Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.
Memaparkan catatan dengan label Info Lesen Kenderaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Lesen Kenderaan. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Februari 2012

e-Tukar Milik Sementara wajib

Oleh Amin Ridzuan Ishak
aminridzuan@bharian.com.my
2012/02/17

Syarikat kenderaan terpakai perlu patuhi sistem bagi lindungi pengguna

GEORGETOWN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mewajibkan semua syarikat kenderaan terpakai menggunakan Sistem e-Tukar Milik Sementara yang diwujudkan bagi melindungi kepentingan pengguna atau pemilik kenderaan.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata ketika ini sistem yang diperkenalkan sejak Disember tahun lalu atas inisiatif Persatuan Penjual Kereta Terpakai tidak wajib digunakan ketika proses penjualan kenderaan.
Kami sedang memantau bagaimana sistem ini dan mungkin akan mewajibkan syarikat terpakai untuk menggunakan sistem itu. - Kong Cho Ha, Menteri Pengangkutan
"Ketika ini, kami hanya meminta syarikat penjual kenderaan terpakai menggunakan sistem itu bagi mengelakkan berulang kes pemilik kenderaan menghadapi pelbagai masalah, walaupun selepas kenderaan mereka sudah dijual atau ditukar beli dengan syarikat kereta terpakai.

"Kami memantau bagaimana sistem ini beroperasi dan mungkin akan mewajibkan semua syarikat peniaga terpakai untuk menggunakan sistem itu. JPJ bersedia untuk melaksanakannya," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan pejabat JPJ Pulau Pinang Cawangan Batu Uban di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan dan Pengarah JPJ Pulau Pinang, Datuk Hassan Yaacob.

JPJ membelanjakan RM9.3 juta untuk menaik taraf pejabat berkenaan bagi memberi keselesaan kepada kakitangan dan pelanggan jabatan itu.
Tahun lalu, Kabinet memutuskan untuk melaksanakan Sistem e-Tukar Milik Sementara selepas JPJ menerima banyak aduan daripada orang ramai yang menghadapi pelbagai masalah, walaupun selepas kenderaan masing-masing sudah dijual atau ditukar beli dengan syarikat kereta terpakai.

Keadaan itu menyebabkan pemilik asal terpaksa menanggung liabiliti dan risiko seperti menerima notis saman daripada pihak penguat kuasa, notis mengarahkan penyelesaian baki hutang dari bank selain jenayah atau kemalangan.

Mengikut sistem itu, transaksi pertukaran hak milik kenderaan perlu didaftarkan dengan JPJ dan dikenakan bayaran RM10 bagi membolehkan pemindahan nama kepada pemilik sementara.

Pemilik kenderaan dan syarikat kenderaan terpakai perlu mengisi borang yang ditandatangani pihak syarikat, manakala slip diberikan kepada JPJ untuk tindakan lanjut.

Syarikat kenderaan terpakai akan menjadi pemilik sementara kenderaan itu bermula daripada tarikh borang ditandatangani sehingga kenderaan dijual kepada pelanggan baru.

Sementara itu, Cho Ha berkata, pejabat JPJ Pulau Pinang Cawangan Batu Uban menyumbangkan RM33 juta tahun lalu berbanding RM32.4 juta pada 2010.

"Peringkat nasional, JPJ mengutip RM3.17 bilion tahun lalu berbanding RM2.9 bilion pada 2010,” katanya


SUMBER DARIPADA BERITA HARIAN 17.02.2012

Khamis, 16 Februari 2012

JPJ akan wajibkan syarikat kereta terpakai guna sistem e-Tukar Hak Milik

2012/02/16

GEORGETOWN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mewajibkan semua syarikat kereta terpakai mengguna pakai sistem e-Tukar Hak Milik Sementara sebagai penyelesaian sepenuhnya proses pindah hak milik kenderaan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata sistem yang diperkenalkan sejak Disember lalu adalah inisiatif Persatuan Penjual Kereta Terpakai bagi melindungi kepentingan pengguna

"Kami sedang memantau bagaimana sistem ini beroperasi. Sistem itu juga sudah sedia dan JPJ berkemungkinan akan mewajibkan syarikat kereta terpakai menggunakan sistem berkenaan bagi semua urusan proses tukar milik kenderaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru JPJ cawangan Batu Uban, di sini, hari ini.
Beliau berkata, ketika ini JPJ hanya meminta semua syarikat kereta terpakai menggunakan sistem itu bagi mengelak berulangnya kes pemilik kenderaan berhadapan pelbagai masalah walaupun selepas kenderaan sudah dijual atau ditukar beli dengan syarikat kereta terpakai. - BERNAMA


