Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.
Memaparkan catatan dengan label Info Melanjutkan Pelajaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Melanjutkan Pelajaran. Papar semua catatan

Selasa, 22 Mei 2012

UiTM tawar 10,000 tempat pelajar gagal ke IPT

2012/05/22

JELI: Pemohon yang gagal melanjutkan pelajaran ke IPTA tidak perlu bimbang kerana mereka berpeluang belajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang menawarkan 10,000 tempat untuk program khasnya.

Di bawah program itu, pelajar akan mengikuti pengajian peringkat pradiploma, praperdagangan dan prasains selama 16 minggu di kampus cawangan UiTM seluruh negara.
Naib Canselornya, Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar, berkata kerajaan menyedari persaingan hebat untuk memasuki IPTA, manakala mereka dari kawasan luar bandar pula tercicir bukan disebabkan tidak pandai tetapi kekurangan kemudahan dan persekitaran kehidupan keluarga.
Kerajaan menyedari persaingan hebat memasuki IPTA, manakala mereka dari kawasan luar bandar pula tercicir bukan disebabkan tidak pandai tetapi kekurangan kemudahan dan persekitaran kehidupan keluarga. - Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor UiTM
“Program ini memberi mereka peluang meneruskan pengajian di UiTM dan memilih bidang pengajian bersesuaian sama ada pada peringkat diploma dan ijazah selepas menamatkan program khas berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, ia sebahagian daripada program khas Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia yang diperkenalkan tahun ini anjuran Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB) dengan kerjasama UiTM.

“UiTM dan GDAB turun padang melihat pelajar yang gagal melanjutkan pelajaran ke IPTA dan mencari mereka di kalangan keluarga miskin yang tidak mampu membiayai pengajian untuk dibantu.

“Ini atas permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu kita menjelajah, termasuk di kawasan luar bandar untuk membantu supaya mereka tidak ketinggalan pendidikan,” katanya.
Beliau ditemui selepas majlis penyerahan surat tawaran kemasukan UiTM dan taklimat kemasukan menerusi program yang disempurnakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, di Pondok Moden Jeli di sini, semalam.

Sahol Hamid berkata, setakat ini program itu berjaya menarik kira-kira 30,000 pengunjung yang diadakan di sembilan negeri dan daripada jumlah itu lebih 3,800 pelajar memenuhi syarat minimum kemasukan sudah menerima tawaran berkenaan


SUMBER DARIPADA BERITA HARIAN 22.05.2012

Khamis, 10 Mei 2012

Peluang pelajar miskin berjaya

Oleh Norrasyidah Arshad

2012/05/10

SHAH ALAM: Lebih 7,000 pelajar di bawah program perintis Mengubah Destinasi Anak Bangsa (MDAB) Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang dilaksanakan pada 2010, akan menamatkan pengajian pada peringkat diploma tahun depan.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM, Datuk Dr Abdullah Mohamad Said, berkata pelajar terbabit dipilih daripada keluarga miskin di seluruh negara untuk mengikuti pengajian dengan dibiayai sepenuhnya oleh dana MDAB yang dikendalikan UiTM.

Katanya, mereka akan menamatkan pengajian pada peringkat diploma dalam beberapa bidang antaranya Pengajian Perniagaan, Pengajian Perbankan dan Pengajian Pengurusan Pejabat.
“Pelajar terbabit membuktikan mereka mampu menguasai bidang pengajian yang diambil serta menggunakan peluang menyambung pengajian yang ditawarkan melalui program MDAB dengan sebaiknya,” kata beliau kepada pemberita setelah melepaskan peserta Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia (JDAB1M) fasa kedua di sini, semalam.

MDAB adalah satu daripada program di bawah tanggungjawab sosial (CSR) UiTM bertujuan membantu mereka yang kurang berkemampuan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi di UiTM.

Mengenai siri jelajah itu yang bermula semalam ke 88 lokasi di seluruh negara sehingga 26 Mei ini, ia dijayakan 70 sukarelawan termasuk pelajar UiTM, alumni dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB).

Katanya, mereka akan membuka kaunter di tempat tumpuan ramai termasuk perhentian bas dan pasar bagi menyebar maklumat mengenai MDAB.
“Selain mengenal pasti golongan sasaran, program ini memfokuskan kepada elemen memberi kesedaran mengenai kepentingan mendapatkan pendidikan lebih tinggi untuk memperbaiki taraf kehidupan.

