Aksi dua daripada tiga gadis penari tiang yang sempat dirakamkan di sebuah pusat hiburan di Nilai, kelmarin.
SEREMBAN 25 Mac - Pusat hiburan ini baru sahaja beroperasi selama sebulan, namun sajian dihidangkan kepada pengunjung premis berkenaan cukup erotik.
Apa tidaknya, tiga gadis berpakaian seksi dengan aksi mengghairahkan di tiang selama 10 minit bagi dua sesi sudah pasti membuat premis berkenaan mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai.
Namun, kegiatan luar batasan undang-undang di premis berkenaan dipatahkan pihak berkuasa dalam operasi bersepadu di sini Sabtu lalu.
Serbuan dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri memberkas 32 orang atas pelbagai kesalahan
.
SUMBERDARIPADA BERITA HARIAN 26.03.2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan