat telekomunikasi di Brunei.
"Apa yang menarik, sistem ini tidak memerlukan sebarang akses komputer atau Internet sebaliknya hanya menggunakan aplikasi yang terdapat pada telefon bimbit.
"Aktiviti bisnes berteraskan teknologi maklumat dan telekomunikasi ini sebenarnya bakal memberi pulangan lumayan dan tidak mempunyai risiko tinggi berbanding perniagaan lain,'' jelasnya ketika ditemui di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini.
Selain perkhidmatan sedia ada, pada tahun 2012 ini, TMC bakal memperkembangkan dua lagi servis terbaru iaitu pemindahan duit serta pembayaran kepada agensi-agensi kerajaan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan sebagainya.
Sesuatu yang menarik mengenai aplikasi pembayaran melalui telefon bimbit itu, ia mempunyai antara muka yang ringkas dan mudah untuk dikendalikan.
Bagi melaksanakan transaksi, agen perlu mengkreditkan nilai tertentu ke dalam akaun telefon bimbit mereka terlebih dahulu sebelum ditolak secara automatik sekiranya pelanggan membuat bayaran.
Keuntungan akan diperoleh menerusi caj perkhidmatan yang dikenakan bergantung kepada jarak dan keadaan sesebuah kawasan pedalaman.
Selain individu, para pemilik kedai telefon bimbit dan kedai runcit juga dialu-alukan untuk menyertai projek tersebut.
Ketika ini, TMC mempunyai seramai 52 orang agen di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak dan dijangka ia akan meningkat kepada 1,000 orang menjelang pertengahan tahun ini.
Untuk menyertai TMC, usahawan perlu membayar pakej RM1,995 bagi menerima telefon bimbit beserta aplikasi, kredit bernilai RM300, buku resit dan yang paling penting tidak mempunyai sebarang kos penyelenggaraan.
Oleh itu, agen akan mendapat keuntungan seratus peratus daripada kos perkhidmatan yang dikenakan.
Daripada segi sekuriti pula, pembayaran tersebut adalah selamat dan dijamin boleh dikemas kini dalam masa 24 jam.
Bercerita mengenai aplikasi TMC, Jeffrey memberitahu, pembangunan programnya telah mengambil masa selama tiga bulan dengan sokongan pengaturcara dari China.
Aplikasi berkenaan mempunyai keupayaan boleh diselaraskan bersama semua model telefon bimbit sama ada yang baru atau pun lama.
Untuk strategi perniagaan tersebut pula, pihak TMC akan memberi pendedahan dan informasi kepada pembekal serta pemilik kedai telefon bimbit di seluruh Malaysia tentang betapa mudahnya menjelaskan bil menerusi telefon bimbit.
"Ini merupakan peluang perniagaan yang sangat baik untuk penduduk luar bandar meningkatkan taraf sosio ekonomi melalui bisnes telekomunikasi.
"TMC akan membantu mereka yang berminat bagi memulakan perniagaan ini daripada segi daripada segi latihan dan bimbingan nasihat,'' jelasnya.
Pada masa hadapan, TMC bercadang untuk mewujudkan sistem pembayaran dalam bentuk caravan bergerak untuk kemudahan mobiliti lebih baik kepada pengguna.
Mereka yang berminat menjadi usahawan TMC boleh menghubungi talian 03-8888 8655, 09-662 6862 atau layari portal TMC di www.tmc.my


SUMBER DARIPADA UTUSAN MALAYSIA ONLINE 21.02.2012

Syarat baharu AirAsia?

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Kemelut antara Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) dan AirAsia Bhd. (AirAsia) bagaikan tiada penghujungnya apabila syarikat penerbangan tambang murah itu dipercayai mengenakan syarat baharu sebelum boleh berpindah ke KLIA2.
Kali ini AirAsia dikatakan meminta MAHB menyediakan kawasan transit bagi kemudahan perkhidmatan penyajian makanan atau katering yang hampir dengan terminal tersebut.
Bagaimanapun, permintaan tersebut tidak dapat dipenuhi oleh MAHB kerana lokasi yang menjadi pilihan AirAsia tidak boleh 'diganggu'.
Menurut sumber yang enggan namanya didedahkan itu berkata, kawasan yang diminta AirAsia merupakan lokasi yang diperuntukkan untuk penambahan bangunan satelit pada masa depan.
''Dalam surat AirAsia kepada MAHB menyatakan sekiranya kawasan transit untuk kemudahan katering (staging area) tidak dipenuhi, AirAsia tidak mahu berpindah ke KLIA2," kata sumber itu kepada Utusan Malaysia di sini.
Kemudahan transit bagi katering AirAsia kini terletak bersebelahan dengan Terminal Tambang Murah (LCCT) sedia ada.
Jarak antara LCCT dan KLIA2 adalah kira-kira 15 kilometer, dipercayai boleh meningkatkan kos operasi AirAsia, sekali gus tidak menepati model perniagaan syarikat itu yang selama ini dipertahankan.
Sumber berkata, meskipun AirAsia membuat syarat tersebut tetapi ia sedikit pun tidak menjejaskan pembangunan KLIA2 yang kini sudah 50 peratus siap dan mendahului jadual selama 73 hari.
Bagaimanapun, beliau berkata, lokasi pembinaan menara kawalan di KLIA2 terpaksa diubah selepas mendapati wujudnya 'blind-spot' pada tahap 30 peratus disebabkan ketinggian kompleks bersepadu.
Dengan perubahan kedudukan, 'blind-spot' kini hanya dua peratus dan ia tidak lagi menjadi masalah.
Sumber itu turut mendakwa AirAsia sentiasa mengemukakan pelbagai permintaan baharu setiap kali mesyuarat mingguan antara syarikat penerbangan tersebut dan MAHB termasuk kemudahan staging area itu.
Ditanya apakah pendirian MAHB berhubung syarat baharu AirAsia itu, sumber itu berkata, pihaknya difahamkan tumpuan dan keutamaan operator lapangan terbang itu adalah menyiapkan KLIA2 mengikut tarikh yang dijanjikan iaitu April 2013.
''Sama ada AirAsia hendak pindah atau tidak, bukan keutamaan MAHB kerana yang penting KLIA2 perlu disiapkan.
''Kalau hendak melayan semua karenah AirAsia sampai bila pun KLIA2 tidak siap," kata beliau lagi.
Mengulas mengenai pembinaan jambatan aero, sumber berkata, MAHB akan tetap membina kemudahan itu.
''Mula-mula memang tidak ada (jambatan aero) tetapi kami diarahkan oleh kerajaan atas dasar keperimanusiaan terhadap para penumpang AirAsia.
''Tetapi, sama ada kemudahan itu akan dibina sebelum atau selepas pembukaan KLIA2, ia terpulang kepada MAHB.
''Kalau hendak binanya sekarang pun boleh juga, MAHB tidak ada masalah mengenainya," kata sumber itu lagi


SUMBER DARIPADA UTUSAN ONLINE 21.02.2012

Kekal tarikh tunggakan gaji SBPA

PUTRAJAYA 20 Feb. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tetap mahukan tarikh tunggakan gaji mengikut Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) kekal pada 1 Januari lalu, seperti yang dipersetujui sebelum ini.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya berpendirian tarikh penguatkuasaan gaji SBPA perlu dikekalkan walaupun pelaksanaan skim tersebut ditangguhkan untuk semakan semula.

Senaman satu jam sehari tingkat daya ingatan

2012/02/21

LONDON: Melakukan senaman satu jam sehari mampu meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran di kalangan bukan saja kanak-kanak tetapi juga orang dewasa, kata sekumpulan saintis.

Penyelidik berkenaan mendapati bahawa berjalan atau berbasikal setiap hari selama enam bulan hingga setahun boleh membantu meningkatkan ingatan dan kemahiran penyelesaian masalah di kalangan orang dewasa sebanyak 15 hingga 20 peratus.
Mereka menunjukkan bahawa senaman seperti itu juga boleh meningkatkan saiz bahagian penting dalam otak.
Saintis terbabit juga mendapati kanak-kanak sihat cenderung menjadi lebih baik melakukan pelbagai aktiviti dan tugasan mental sukar berbanding rakan mereka yang kurang sihat, lapor The Telegraph.

Pengarah Beckman Institute for Advanced Science and Technology di Univesiti Illinois Professor Art Kramer, ketua penyelidikan itu berkata penemuan mereka memberi kesan besar dalam meningkatkan prestasi kanak-kanak di sekolah.

Katanya ia boleh digunakan untuk membantu orang dewasa berhadapan dengan masalah hilang ingatan pada usia tua.

“Amat menyedihkan faktor usia mengurangkan fungsi otak apabila kian berusia. Malah semakin ramai mengamalkan gaya hidup tidak sihat.
“Senaman boleh memberi kesan positif terhadap penyakit kardiovaskular dan diabetes, kita mendapati ia boleh meningkatkan kognitif, fungsi otak dan struktur otak.

“Kita mampu untuk melakukan banyak kerja neuroimaging bersama kajian terhadap orang dewasa dan menunjukkan bahawa rangkaian dan struktur otak juga berubah dengan senaman.

“Kanak-kanak yang melakukan senaman aerobik mempamerkan kawalan kognitif yang lebih baik berbanding kanak-kanak kurang bersenam,” kata Kramer.

Kajian disiarkan awal tahun ini oleh pasukan berkenaan menunjukkan hippocampus, bahagian otak terbabit dalam memori orang dewasa yang sering melakukan senaman lebih enam bulan meningkat sebanyak dua peratus, berkesan untuk mengurangkan penuaan otak selama satu hingga dua tahun.

Dalam kajian terbaru, beliau juga mendapati kanak-kanak cerdas lebih baik ketika melintas jalan apabila mereka diganggu muzik atau berbual di telefon bimbit berbanding mereka yang kurang bersenam. – Agensi

SUMBER DARIPADA BERITA HARIAN 21.02.2012

Isnin, 20 Februari 2012

Nada dering telefon boleh lemahkan otak

2012/02/19

Penggunaan lagu popular, jejas pembelajaran

LONDON: Sekumpulan penyelidik berkata penyelesaian masalah atau mengingati sesuatu perkara menjadi lebih mudah dilakukan, jika telefon bimbit dalam keadaan senyap kerana nada dering terutama lagu yang menarik boleh mengurangkan keupayaan kuasa otak.
Saintis di Universiti Washington, di St Louis mendapati sekumpulan pelajar mendapat markah lebih 25 peratus kurang dalam ujian apabila didedahkan dengan nada dering telefon bimbit.
Keputusan terburuk itu ditunjukkan selepas mendengar lagu yang diketahui atau disukai mereka.

“Kebanyakan kita beranggapan, deringan telefon bimbit di tempat awam adalah satu gangguan yang tidak disukai , tetapi kajian ini mengesahkan gangguan bunyi itu juga memberi kesan dalam hidup,” kata Jill Shelton.

Kajian termasuk eksperimen dijalankan Shelton menggunakan sekumpulan pelajar di dalam kelas syarahan psikologi yang padat di Universiti Louisiana, dan mereka dibenarkan membiarkan telefon bimbit di dalam beg berdering secara berterusan dengan kuat selama 30 saat.

Hasil ujian mendapati, pelajar yang terdedah kepada deringan telefon bimbit mendapat markah 25 peratus lebih rendah berbanding n sebelum gangguan itu.
Pelajar yang diuji sukar mengingati semula kandungan kursus yang dibentangkan ketika gangguan, walaupun maklumat yang sama disampaikan profesor sebelum deringan telefon termasuk dalam teks melalui slaid sepanjang gangguan.

Pelajar mendapat markah lebih teruk apabila Shelton menambahkan gangguan, kerana panik mencari telefon di dalam beg sebagai cubaan untuk menghentikan deringan berkenaan.

Pada peringkat eksperimen ini, pelajar di sebuah makmal diuji dengan ujian pengenalan perkataan mudah ketika didedahkan dengan gangguan bunyi seperti nada tidak relevan, deringan telefon bimbit standard dan sebahagian lagu yang biasa di kalangan pelajar terbabit.

Lagu dalam versi instrumental sebuah gubahan lagu bagi menyokong pasukan American Football university itu dimainkan sekejap-sekejap.

Lagu itu juga menjadi satu deringan telefon bimbit yang popular.

“Apabila kami memainkan lagu semangat itu dalam ujian makmal, faktor gangguan bertahan lebih lama.

“Ia memperlahankan prestasi membuat pilihan mereka untuk tempoh lebih lama berbanding ketika deringan telefon bimbit biasa.

“Bergantung bagaimana kebiasaan seseorang terhadap lagu itu, ia boleh memberikan kesan lebih buruk terhadap keupayaan kognitif mereka,” kata Shelton.

Kajian itu menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai yang cuba memberi perhatian ketika mereka diganggu dengan bunyi deringan daripada e-mel atau mesej teks. – Agensi


SUMBER DARIPADA BERITA HARIAN 20.02.2012

Jumaat, 17 Februari 2012

DBP Kesal IPTA Cenderung Guna Bahasa Inggeris Sebagai Pengantara

KUCHING: Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia Profesor Dr Awang Sariyan kesal institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang kini secara umumnya cenderung menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara.

Menurutnya, sekiranya sesebuah institusi pengajian itu mengejar status antarabangsa, ia juga harus menekankan bahasa antarabangsa yang lain juga.

“Kalau betul-betul mahu berstatus antarabangsa, institusi pengajian itu perlu ada bahasa lain seperti bahasa Perancis, bahasa Rusia, bahasa Jerman dan sebagainya.

“Kita bukan tolak bahasa Inggeris, tetapi hanya mempertahankan dasar bahasa negara,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Tambahan pula katanya, kebanyakan pelajar adalah terdiri daripada warganegara Malaysia yang rata-rata memahami bahasa Melayu.

“Kita hendak mengilmukan rakyat, bukan orang asing dan rakyat kita memahami bahasa kebangsaan,” katanya.

Awang memberitahu, beliau tidak maksudkan bahasa Melayu harus dijadikan bahasa tunggal di sesebuah institusi pengajian.

Katanya, bahasa lain juga boleh diajar asalkan penekanan akan terus diberikan kepada bahasa Melayu.

Setakat ini katanya, hanya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang masih mempertahankan bahasa Melayu sebagai pengantara utama

Tragedi perokok

WASPADA DIRI MULAI HARI INI......................AWAS!!!!!!!!!!

2012/02/17

Lelaki cedera rokok elektronik meletup

FLORIDA: Seorang lelaki hilang beberapa batang gigi selain cedera lidah dan wajahnya melecur teruk apabila rokok elektronik yang dihisap dalam usaha meninggalkan tabiat merokok, meletup dalam mulutnya disebabkan kerosakan bateri.
“Bateri rokok elektronik itu melayang ke dalam almari menyebabkan kebakaran,” kata ketua Jabatan Bomba Teluk Utara, Joseph Parker.
Laman Facebook mendedahkan lelaki itu sebagai Tom Holloway, 57. Holloway berada di pejabat ketika alat itu meletup, menyebabkan kusyen kerusi, gambar, permaidani dan peralatan pejabat terbakar.

Bekas bateri yang ditemui di atas permaidani yang cair sebesar cerut. Penyiasat tidak tahu jenama rokok berkenaan, jenis bateri atau usia peralatan itu, kata Parker.
Baterinya boleh dicas semula kerana tempat mengecas dan bateri lain ada dalam bilik itu, katanya. Parker juga mengakui itulah kali pertama mendengar kejadian seumpama itu.

Sementara itu, pengasas bersama ‘Tobacco Vapor Electronic Cigarette Association’, Thomas Kiklas, berkata industri itu tidak mengetahui ada sebarang masalah dengan rokok elektronik atau bateri meletup.
Kiklas berkata, rokok plastik termasuk bateri kecil dan katrij. Bateri bertujuan menjadi cas elektrik apabila alat itu disedut. Set mengecas melepaskan wap dalam tiub rokok. Bauan yang dipenuhi nikotin itu memberikan rasa dan pengalaman merokok tanpa asap.

Kiklas memetik laporan persekutuan yang mendapati 2.5 juta rakyat Amerika menggunakan rokok elektronik tahun lalu.

“Berbilion orang menghisap rokok ini dan kami tidak pernah mendengar kejadian seperti ini sebelum ini,” katanya.

Industri tidak mendakwa rokok elektronik membolehkan perokok mengikis tabiat itu, cuma ia adalah alternatif lebih sihat berbanding rokok biasa kerana kurang kimia.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) memberi amaran mengenai rokok berkenaan dalam laman webnya Oktober lalu dan berkata ia boleh menyebabkan ketagihan, mungkin mengandungi kimia bahaya seperti nikotin dan menyebabkan kanak-kanak mencuba produk tembakau lain. – AP


SUMBER DARIPADA BERITA HARIAN 17.02.2012

Sabah dijangka terima pelaburan RM77.5 bilion

2012/02/17

   NAJIB   sambil diperhatikan Musa  (tiga dari kiri)  menyodok tanah sebagai simbolik pelancaran projek SAMUR di Kampung Banting, Sipitang, semalam.
NAJIB sambil diperhatikan Musa (tiga dari kiri) menyodok tanah sebagai simbolik pelancaran projek SAMUR di Kampung Banting, Sipitang, semalam.
KOTA KINABALU: Sabah dijangka menerima 31 Projek Permulaan (EPP) dengan unjuran pelaburan mencecah RM77.5 bilion menjelang 2020, sekali gus menjana peningkatan RM35.5 bilion terhadap Pendapatan Negara Kasar (GNI) selain menyediakan sekurang-kurangnya 150,000 peluang pekerjaan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, kajian Makmal Koridor dan Bandar Utama Bagi Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan Greater Kota Kinabalu mendapati ia bakal memberi impak positif, sekali gus melonjakkan pertumbuhan ekonomi Sabah kepada purata 9 peratus setahun dan berupaya meningkatkan taraf ekonomi rakyat Sabah.
“Kerajaan komited menzahirkan matlamat ditetapkan menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) dalam usaha memantapkan kedudukan negara sebagai antara ekonomi utama Asia,” katanya berucap melancarkan Hari Terbuka SDC – Program Koridor dan Bandar Utama di Magellan Sutera Harbour Resort di sini, semalam.
Kerajaan komited zahirkan matlamat ditetapkan menerusi ETP dalam usaha memantapkan kedudukan negara sebagai antara ekonomi utama Asia. - Najib Razak, Perdana Menteri
Di SIPITANG, Najib berkata, janji pembangkang menaikkan royalti minyak kepada 20 peratus untuk Sabah mustahil dilaksana kerana peningkatan royalti kepada satu negeri dengan sendirinya menjejaskan peruntukan lain.

Menyifatkannya gimik pilihan raya, Najib berkata, royalti minyak tidak boleh diagih berasingan, sebaliknya perlu dilihat dalam konteks menyeluruh dengan mengambil kira pendapatan negara dan peratusan diagih kepada Sabah serta negeri lain bagi program pembangunan.


SUMBER DARIPADA BERITA HARIAN 17.02.2012

e-Tukar Milik Sementara wajib

Oleh Amin Ridzuan Ishak
aminridzuan@bharian.com.my
2012/02/17

Syarikat kenderaan terpakai perlu patuhi sistem bagi lindungi pengguna

GEORGETOWN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mewajibkan semua syarikat kenderaan terpakai menggunakan Sistem e-Tukar Milik Sementara yang diwujudkan bagi melindungi kepentingan pengguna atau pemilik kenderaan.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata ketika ini sistem yang diperkenalkan sejak Disember tahun lalu atas inisiatif Persatuan Penjual Kereta Terpakai tidak wajib digunakan ketika proses penjualan kenderaan.
Kami sedang memantau bagaimana sistem ini dan mungkin akan mewajibkan syarikat terpakai untuk menggunakan sistem itu. - Kong Cho Ha, Menteri Pengangkutan
"Ketika ini, kami hanya meminta syarikat penjual kenderaan terpakai menggunakan sistem itu bagi mengelakkan berulang kes pemilik kenderaan menghadapi pelbagai masalah, walaupun selepas kenderaan mereka sudah dijual atau ditukar beli dengan syarikat kereta terpakai.

"Kami memantau bagaimana sistem ini beroperasi dan mungkin akan mewajibkan semua syarikat peniaga terpakai untuk menggunakan sistem itu. JPJ bersedia untuk melaksanakannya," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan pejabat JPJ Pulau Pinang Cawangan Batu Uban di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan dan Pengarah JPJ Pulau Pinang, Datuk Hassan Yaacob.

JPJ membelanjakan RM9.3 juta untuk menaik taraf pejabat berkenaan bagi memberi keselesaan kepada kakitangan dan pelanggan jabatan itu.
Tahun lalu, Kabinet memutuskan untuk melaksanakan Sistem e-Tukar Milik Sementara selepas JPJ menerima banyak aduan daripada orang ramai yang menghadapi pelbagai masalah, walaupun selepas kenderaan masing-masing sudah dijual atau ditukar beli dengan syarikat kereta terpakai.

Keadaan itu menyebabkan pemilik asal terpaksa menanggung liabiliti dan risiko seperti menerima notis saman daripada pihak penguat kuasa, notis mengarahkan penyelesaian baki hutang dari bank selain jenayah atau kemalangan.

Mengikut sistem itu, transaksi pertukaran hak milik kenderaan perlu didaftarkan dengan JPJ dan dikenakan bayaran RM10 bagi membolehkan pemindahan nama kepada pemilik sementara.

Pemilik kenderaan dan syarikat kenderaan terpakai perlu mengisi borang yang ditandatangani pihak syarikat, manakala slip diberikan kepada JPJ untuk tindakan lanjut.

Syarikat kenderaan terpakai akan menjadi pemilik sementara kenderaan itu bermula daripada tarikh borang ditandatangani sehingga kenderaan dijual kepada pelanggan baru.

Sementara itu, Cho Ha berkata, pejabat JPJ Pulau Pinang Cawangan Batu Uban menyumbangkan RM33 juta tahun lalu berbanding RM32.4 juta pada 2010.