“Kami menyasarkan kemasukan 5,000 pelajar bagi setiap semester. Mereka yang berminat boleh datang di kaunter dengan membawa salinan kad pengenalan dan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi 2009 dan ke atas.

“Mereka mesti terdiri daripada golongan keluarga yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan,” katanya sambil menambah program itu yang dinaungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertujuan menterjemahkan aspirasi beliau dalam membantu rakyat yang kurang berkemampuan.

Hadir sama, Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi, Mohammad Khairi A Malik, wakil penaja program JDAB1M iaitu dari Affin Bank, syarikat tekstil Jakel Silk House dan KUB Berhad.

JDAB1M singgah di Negeri Sembilan semalam, diikuti Johor hari ini, Kuala Lumpur (11 Mei), Selangor (12 dan 13 Mei), Perak (13 hingga 16 Mei), Pulau Pinang (17 Mei), Perlis (18 Mei), Kedah (18 dan 19 Mei), Kelantan (21 Mei), Terengganu (22 Mei), Pahang (23 Mei), Melaka (24 Mei) dan terakhir di Sabah pada 26 Mei


SUMBER DARIPADA BERITA HARIAN 10.05.2012


BIJAK UNTUK BERJAYA

Khamis, 22 Mac 2012

PERMOHONAN PROGRAM BIASISWA PENDIDIKAN PETRONAS SECARA "ONLINE" UNTUK LEPASAN SPM 2011

PETRONAS sekali lagi menawarkan biasiswa pendidikan peringkat universiti kepada calon-calon SPM 2011 di dalam bidang-bidang khusus berkaitan industri minyak dan gas.
Permohonan dipelawa daripada calon-calon yang memiliki latarbelakang pencapaian akademik yang cemerlang di samping mempunyai sifat kepimpinan yang terbukti melalui penglibatan aktif di dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum, sosial serta kesukarelawanan.
Program Biasiswa Pendidikan PETRONAS adalah penajaan yang berbentuk biasiswa.Program ini terbuka kepada program sarjana muda di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) atau universiti luar negara.
PROGRAM DI UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP)
Calon-calon yang terpilih untuk mengikuti program di UTP dikehendaki menjalani serta lulus Program Pengajian Asas (1 tahun) di UTP sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda.
PROGRAM DI UNIVERSITI LUAR NEGARA
Calon-calon yang terpilih untuk mengikuti program di universiti luar negara dikehendaki menjalani serta lulus Program Pengajian Asas (12 hingga 24 bulan) di kolej-kolej persediaan program luar negara di Malaysia sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda.
Sila rujuk di bawah untuk syarat-syarat kelayakan memohon.
SYARAT MEMOHON
        • Calon-calon mestilah menggunakan keputusan SPM 2011.
        • Calon-calon mestilah warganegara Malaysia.
        • Calon-calon mestilah berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2012.
        • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum.
        •  
        •  
          CARA MEMOHON:
        • Permohonan mestilah dibuat secara "online" melalui laman sesawang ini sahaja.
        • Sila baca dengan teliti Panduan Permohonan dan Panduan Mengisi Borang. Untuk muat turun, sila klik Panduan Permohonan dan Panduan Mengisi Borang di laman Borang Permohonan.
        • Bagi permohonan Biasiswa Pendidikan PETRONAS ke Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), pemohon dikehendaki mengisi 2 borang :-
          i) Kemasukan ke UTP di laman web http://www.utp.edu.my
          DAN
          ii) Program Biasiswa Pendidikan PETRONAS ke UTP di laman ini.
          • Sekiranya anda tidak berbuat demikian, permohonan anda tidak akan diproses.
          • Unit "Sponsorship & Talent Sourcing" PETRONAS akan menyemak status permohonan anda ke UTP melalui Unit Kemasukan Pelajar UTP.
        • Bagi permohonan Biasiswa Pendidikan PETRONAS ke Universiti Luar Negara, pemohon dikehendaki mengisi borang di laman ini.
        • Ibu bapa dinasihatkan supaya memohon bagi pihak pelajar yang sedang mengikuti kursus Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) atau berada di luar negara.
MAKLUMAT TAMBAHAN:
  1. Pemohon yang disenarai-pendek akan dipanggil untuk melalui proses penilaian di "PETRONAS EduQuest Camp" pada bulan April 2012. Proses pemilihan terakhir akan dibuat selepas "PETRONAS EduQuest Camp".
  2. Keputusan tawaran biasiswa akan dimaklumkan pada bulan Mei 2012.
Permohonan secara "online" dibuka mulai 9.00 pagi, 21 Mac 2012.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 5.00 petang, 28 Mac 2012.
UNTUK MEMOHON, SILA KLIK BORANG PERMOHONAN.