SUMBER DARIPADA BERITA HARIAN 16.02.2012

Isnin, 19 Disember 2011

Motosikal elektrik dijual bulan depan

Oleh Fazli Abdullah
bhbiz@bharian.com.my
2011/12/19

 PENGARAH Komunikasi  Nexus Technopreneur Sdn Bhd, Noor Amy Ismail bergaya di atas motosikal elektrik  Eclimo ES 25 selepas majlis menandatangani perjanjian pelantikan syarikat Nexus Technopreneur Sdn Bhd sebagai pengedar utama motosikal itu, di Pulau Pinang, kelmarin.
PENGARAH Komunikasi Nexus Technopreneur Sdn Bhd, Noor Amy Ismail bergaya di atas motosikal elektrik Eclimo ES 25 selepas majlis menandatangani perjanjian pelantikan syarikat Nexus Technopreneur Sdn Bhd sebagai pengedar utama motosikal itu, di Pulau Pinang, kelmarin.
Eclimo juga akan masuki pasaran Eropah Jun

MOTOSIKAL elektrik keluaran Eclimo Sdn Bhd (Eclimo) yang berpangkalan di Pulau Pinang akan berada di pasaran tempatan pada akhir bulan depan, sebelum memasuki pasaran Eropah pada Jun 2012

Model pertama motosikal jenis skuter jenama Eclimo adalah ES11 yang mempunyai kapasiti 125 cc dan digerakkan menggunakan bateri ion litium.
Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dennis Chuah, berkata pihaknya menyasar untuk menjual sehingga 20,000 unit tahun depan iaitu penguasaan empat peratus pasaran motosikal tempatan.

Sehubungan itu, syarikat itu menjalin kerjasama dengan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dengan membentuk satu program keusahawanan untuk pengedar motosikal jenama Eclimo.

Menerusi kerjasama itu, syarikat berkenaan melantik Nexus Technopreneur Sdn Bhd sebagai ‘Peniaga Utama’ Eclimo.

Syarikat itu dan DPMM juga akan membangunkan 10 peruncit Bumiputera yang akan menjual, menyediakan perkhidmatan dan aksesori untuk pemilik motosikal Eclimo pada tahun depan.
“Dengan pelaksanaan program ini, kami percaya setiap peruncit akan memperoleh sekurang-kurangnya RM800,000 setahun dan ini akan memberi sinar baru dalam industri automotif elektrik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis memeterai perjanjian pelantikan Nexus Technopreneur Sdn Bhd sebagai ‘Peniaga Utama’ Eclimo, yang disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di Georgetown, baru-baru ini.

Pada majlis itu, Eclimo dan Nexus Technopreneur Sdn Bhd, diwakili oleh pengarah urusan masing-masing, Liew Chung Pang dan Amilka Nazim.

Model Eclimo ES 11 boleh dicaj penuh dalam tempoh tiga setengah jam dengan jarak perjalanan sejauh 100 kilometer. Kelajuan maksimum skuter dilengkapkan dengan bateri ion litium adalah 100 kilometer sejam.

Bagi meringankan pembeli, Eclimo bekerjasama dengan Hong Leong dan Mastercard International menyediakan skim bayaran mudah. Pembeli hanya perlu membayar pendahuluan RM100 dan bayaran ansuran RM199 sebulan selama 60 bulan.

Eclimo juga menawarkan jaminan lima tahun bagi alat ganti dan kos buruh dan servis percuma empat kali setahun sepanjang tempoh jaminan.

Dennis berkata, model ES11 akan dikeluarkan di kilang di Pulau Pinang tetapi jika permintaan mencecah 40,000 unit, pihaknya akan bekerjasama dengan Kumpulan NAZA untuk memasang di Shah Alam, Selangor.

Mengenai pasaran antarabangsa, beliau berkata, skuter itu juga akan dieksport ke Itali dan Jepun.

"Sebagai permulaan, kami akan mengeksport beberapa ribu unit ke Itali pada pertengahan tahun depan," katanya.

Eclimo ditubuhkan pada Jun 2008 adalah syarikat tempatan yang terbabit dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bidang teknologi kuasa mesra alam, terutama untuk sektor pengangkutan

Sabtu, 17 Disember 2011

Satu lesen operator kenderaan mulai Januari ini

2011/12/17

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menggantikan lesen kenderaan dengan lesen pengendali kepada operator perkhidmatan kenderaan awam dan barangan secara automatik berkuat kuasa 31 Januari depan.

Berbeza dengan lesen kenderaan sebelum ini yang memerlukan operator memohon banyak lesen bagi setiap kenderaan yang beroperasi, sistem terbaru hanya memerlukan satu lesen pengendali untuk setiap operator

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata ia akan membabitkan 90,000 operator yang mengusahakan kira-kira 350,000 kenderaan awam dan barangan selaras dengan peruntukan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
Lesen itu, katanya, akan diguna pakai semua jenis bas (henti-henti, perantara, ekspres, mini, pekerja, catar dan sekolah) serta semua jenis teksi (lapangan terbang, mewah, kereta sewa serta kereta sewa dan pandu).