"Peringkat nasional, JPJ mengutip RM3.17 bilion tahun lalu berbanding RM2.9 bilion pada 2010,” katanya


SUMBER DARIPADA BERITA HARIAN 17.02.2012

Khamis, 16 Februari 2012

JPJ akan wajibkan syarikat kereta terpakai guna sistem e-Tukar Hak Milik

2012/02/16

GEORGETOWN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mewajibkan semua syarikat kereta terpakai mengguna pakai sistem e-Tukar Hak Milik Sementara sebagai penyelesaian sepenuhnya proses pindah hak milik kenderaan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata sistem yang diperkenalkan sejak Disember lalu adalah inisiatif Persatuan Penjual Kereta Terpakai bagi melindungi kepentingan pengguna

"Kami sedang memantau bagaimana sistem ini beroperasi. Sistem itu juga sudah sedia dan JPJ berkemungkinan akan mewajibkan syarikat kereta terpakai menggunakan sistem berkenaan bagi semua urusan proses tukar milik kenderaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru JPJ cawangan Batu Uban, di sini, hari ini.
Beliau berkata, ketika ini JPJ hanya meminta semua syarikat kereta terpakai menggunakan sistem itu bagi mengelak berulangnya kes pemilik kenderaan berhadapan pelbagai masalah walaupun selepas kenderaan sudah dijual atau ditukar beli dengan syarikat kereta terpakai. - BERNAMA


SUMBER DARIPADA BERITA HARIAN 16.02.2012

PERKASA cadang SPR buka kaunter daftar pengundi di universiti

2012/02/16

MELAKA: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang memandang berat isu 3.7 juta rakyat belum mendaftar sebagai pengundi, mencadangkan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya membuka kaunter pendaftaran pemilih secara tetap di semua universiti.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, juga meminta SPR menggunakan kenderaan bergerak ke kawasan kilang sebagai kaunter pendaftaran

 "SPR perlu memastikan sekurang-kurangnya 90 peratus daripada jumlah tersebut didaftarkan sebagai pemilih sebelum pilihan raya umum berlangsung," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Perkasa Melaka di sini, malam tadi.
Ibrahim berkata, beliau memandang serius masalah berkenaan dan mengarahkan semua ketua wira dan wira PERKASA di peringkat negeri dan daerah di seluruh Semenanjung Malaysia mengambil tindakan membantu anak muda yang berusia 21 tahun berdaftar sebagai pemilih. - BERNAMA

SUMBER DARIPADA BERITA HARIAN 16.02.2012

Usah keliru soal budaya, akidah

2012/02/16

Perbezaan, persamaan antara kaum perlu jelas difahami: Najib

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, usaha memupuk persefahaman dan kesedaran menerusi perbincangan, majlis dialog dan pendidikan amat penting supaya orang ramai memahami dengan jelas segala perbezaan dan persamaan antara kaum di negara ini

Perdana Menteri berkata, rakyat umpamanya tidak harus terkeliru dengan apa dimaksudkan soal kebudayaan dan soal akidah agama.
Malaysia menyanjung tinggi keharmonian, kesejahteraan yang dikecapi selama ini hasil pengurusan yang sederhana yang memang selaras dengan ajaran Islam. - Najib Razak, Perdana Menteri
Beliau seterusnya memberi contoh kehadirannya pada sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini, yang dipertikai oleh segelintir pihak apabila beliau memakai baju kurta, iaitu baju tradisional kaum India.

“Tapi orang itu tidak sedar bahawa di India ada berjuta-juta orang India beragama Islam yang memakai kurta hari-hari. Apakah mereka itu tidak beragama Islam?” katanya selepas jamuan makan tengah hari dan majlis ramah mesra dengan pemimpin agama, yang diadakan sempena sambutan ‘Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia’ di kediaman rasminya Sri Perdana di sini, semalam.

Najib seterusnya memberi contoh pakaian dipakai oleh Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia, Datuk Mustapha Ma, yang menurutnya, mempamerkan ciri kebudayaan Cina, yang tidak seharusnya dikaitkan dengan soal akidah.

“Sudah tujuh keturunan dia beragama Islam. Ini soal kebudayaan bukan soal akidah, jadi isu seperti ini jika kita tak faham, ia boleh menimbulkan kecurigaan atau rasa benci antara kaum.
“Oleh itu, melalui jawatankuasa mempromosi persefahaman dan keharmonian antara penganut agama amat wajar kita terangkan perkara sebegini,” katanya.

Najib berkata, dalam kepesatan teknologi maklumat kini, apa juga yang dituturkan pihak tertentu, ia boleh disemarakkan atau menjadi api dalam sekam yang dapat merebak dengan meluas, mengakibatkan dunia hari ini berhadapan persekitaran lebih mencabar, sekali gus menuntut usaha memupuk persefahaman dan kesedaran berterusan.

Beliau berkata, Malaysia menyanjung tinggi keharmonian dan kesejahteraan yang dikecapi selama ini hasil pengurusan yang sederhana yang memang selaras dengan ajaran Islam.

“Walaupun sebelum ini kita tidak gunakan sebutan ‘wasatiyyah’ (sederhana) sebenarnya dasar kita memang berpaksi kepada konsep wasatiyyah ini seperti mana dikehendaki agama. Antara wasatiyyah ini, termasuk merujuk kepada aspek hormat kepada mereka yang menganut agama lain,” katanya.

Najib berkata, ajaran lain juga pada dasarnya mengetengahkan soal kesederhanaan menerusi cara dan sebutan masing-masing.

Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia bertujuan membangkitkan kesedaran dan kesefahaman antara penganut agama, demi keamanan sejagat serta memacu dunia ke arah persekitaran yang lebih sejahtera dan makmur.

Najib berkata, bahawa secara kebetulan, minggu pertama bulan ini agak unik apabila ada tiga acara yang cukup bermakna di Malaysia iaitu sambutan Maulidur Rasul, Chap Goh Mei dan Thaipusam.

“Jadi jika ada negara hendak ditonjolkan sebagai model dalam soal ini (perpaduan kaum), saya fikir tidak ada yang lebih baik dari Malaysia,” kata Perdana Menteri.

Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia adalah idea Raja Jordan, Raja Abdullah II dan puteranya Ghazi Muhammad yang menjadi utusan peribadi serta penasihat kepada baginda pada Perhimpunan Agung PBB Ke-65 di New York 2010. – BERNAMA


SUMBER DARIPADA BERITA HARIAN 16.02.2012

Rayuan BR1M dilanjut selepas 15 Mac

2012/02/16

  NAJIB bersama Muhyiddin  pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Menara Dato’  Onn, PWTC, malam tadi.
NAJIB bersama Muhyiddin pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Menara Dato’ Onn, PWTC, malam tadi.
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia melanjutkan tempoh rayuan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) selepas 15 Mac depan bagi memastikan mereka yang layak menerima bantuan itu, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, langkah itu memberi peluang kepada mereka yang gagal dalam permohonan lalu untuk mendapatkan bantuan RM500, dan menikmati faedah daripada program berkenaan

“BR1M adalah satu bentuk bantuan dan faedah yang sangat berkesan dan dihargai rakyat.
“Kita ambil maklum jika ada yang tidak diluluskan tetapi difikirkan layak menikmati bantuan itu masih boleh buat rayuan dan rayuan boleh dibuat terus hingga 15 Mac depan.

“Tetapi jika sehingga tempoh itu ada lagi yang difikirkan layak, kita akan lanjutkan tempoh supaya bantuan sampai pada semua,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Menara Dato' Onn, di sini, malam tadi.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

BR1M mula dibayar mulai 15 Januari lalu dan dijangka mengambil masa dua bulan untuk diagihkan kepada golongan sasaran.
Najib yang juga Pengerusi BN turut mengumumkan mesyuarat malam tadi meluluskan tiga daripada 11 permohonan yang diterima untuk menjadi ahli gabungan BN.

Ia membabitkan Gabungan Wawasan Generasi Felda, Persatuan Bekas Anggota KEMAS Malaysia dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia.

Ditanya mengenai logo 1Malaysia yang diwajibkan ke atas barang kawalan untuk membolehkan pengusaha menikmati subsidi, Perdana Menteri berkata gagasan itu melangkaui politik.

Mengulas mengenai tindakan pakatan pembangkang mahu mengadakan Himpunan Hijau di Kuantan pada 26 Februari ini, Najib berkata, berdasarkan peruntukan Akta Perhimpunan Aman 2011, mereka berhak untuk berbuat demikian


SUMBER PENUH DARIPADA BERITA HARIAN 16.02.2012

Rabu, 15 Februari 2012

Promosi perniagaan melalui Facebook


Hampir separuh penduduk Malaysia mempunyai akaun Facebook. - Gambar hiasan.