KEMASUKAN UUM SESI 2012/2013



 

Khamis, 22 Disember 2011

Beri visa jika sah tempat di IPT

Oleh Haika Khazi
haikakhazi@bharian.com.my
2011/12/22

MAHMOOD (dua dari kanan) beramah mesra dengan penerima anugerah khas KDN, termasuk penggiat filem, David Teo (empat dari kiri) dan  Datuk Yusof Haslam (dua dari kiri).
MAHMOOD (dua dari kanan) beramah mesra dengan penerima anugerah khas KDN, termasuk penggiat filem, David Teo (empat dari kiri) dan Datuk Yusof Haslam (dua dari kiri).
Syarat diperketat bendung penyalahgunaan pas lawatan sosial pelajar

PUTRAJAYA: Mulai tahun depan, visa kepada pelajar asing hanya dikeluarkan selepas mereka disahkan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam, berkata peraturan baru itu bertujuan membendung masalah penyalahgunaan pas lawatan sosial sementara oleh pelajar asing di sini.
“Di Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Australia pun mengamalkan pendekatan sama iaitu hanya mereka yang sudah mendapat pengesahan tempat di IPT akan diberikan visa pelajar untuk menyambung pengajian.

“Ini membantu negara terbabit menangani kebanjiran pendatang asing yang cuba menetap atau bekerja secara haram dengan berselindung di sebalik status pelajar,” katanya selepas merasmikan Seminar Hala Tuju Kawalan dan Penapisan Filem di Malaysia, di sini, semalam.

Beliau mengulas desakan pelbagai pihak supaya kerajaan memperketatkan syarat kemasukan pelajar asing ke Malaysia berikutan masalah sosial ditimbulkan golongan terbabit, terutama pelajar dari benua Afrika.

Mahmood berkata, usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dan hub pengajian tinggi di rantau ini tidak harus disalahgunakan oleh mana-mana pihak dengan membawa masuk pelajar asing yang tidak berkualiti.
“Kita kecewa dengan sikap segelintir institut pengajian swasta yang terlampau mementingkan keuntungan sehingga sanggup menerima warga asing yang tidak berkualiti untuk melanjutkan pelajaran,” kataya

Khamis, 15 September 2011

Pendaftaran Terbuka Institut Skill-Tech

Selamat Datang ke Institut Skill-Tech

Konvokesyen Institut Skill-Tech,
Sabah

Pada 10 September 2011 bertempat di
Auditorium Tun Ahmad Raffae, Yayasan Sabah,
Kota Kinabalu, Sabah


Pendaftaran Terbuka Institut Skill-Tech

Roadshow Jelajah Sabah Siri Ke-3

Image description

Satu siri pengambilan pelatih pelatih baru untuk sesi Oct 2011 akan di jalankan tidak lama lagi bertempat dilokasi dibawah. Semua belia tempatan dan lepasan SPM adalah dijemput hadir untuk mendengar taklimat tentang  penyediaan biasiswa bagi yang berminat mempelajari ilmu kemahiran didalam bidang pertanian.  Matlamat latihan ialah untuk melahirkan usahawan tani muda dan perkerja yang mahir yang amat diperlukan bagi menjamin negara mencapai status negara maju pada tahun 2020 disamping memastikan pengeluarkan bekalan makanan tempatan yang mencukupi.
Masa 8 pagi sehingga 1 petang.
TARIKH
TEMPAT
12/9/2011 Perpustakaan Wilayah Tawau
13/9/2011 Perpustakaan Cawangan Lahad Datu
14/9/2011 Perpustakaan Wilayah Sandakan
19/9/2011 Dewan Serbaguna Pekan Lok Kawi, Kinarut , Papar
20/9/2011 Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Kota Belud
21/9/2011 Bilik Mesyuarat Perpustakaan Cawangan Kudat
22/9/2011 Dewan Terbuka Daerah Kecil Matunggong, Kudat


Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Bidang Latihan Pertanian

Image description

16 Ogos 2011 - Putrajaya - Satu Memorandum Persefahaman antara Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) dengan Institut Skill-Tech (IST) telah ditandatangan pada 16 Ogos 2011 di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Bilik Sidang Media, Aras 7, Wisma Tani, Putrajaya.
Pada majlis yang sama satu MoU juga telah ditandatangani antara NATC, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).
Kerjasama ini merupakan kerjasama MoA Inc. yang telah diamalkan oleh Kementerian Pertanian sebelum ini dan sekarang telah dibranding semula sebagai Blue Ocean Strategy bagi mewujudkan suasana menang-menang dengan menggunakan sumber secara bersama.
MoU antara NATC dengan Institut Skill-Tech adalah bertujuan untuk:
  • Mengadakan program latihan bagi meningkatkan tenaga kerja mahir dan usahawan terlatih,
  • Menerima kemasukan graduan lepasan Institut Skill-Tech ke Kolej Pertanian Malaysia (KPM) bagi tujuan melanjutkan pelajaran.
  • Membangunkan modul latihan berasaskan keterampilan.
Kakitangan, tenaga pengajar dan pelatih Skill-Tech turut hadir bersama menyaksikan Majlis MoU ini.
MoU telah ditandatangani oleh Dato´ Mohd Hashim Bin Abdullah (KSU) dan Puan Sharimah Hussain serta disaksikan oleh Datuk Seri Noh bin Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan En Nordin Abdul Malek.
Image description
Image description
Image description 



Pendaftaran ke Institut Skill Tech

Skill-Tech adalah sebuah Institusi Latihan Kemahiran Pertanian Swasta yang pertama dan terbesar di Malaysia.

Dengan RM450, anda boleh mengubah masa depan anda. Berpeluang menjadi usahawan tani berjaya. Ikuti bidang kemahiran pertanian dengan mendapat biasiswa penuh kerajaan.

Daftar Sekarang!

Jumaat, 2 September 2011

41,267 pelajar kumpulan pertama ke IPTA

PUTRAJAYA 1 Sept. – Bermula Sabtu ini, seramai 41,267 pelajar menjadi kumpulan pertama memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mengikut kalendar akademik baru bagi sesi pengajian 2011/2012 setelah 14 tahun sesi pengajian sistem semester Julai diguna pakai.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penyelarasan kalendar akademik itu merupakan strategi untuk merangsang kecemerlangan pengajian tinggi di samping meningkatkan lagi proses pengembangan ilmu di kalangan pelajar dan pensyarah melalui program pengantarabangsaan.
Katanya, ia sekali gus mempertingkatkan lagi daya saing dan perkongsian ilmu dalam memperkasakan pembangunan dan penyelidikan (R&D) dan inovasi bagi kecemerlangan IPTA.
“Dalam proses globalisasi dan liberalisasi pengajian tinggi pula, proses mobiliti pelajar di peringkat domestik dan antarabangsa dapat dipertingkatkan sejajar dengan amalan terbaik kalendar akademik IPT di dunia.
“Penyelarasan kalendar akademik ini memudahkan program mobiliti di kalangan pelajar dan pensyarah serta program pertukaran kredit dengan pelajar universiti antarabangsa yang mana hanya boleh dilaksanakan jika waktu pembelajaran dan cuti yang sama berlaku,” katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya, di sini baru-baru ini.
Menurut Mohamed Khaled, penyelarasan kalendar akademik itu turut menyelesaikan masalah sampingan lain termasuk memberi lebih banyak masa persediaan kepada pelajar sebelum memasuki universiti selain mengelak berlaku kekosongan tempat sekiranya pelajar menerima tawaran universiti lain di negara luar.
“Jika sebelum ini kemasukan pada Julai, pelajar hanya ada beberapa minggu untuk membuat pilihan kemasukan ke universiti kerana tempoh di antara pengumuman keputusan peperiksaan dengan kemasukan pada Julai adalah sangat singkat.
“Di samping itu, oleh kerana sistem kalendar akademik berbeza dengan universiti luar negara iaitu kemasukan lebih awal dua bulan, maka, kita berhadapan dengan keadaan di mana kekosongan tempat berlaku apabila pelajar menerima tawaran universiti luar dan meninggalkan universiti kita,” katanya.
Mengulas lanjut Mohamed Khaled berkata, cadangan asal pelaksanaan kalendar akademik baharu mahu dibuat secara berperingkat iaitu dimulakan pada Ogos tahun ini.
Namun, katanya, memandangkan Ogos jatuh pada Ramadan, maka, ia tidak boleh dilaksanakan bagi mengelak pelajar kepenatan kerana mereka perlu mengikuti program orientasi sebagai persediaan awal menyesuaikan diri dengan kehidupan universiti.
“Kita tidak mahu program orientasi ini tidak dapat berjalan lancar memandangkan ia merupakan satu program penting untuk mereka menyesuaikan diri kerana kehidupan di universiti jauh berbeza dengan zaman persekolahan yang menuntut penyertaan aktif pelajar tanpa bantuan sesiapa,” katanya.
Bagi sesi pengajian 2011/2012, jumlah tawaran tempat ke IPTA meningkat sebanyak 1.9 peratus iaitu sebanyak 41,267 berbanding 40,506 pada tahun lalu.
Daripada jumlah itu, seramai 29,838 daripada 39,998 daripada pemohon bumiputera atau 74.6% peratus berjaya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Pertama, manakala 9,457 (daripada 10,677) atau 88.6% adalah pelajar keturunan Cina dan 1,972 (daripada 2,541) atau 77.6% pelajar India dan lain-lain

Jumaat, 26 Ogos 2011

Kampus baru UiTM di Raub

2011/08/26

RAUB: Sebuah lagi kampus cawangan Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) akan dibina di Raub, Pahang.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Dong, Datuk Shahiruddin Ab Moin, berkata kerajaan meluluskan pembinaan kampus cawangan Uitm itu baru-baru ini, menjadikan ianya kampus yang kedua yang dibina di Pahang selepas UiTM cawangan Bandar Jengka.
"Kampus berharga RM300 juta itu akan dibina di kawasan seluas lebih 100 hektar di Batu Satu, Jalan Raub-Bentong," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan duit hari raya kepada peneroka Felda Krau, Felda Tersang 1, 2 dan 3 dan Felda Lembah Klau, di sini.
Beliau berkata, reka bentuk bangunan kampus itu akan disiapkan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan tender akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat ini.

"Apabila siap, seramai 3,500 pelajar akan diambil belajar di kampus cawangan itu sebagai permulaan," katanya.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Raub berkata, pembinaan kampus tersebut akan memberi peluang pembelajaran yang lebih luas kepada pelajar negeri ini khasnya di kawasan Pahang Barat.

"Ia secara tidak langsung akan menjana ekonomi penduduk setempat apabila beroperasi nanti," katanya. - BERNAMA

Rabu, 10 Ogos 2011

PLUMS perluas program akademik

KOTA KINABALU 9 Ogos _ Pusat Latihan Universiti Malaysia Sabah (PLUMS) akan memperluaskan program akademik bagi golongan bekerjaya yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Sarjana Muda sepenuh masa di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Eksekutif Kanan Pemasaran dan Promosi UMS Link Sdn. Bhd. (ULink), Nerwani Shereen Halik berkata, untuk itu pihaknya kini mengadakan pameran akademik di pusat membeli-belah raya dan dewan masyarakat bagi tujuan hebahan.
‘‘Pameran tersebut bertujuan memberi peluang kepada orang ramai menemui penyelaras program di pusat pameran untuk mendapatkan khidmat rundingan secara terus mengenai program yang ditawarkan.
‘‘Selain itu, kami juga akan sentiasa memastikan paparan di laman web dikemaskini bagi memudahkan orang ramai mengakses maklumat berkaitan program akademik secara sepenuh dan separuh masa yang ditawarkan oleh PLUMS,” katanya ketika ditemui pada majlis Jom Masuk UMS di pusat membeli belah Suria Sabah di sini baru-baru ini.
Nerwarni berkata, hebahan berkaitan perlu dikemaskini agar penduduk yang tinggal di daerah-daerah lain mendapat maklumat tepat tentang program akademik dan lokasi pameran yang diadakan oleh PLUMS.
Sempena pameran itu, lebih 10 gerai pendidikan dibuka bagi mempamerkan program-program pengajian lanjutan yang ditawarkan di UMS.
Sementara itu, beberapa pengunjung yang ditemui mengalu-alukan program pameran akademik yang dianjurkan oleh PLUMS khususnya bagi golongan bekerjaya untuk meningkatkan lagi kebolehan dan kemahiran diri.
Seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Bingkor, Keningau, Chung Tet Kun, 27, berkata, dia memandu dari Keningau ke Kota Kinabalu semata-mata untuk mendapatkan maklumat pengajian lanjutan di UMS.
‘‘Saya ingin melanjutkan pengajian peringkat Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang Sains Komputer, namun penting bagi saya mengumpul maklumat terlebih dahulu agar dapat menimbangkan keperluan masa dan biaya pengajian,” kata graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan bidang Sains dan Matematik dari Universiti Malaya itu.
Mengenai pameran itu, katanya, ia memberi bermanfaat kepada bakal pelajar peringkat lanjutan kerana di samping rundingan bersemuka, banyak risalah disediakan kepada mereka.
Seorang ibu berketurunan Cina, Norhani Abdullah, 57, dari Tawau, dia datang dari jauh semata-mata untuk meninjau peluang pengajian lanjutan bagi anaknya.
‘‘Pakar akademik yang saya temui di gerai pameran amat membantu saya memilih bidang pengajian. Saya berharap maklumat yang diperolehi dapat membantu anak saya melanjutkan pengajian peringkat lanjutan secepat mungkin,” katanya

Jumaat, 24 Jun 2011

UMS tetap syarat, guna kuasa mutlak universiti ambil penghuni kolej

DARIPADA BERITA HARIAN

2010/08/20
UNIVERSITI Malaysia Sabah (UMS) merujuk aduan Pelajar Tahun Akhir UMS pada 16 Ogos lalu dalam ruangan ini.

Dalam kenyataannya bertajuk Pelajar tahun akhir UMS rayu tinggal di kediaman kolej, beliau menyatakan masalah tidak mendapat penempatan di kolej kediaman.

Untuk makluman pengadu dan pembaca akhbar ini, UMS kini mempunyai lima kolej kediaman induk iaitu kolej AB, CD, E, Indah Permai dan Kolej King Fisher.

Dengan jumlah pelajar melebihi 15,000 orang, kolej kediaman sedia ada tidak mampu menampung keseluruhan mereka.

Sehubungan itu, beberapa kriteria ditetapkan sebagai panduan memberi penempatan kepada pelajar.

Keutamaan diberi kepada golongan kurang upaya dan Orang Asli, selain pelajar tahun satu yang diwajibkan tinggal di kolej kediaman.

Selain itu, pemilihan pelajar yang ditempatkan di kolej kediaman juga mesti tidak mempunyai masalah disiplin, aktif dalam aktiviti anjuran universiti dan menjelaskan semua bayaran atau hutang jika pernah memohon pendahuluan pelajar.
Bagi Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jawatankuasa Mahasiswa (JAKMAS) mereka secara automatik diberi penempatan di kolej kediaman.

Bagaimanapun, proses rayuan dibuka jika ada kekosongan membabitkan pelajar
menarik diri daripada tinggal di dalam kolej kediaman berkenaan.
Sehubungan itu, pelajar yang tidak mendapat tawaran boleh mengemukakan permohonan rayuan.
Penginapan seseorang pelajar ditentukan mengikut budi bicara dan kuasa mutlak universiti berdasarkan kekosongan dan kriteria yang ditetapkan.

