Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.
Memaparkan catatan dengan label Akta Perlindungan Pengguna 1999. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Akta Perlindungan Pengguna 1999. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Mac 2012

Air kosong RM1.50 kena tunjuk sebab

2012/03/02

PASIR PUTEH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sudah mengeluarkan 146 surat tunjuk sebab kepada peniaga di seluruh negara yang mengenakan harga air kosong melampau sehingga RM1 dan ke atas.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memberi amaran akan mengenakan tindakan tegas termasuk denda mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kepada peniaga yang masih ingkar.
“Kita beri mereka surat tunjuk sebab yang perlu dijawab dalam tempoh tujuh hari.
“Selalunya, mereka akan turunkan harga selepas itu kerana tidak mahu dikenakan tindakan.

“Sebelum tindakan diambil, kita akan melihat terlebih dulu kawasan perniagaan, kalau warung atau kedai biasa pun takkan nak kenakan harga melampau untuk segelas air.

“Bagaimanapun, jika harga itu dikenakan di pusat beli-belah Suria KLCC maka kita akan ambil kira kos dan faktor sewa kedai,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Tok Bali, di sini, semalam.

Sebelum ini, Berita Harian melaporkan bahawa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa restoran membuat untung lumayan dengan menjual air kosong apabila mengenakan sehingga RM1.50.
Berdasarkan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, peniaga atau syarikat melakukan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sekiranya disabitkan kesalahan.

Bagi individu yang melakukan kesalahan pertama, mereka boleh dihukum denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan berikutnya, tertuduh boleh didenda sehingga RM250,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali, manakala syarikat terbabit pula boleh dikenakan denda sehingga RM500,000, manakala untuk kesalahan seterusnya, dikenakan denda sehingga RM1 juta


SUMBER DARIPADA BERITA HARIAN 2.2.2012

Isnin, 27 Jun 2011

AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999

TUJUAN:
Menentukan supaya semua barang dan perkhidmatan yang ditawarkan atau dibekalkan kepada pengguna bagi maksud diri, rumahtangga atau isi rumah adalah saksama, tidak mengelirukan dan representasi palsu serta selamat digunakan

OBJEKTIF:
Menentukan tidak wujud perlakuan mengelirukan dan memperdaya, representasi palsu serta amalan tidak saksama yang dilakukan oleh peniaga.
Menentukan pengguna terjamin ke atas keselamatan barang dan perkhidmatan yang diperolehi

TIDAK TERPAKAI ( Pengecualian )
- Sekuriti saham
- Kontrak niaga hadapan
- Tanah
- Perkhidmatan profesional
- Perkhidmatan jagaan kesihatan

Undang-undang yang penting dalam Akta Perlindungan Pengguna 1999
- Perlakuan mengelirukan & memperdayakan
- Keselamatan barang & perkhidmatan
- Gerenti ( jaminan ) berkenaan bekalan barang dan perkhidmatan
- Liabiliti pengeluaran
- Tribunal tuntutan pengguna

Perlakuan mengelirukan, memperdayakan, resprensentasi palsu dan amalan tak saksama
- Ciri-ciri barang dan perkhidmatan
- Harga
- Pengiklanan umpanan
- Pemberian hadiah, tawaran percuma
- Barangan adalah terhad
- Kontrak perkhidmatan hadapan

Keselamatan Barang Dan Perkhidmatan
- Standard keselamatan
- Pematuhan standard
- Larangan terhadap barang yang tidak selamat
- Larangan barangan atau perkhidmatan tidak mematuhi peruntukan

AKAN DISIARKAN SETIAP ISNIN TERAKHIR SETIAP BULAN, DENGAN KERJASAMA HARIAN EKPRES DAN KDPNKK