“Begitu juga dengan lori dan treler atau kenderaan motor yang digunakan sebagai pengangkutan barangan,” katanya pada sidang selepas mengadakan pertemuan dengan operator perkhidmatan kenderaan awam dan kenderaan barangan bagi Wilayah Persekutuan dan Selangor, di sini semalam.

Syed Hamid berkata, operator yang tidak memiliki lesen terbabit selepas tarikh ia dikuatkuasakan dianggap beroperasi secara haram.

“SPAD sudah ada senarai pengusaha dan kita daftarkan mereka secara automatik. Mereka yang tiada dalam senarai kita, dianggap sudah tidak aktif dan tidak menjalankan operasi,” katanya.
Ditanya reaksi operator mengenai langkah itu, katanya, mereka menyambut baik kerana ia akan memudahkan urusan semua pihak selain menjimatkan masa.

“Lesen pengendali ini akan memudahkan operator kerana mereka tidak perlu memohon lesen bagi setiap kenderaan dimiliki. Pengusaha bas yang ada banyak bas hanya perlu memohon satu lesen mewakili semua kenderaan yang ada,” katanya

SUMBER DARIPADA BERITA HARIAN 17.12.2011

Khamis, 20 Oktober 2011

Lesen ikut tarikh lahir

Oleh Nazura Ngah

2011/10/20

Kurangkan kes pemegang lesen tak aktif, rayuan perbaharui lesen

KUALA LUMPUR: Mulai pertengahan bulan depan, pembaharuan Lesen Memandu Kompeten (CDL) akan dibuat mengikut tarikh lahir pemegang lesen bagi memudahkan mereka mengingati tarikh memperbaharui lesen masing-masing, sekali gus menyaksikan tarikh tamat tempoh lesen sama dengan tarikh lahir.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata inisiatif yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu bertujuan mengurangkan kes pemegang lesen tidak aktif dan rayuan untuk memperbaharui lesen memandu tamat tempoh melebihi tiga tahun.
Selain itu, katanya, kaedah baru itu juga alternatif kepada sistem penyampaian notis peringatan dilaksanakan jabatan terbabit.
Pelaksanaan pembaharuan lesen memandu melalui penyelarasan tarikh tamat CDL mengikut tarikh lahir ini akan membabitkan agensi seperti JPJ, Jabatan Pendaftaran Negara, Pos Malaysia dan e-Khidmat, katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Bagi tarikh lahirnya pada 29 Februari, tarikh tamat sah lesen memandu dicadangkan pada 28 Februari dan tarikh pembaharuan pada 1 Mac.

Bagaimanapun, jika pemegang lesen tidak mahu menggunakan tarikh itu, mereka hendaklah memperbaharui lesen memandu bagi tempoh empat tahun berdasarkan tahun lompat yang berikutnya.

Sejajar penyelarasan tarikh tamat lesen memandu, bayaran juga akan diselaraskan melalui dua kaedah iaitu bagi pemegang lesen yang tempoh pembaharuannya antara tarikh tamat sah lesen hingga tarikh lahir antara 12 hingga 18 bulan termasuk tempoh lanjutan, kerajaan akan menanggung bayaran lesen bagi tempoh lanjutan itu.
Sebagai contoh, bagi tempoh sah lesen sedia ada iaitu 20 Februari 2011 hingga 19 Februari 2012 dan tarikh lahir pemegang lesen adalah 10 Oktober 1980, hanya bayaran RM30 dikenakan iaitu bagi tempoh 20 Februari 2012 hingga 19 Februari 2013.

Baki lanjutan selama lima bulan 20 hari (kurang daripada enam bulan) adalah percuma iaitu antara 20 Februari 2013 hingga 10 Oktober 2013.

Cho Ha berkata, bagi pemegang lesen yang tempoh pembaharuannya antara tarikh tamat sah lesen hingga tarikh lahir antara 19 hingga 24 bulan termasuk tempoh lanjutan, mereka perlu membayar untuk lanjutan tempoh melebihi enam bulan tetapi kurang daripada 12 bulan.

Kadar bayaran lesen memandu masih RM30 setahun, katanya


SUMBER DARIPADA BERITA HARIAN 20.10.2011

Isnin, 4 Julai 2011

SMS Services


:: JPJ SMS ::


Check your driving license expiry date, kejara points, class, JPJ summons status through SMS.
Key in jpj<space>your IC Number
and send to 37773Example: jpj 660104084938 and send to
37773