FACEBOOK adalah rangkaian media sosial yang paling pantas berkembang pada masa kini dan dianggarkan hampir separuh daripada pengguna Internet dunia mempunyai akaun Facebook. Setiap hari beribu-ribu pengguna baru mendaftarkan diri untuk menggunakannya.
Pada saat artikel ini ditulis, terdapat 12,268,300 penduduk Malaysia yang mempunyai akaun Facebook iaitu hampir separuh daripada jumlah penduduk dan nombor itu juga mewakili 70 peratus daripada populasi dalam talian Malaysia.
Fakta-fakta itu menyokong mengapa Facebook menjadi laman web nombor satu paling ramai dilayari di Malaysia dan juga kebanyakan negara lain.
Bayangkan potensi yang sangat besar ini serta pengaruh yang boleh dibawa melaluinya untuk membina jenama dan seterusnya mempromosikan sebarang produk atau perkhidmatan kepada 12 juta bakal pelanggan! Satu peluang yang seharusnya direbut segera oleh mana-mana usahawan untuk melonjakkan perniagaan mereka.
Jika dibandingkan dengan medium lain seperti akhbar, majalah, radio dan televisyen, Facebook mempunyai kelebihannya yang tersendiri dalam menghubungkan terus pelanggan kepada perniagaan anda kerana sifatnya sebagai ruang untuk bersosial.
Manusia secara semulajadinya memang memerlukan kehidupan sosial tetapi kesibukan harian untuk bekerja dan mencari rezeki telah membataskan keperluan itu, tetapi apabila Facebook muncul, ia bagai mengisi kekosongan dalam jiwa mereka.
Tetapi persoalannya bagaimana untuk mengeksploitasikan kelebihan ini semaksimumnya untuk kebaikan perniagaan dan keusahawanan? Jika diperhatikan pada wall bila kita masuk ke dalam akaun Facebook, saya percaya anda mungkin sudah boleh lihat pelbagai ragam orang dalam mempromosikan apa-apa produk dan perkhidmatan mereka.
Ada sebahagiannya mengiklankan terus dengan memberikan pautan, memaparkan gambar produk, menandakan (tag) nama anda pada imej tertentu, mempromosikan tawaran-tawaran diskaun dan lain-lain. Ini adalah minda pengiklanan cara lama yang dibawa dari medium-medium tradisional. Dalam dunia teknologi, orang mudah meluat dengan pengiklanan seperti itu dan di dalam Facebook mereka mempunyai kuasa untuk menapisnya atau memblok terus.
Teknik menanda gambar produk dengan nama rakan-rakan juga sebenarnya agak tidak senonoh dan seringkali membuatkan orang tidak selesa. Bayangkan jika ada rakan menampalkan iklan mereka di atas belakang kita tanpa disedari dan kita berjalan-jalan di tempat awam. Nampak bodoh bukan?
Kadang-kadang kita juga mungkin ada menerima permintaan dari 'Kedai Emas', 'Jom Cuti', 'Karipap Sedap' atau nama-nama pelik lain lagi untuk menjadi rakan Facebook anda.
Cuba fikirkan, jika kita suka pada karipap, kita sudah tentu tidak akan berkawan dengan karipap, tetapi sebaliknya dengan orang yang membuat karipap itu, kerana karipap tidak boleh bersosial, begitu juga dengan kedai atau apa-apa jenama, sebaliknya kita bersosial dengan manusia. Komunikasi sebenar hanya wujud bila ada sentuhan nurani manusia dalam jalinan perhubungan. Ingat, Facebook adalah medium sosial.
Menggunakan Facebook sebagai medium untuk mempromosikan jenama atau perniagaan, anda kena lakukannya secara berhemah dan betul. Membuka akaun kedua atau menggunakan nama perniagaan sebagai profil di Facebook bukan sahaja salah di sisi peraturan Facebook tetapi juga adalah kaedah yang tidak profesional dan boleh merosakkan jenama perniagaan kita dalam jangka masa panjang.
Cara yang sepatutnya ialah dengan menghasilkan laman Facebook anda sendiri, ia adalah seperti membina laman web di dalam Facebook tetapi lebih mudah. Sebelum ini laman Facebook banyak digunakan oleh artis atau komuniti tertentu untuk membina laman peminat (fan page), tetapi keupayaan sebenarnya adalah jauh dari itu. Anda boleh mengendalikan perniagaan dalam talian anda sepenuhnya melalui Facebook tanpa memiliki laman web pun!
Untuk mencipta laman untuk perniagaan anda sendiri adalah cukup mudah, hanya klik pada pautan Create A Page pada bahagian bawah Facebook dan kemudian pilih kategori, muat naik logo atau gambar profail syarikat, masukkan maklumat asas, jemput rakan-rakan dan semuanya siap dalam masa seminit-dua sahaja.
Anda boleh menggunakan laman yang dihasilkan itu untuk tujuan perniagaan anda, sama ada untuk mendidik bakal-bakal pelanggan tentang produk atau perkhidmatan perniagaan anda, memaklumkan tentang apa-apa aktiviti atau perkembangan terbaru, serta membuat promosi tentang apa yang anda jual.
Laman itu juga berfungsi sebagai ruang untuk anda melayan kerenah pelanggan ibarat talian khidmat pelanggan seperti yang dimiliki oleh syarikat dan korporat besar!
Apa yang anda perlu lakukan di peringkat awal ialah untuk mengajak seramai mungkin rakan-rakan untuk like laman anda, serta menggalakkan mereka berkongsi laman anda dengan rakan-rakan mereka yang lain pula.
Jika profail Facebook anda hanya dibenarkan mempunyai sekitar 5,000 rakan sahaja, tetapi laman Facebook anda boleh mempunyai pengikut dan peminat yang tiada hadnya walaupun berjuta.
Menggunakan laman itu juga, anda tidak lagi perlu 'menceroboh' dan menulis di wall orang lain untuk membuat promosi, sebaliknya apa yang anda tulis di laman anda akan tersiar di wall setiap pengguna Facebook yang like laman anda tidak kira sama ada mereka rakan anda atau tidak, dan ini semuanya adalah percuma!
Terdapat banyak cara yang boleh anda gunakan untuk meramaikan peminat atau pengikut laman anda dan boleh dipelajari dengan merujuk kepada pautan http://www.putera.com/2012/02/.
Apa yang penting, anda perlulah rajin untuk menulis dan mengemaskininya dengan kandungan yang bermanfaat kepada pengguna. Contohnya jika anda adalah pengusaha karipap segera, anda boleh gunakan laman itu untuk berkongsi cerita tentang kenapa karipap segera wajar menjadi barangan runcit yang sentiasa perlu dibeli oleh suri rumah yang tidak punya masa untuk membuat karipap sendiri. Saya percaya ramai peminat karipap yang suka makan karipap tetapi tidak tahu bagaimana atau tidak ada masa untuk membuatnya sendiri.
Sesekali berkongsilah apa-apa cerita lucu yang berkaitan dengan karipap. Sesuatu yang lucu seringkali mudah menyentuh perasan orang dan mereka senang hati untuk berkongsi cerita itu dengan rakan-rakan mereka pula.
Orang selalunya akan berkongsi cerita yang menarik atau berguna dengan rakan-rakan mereka. Perhatikan apa yang dibualkan oleh pakcik-pakcik yang lepak di kedai kopi dan perhatikan apa yang digosipkan apabila makcik-makcik bertandang ke rumah jiran. Dalam bersosial tidak kira di mana, manusia memang cenderung untuk berkongsi cerita, dan tidak terkecuali Facebook, sebab itulah ada pautan untuk berkongsi (share).
Apabila pengguna Facebook berkongsi cerita dari laman anda, tanpa disedari mereka sebenarnya sedang mempromosikan perniagaan anda, dan cara halus sebegini sebenarnya lebih berkesan berbanding iklan biasa-biasa seperti "Dapatkan karipap paling sedap di dunia!".
Dalam menjadikan laman perniagaan anda lebih menarik, gunakanlah gambar atau imej yang bersesuaian. Anda boleh muat naik gambar-gambar mengenai produk anda, majlis-majlis yang berkaitan dan juga mungkin mempelawa para pelanggan anda mengirimkan gambar-gambar mereka bersama produk anda.
Bila bersedia, anda boleh memulakan langkah seterusnya untuk 'mencanggihkan' lagi laman tersebut dengan ciri-ciri tambahan yang disediakan oleh Facebook sendiri ataupun melalui pihak ketiga. Ini termasuklah untuk memasukkan video sehinggalah kepada menyediakan kemudahan tempahan dan bayaran secara dalam talian, semuanya melalui laman Facebook itu.
Layari blog hasanihassan.com untuk menyatakan pendapat atau berbincang mengenai penggunaan Facebook dalam meramaikan lagi pelanggan perniagaan anda. Ikuti juga video tentang kelebihan Facebook sebagai medium pemasaran menerusi laman video Utusan Online (http://xtive.utusan.com.my/video.php) mulai hari Khamis, 16 Januari 2012