Bagi pelajar yang tidak mendapat penempatan tetapi menghadapi pemotongan yuran penginapan, boleh membuat tuntutan di Pejabat Bendahari dengan membawa bersama borang pengesahan Non-Resident (NR).
BAHAGIAN PERHUBUNGAN KORPORAT,
UMS.
Dalam Berita Harian hari ini………online

Khamis, 9 Jun 2011

Jangan risau jika sijil anda hanya UPSR sahaja..baca maklumat ini dengan teliti

KURSUS TAJAAN INSTITUT SKILL-TECH

Kampus Induk

Alamat:-

Institut Skill-Tech, Lot 453, Batu 13 Jalan Tebong / Machap, Durian Tunggal, 76100 Melaka.
Emel: daftar@institutskilltech.com atau institutskilltech@gmail.com
Pejabat:
Tel: 06-553 1743
Faks: 06-553 1417
Unit Pengambilan:
Tel: 06-232 8479
Faks: 06-232 8034

Kampus Cawangan

MITC:-

Institut Skil-Tech
Kampus Cawangan MITC
No. 63, Jalan TTU 3,
Taman Tasik Utama,
75450 Ayer Keroh,
Melaka.

Sabah:-

Institut Skill-Tech Keningau Sabah
Lot 21 & 22
Suria Shopping Centre
Jalan Masak
89008 Keningau, Sabah


Isnin, 6 Jun 2011

Jika kita berkeinginan untuk melanjutkan pelajaran ke IPTS, pastikan terlebih dahulu sama ada sijil yang dikeluarkan nanti diiktiraf ataupun sebaliknya..INGAT TAU...


Buat semakan sebelum pilih IPTS 
Oleh Nik Sukry Ramli

PELAJAR perlu mengambil kira lapan faktor sebelum membuat keputusan memilih institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) untuk melanjutkan pengajian mereka.

Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pengurusan IPTS (SPIPTS), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Prof Ir Datin Dr Hamisah Tapsir, berkata faktor itu perlu diberi perhatian serius bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa penyedia program pengajian tidak bertanggungjawab.

 “Antara faktor yang perlu diberi perhatian ialah kualiti dan rating kursus yang ditawarkan; perakuan dan kelulusan kursus pengajian; yuran pengajian dan polisi pemulangan yuran; tawaran pembiayaan pengajian; kemudahan (penginapan); peluang melanjutkan pelajaran dan perkembangan kerjaya; aktiviti dan persatuan pelajar dan akhir sekali lokasi IPTS itu.
 “Semua elemen itu perlu diberi pertimbangan terutama kepada ibu bapa sebelum membuat keputusan menghantar anak mereka melanjutkan pengajian.

“Kami sentiasa memantau IPTS dan tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana IPTS yang mengelirukan pelajar dan ibu bapa melalui iklan mereka,” katanya pada Taklimat Media Jaminan Kualiti IPTS di Putrajaya, baru-baru ini.

Beliau berkata, kaedah paling tepat memastikan kursus ditawarkan IPTS diiktiraf atau sebaliknya ialah melalui semakan dengan Unit Pengiktirafan Kelayakan, Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Katanya, bagi menyemak status kursus pula, pelajar dan ibu bapa boleh melakukan semakan dengan Malaysian Qualification Agency (MQA).
“Kita mempunyai 488 IPTS yang beroperasi di negara ini, termasuk 33 daripadanya tidak aktif. Pemantauan berterusan sejak 2000 lagi, dan bagi merealisasikan hasrat kerajaan dan KPT menjadikan Malaysia hub pendidikan tinggi pilihan, usaha ini akan diperkemaskan.

“Untuk itu, SPIPTS akan melancarkan satu kempen khusus untuk memberikan maklumat ini kepada ibu bapa dan pelajar mulai Jun ini. Selain mendedahkan kepada orang ramai mengenai perkara ini, kami juga memberikan maklumat kesalahan besar yang sering dilakukan pengendali IPTS,” katanya.

Antara kesalahan yang dikesan ialah mengendalikan kursus atau program sebelum mendapat kelulusan; menukar dan mengubahsuai premis tanpa kebenaran dan pengambilan pelajar di bawah syarat kelayakan mengikuti pengajian ditawarkan.

Selain itu, pengendali IPTS juga dikesan menerbitkan iklan yang mengelirukan bagi menarik permohonan; beroperasi di premis tambahan yang tidak didaftarkan dan menggaji tenaga pengajar tanpa permit.

“Kesalahan ini boleh didakwa di mahkamah dan dikenakan kompaun maksimum RM50,000 serta penjara sehingga enam bulan,” katanya

niksukry@bharian.com.my
2011/05/11