SUMBER DARIPADA UTUSAN MALAYSIA ONLINE 15.02.2012

Khamis, 9 Februari 2012

Haram raikan Hari Kekasih

BANDA ACEH 8 Feb. - Pihak berkuasa Aceh mengeluarkan amaran kepada golongan belia di wilayah ini agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih pada 14 Februari ini kerana dikhuatiri akan mendorong perlakuan maksiat .
"Kami menasihati orang ramai agar tidak menyambut Hari Kekasih atau Valentine's Day.
"Hari Kekasih diharamkan kerana ia bukan sambutan mengenai kasih sayang, sebaliknya mendorong kepada perlakuan maksiat," kata Timbalan Datuk Bandar Banda Aceh, Illiza Sa'aduddin Djamal.
Sehubungan itu, sekolah-sekolah dan masjid dinasihatkan supaya memberi penekanan kepada golongan belia terutamanya mengenai latar belakang Hari Kekasih dan mengapa masyarakat Islam tidak dibenarkan meraikan sambutan tersebut.
Hari Kekasih yang disambut setiap 14 Februari setiap tahun itu sempena memperingati paderi Saint Valentine.
Ketua Majlis Perundingan Biasiswa Islam Aceh, Muslim Ibrahim turut bersetuju dengan amaran yang dikeluarkan.
"Kami menggesa umat Islam agar tidak terikut-ikut untuk meraikan Hari Kekasih kerana kita mempunyai budaya, adat dan perayaan tersendiri.
"Hari Kekasih mempunyai kaitan dengan perlakuan seks bebas yang ditegah dalam Islam," katanya. - DPA


SUMBER DARIPADA UTUSAN MALAYSIA ONLINE 09.02.2012

Jabatan dan agensi kerajaan digalak wujud budaya bersukan

2012/02/09

KANGAR: Jabatan dan agensi kerajaan di Perlis digalak mewujudkan budaya bersukan di kalangan petugasnya sebagai terapi minda dan membina kesihatan badan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Beliau berkata, jabatan dan agensi boleh memilih sukan yang bersesuaian untuk dilaksanakan setiap minggu serta menganjurkan perlawanan sukan persahabatan sesama mereka setiap bulan.
"Saya yakin ia tidak akan menjejas waktu bekerja kerana ia boleh diadakan pada sebelah petang iaitu selepas selesai tugas harian di pejabat," katanya ketika merasmikan Karnival Sukan Kakitangan Awam Perlis 2012 di Stadium Utama di sini, hari ini.
Beliau berkata, penjawat awam yang mengamalkan aktiviti kecergasan akan sentiasa sihat dan cergas manakala wajah mereka juga lebih ceria dan boleh melaksanakan tugas dengan lebih sempurna.

Sebanyak 2,000 penjawat awam terbabit dalam karnival sukan selama dua hari itu yang membabitkan enam acara utama iaitu badminton, tarik tali, bola jaring, futsal, dart dan sukan tradisional.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Azizan Hamid, berkata karnival sukan itu diharap dapat membentuk jati diri penjawat awam. - BERNAMA


SUMBER DARIPADA BERITA HARIAN 09.02.2012

Khamis, 2 Februari 2012

PERODUA lancar Alza SR

2012/02/02

ALZA SR dijual antara RM53,013.50 hingga RM56,513.50 seunit.
ALZA SR dijual antara RM53,013.50 hingga RM56,513.50 seunit.
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), pengeluar kenderaan mampu milik nasional, memperkenalkan model kenderaan pelbagai guna (MPV) kompak dipertingkatkan, Alza Smart Ride (Alza SR) baru pada harga atas jalan antara RM53,013.50 dan RM56,513.50 seunit.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, PERODUA menyasar untuk menjual sekitar 400 unit sebulan bagi model baru yang dipertingkatkan itu.
Katanya, sasaran itu sekali gus merangkumi 13 peratus daripada jualan bulanan model Alza di rantau ini.
Katanya, model dipertingkat itu disasarkan kepada golongan muda berkeluarga yang mahukan MPV yang fleksibel dengan ciri-ciri model sedan.

“Alza SR adalah sesuai untuk mereka yang mahukan ruang lebih besar untuk kegunaan harian serta untuk perjalanan ‘balik kampung’.

“Pengenalan varian baru ini akan meningkatkan keupayaan dan keselesaan pengguna di Malaysia yang berhasrat mendapatkan kenderaan lebih luas dan selesa,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Model Alza SR baru yang dipamerkan di 178 bilik pameran seluruh negara dan boleh ditempah bermula hari ini.
Ia didatangkan dengan tiga warna pilihan menarik iaitu Glittering Silver, Ivory White dan warna baru Mystical Purple.

Selain itu, model baru yang dipertingkatkan itu juga ditawarkan dengan ciri brek tangan yang boleh didapati dalam varian automatik selain turut menawarkan jenis tempat duduk hadapan berasingan berbanding jenis bercantum sebelum ini.

Aminar Rashid berkata, Perodua Alza adalah model MPV paling diminati dengan 81,000 unit terjual setakat ini sejak ia dilancarkan pada November 2009.

“Alza SR menawarkan pengguna model serba boleh dan pelbagai fungsi walaupun ciri yang ditawarkan adalah kurang berbanding jenis standard dan varian lain.

“Namun begitu, PERODUA sesekali tidak pernah berkompromi berhubung ciri keselamatan dan estetika model ini.

“PERODUA tampil dengan model mampu milik bagi memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan,” katanya


SUMBER DARIPADA BERITA HARIAN 2.2.2012