Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.
Memaparkan catatan dengan label Renungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Renungan. Papar semua catatan

Rabu, 28 Mac 2012

‘Kerajaan Langit’ kembali aktif

Oleh Baharom Bakar

2012/03/28

JERTIH: Tapak perkampungan Ayah Pin, pengasas ‘Kerajaan Langit’ di Kampung Batu 13, Hulu Besut, dilihat berkembang semula, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada ajaran diisytiharkan sesat pada 1986 itu sudah kembali aktif.

Tinjauan mendapati kawasan perkampungan itu ada kira-kira 150 rumah berbanding tidak sampai 50 rumah pada zaman kemuncaknya 10 tahun lalu.
Di kawasan itu juga terdapat tiga kubur iaitu kubur isteri pertama Ayah Pin, Che Minah Remeli, 68, seorang bekas pengikutnya serta kubur menantu Ayah Pin, iaitu Hasan Anak Rimau.
Beberapa penduduk di Kampung Batu 13, yang enggan mendedahkan nama mereka mengakui Ayah Pin pulang menziarahi jenazah isterinya, tetapi terus menghilangkan diri menaiki kereta mewah selepas Che Minah dikebumikan.

Kawasan perkampungan Ayah Pin yang terletak kira-kira 500 meter dari jalan utama ke Kampung Keruak di sini, dikawal rapi sekumpulan belia dipercayai anak kepada pengikut setia kumpulan ajaran sesat yang menetap di perkampungan berkenaan.

“Beberapa pengikut Ayah Pin ada meminta kebenaran untuk mengebumikan jenazah Che Minah di tanah perkuburan Islam berhampiran perkampungan itu, tetapi tidak dibenarkan penduduk kerana arwah dan tiga lagi madunya termasuk Ayah Pin pernah mengisytiharkan keluar daripada Islam pada 1998.

“Walaupun Ayah Pin pulang ke perkampungan itu dua minggu sekali atau sebulan sekali, kita syak ajaran sesat kerajaan langit masih hidup kerana kepulangan ketuanya diberi sambutan bukan saja daripada pengikutnya yang menginap di perkampungan itu, malah dari luar negeri ini.
“Beberapa belia yang ditugaskan mengawal dan mengawasi orang tidak dikenali daripada memasuki perkampungan itu mengakui Ayah Pin pulang serta mengadakan perjumpaan dengan semua pengikutnya,” katanya.

Bagaimanapun, usaha Berita Harian untuk merakamkan gambar kawasan terbabit dihalang oleh beberapa belia yang ditugaskan untuk mengawal dan mengawasi perkampungan berkenaan.

“Jika nak rakam gambar, perlu minta kebenaran daripada Kak Yah, (isteri keempat Ayah Pin, Nik Kamariah Nik Par), tetapi dia tidak ada di rumah ketika ini.

“Tanpa kebenaran Kak Yah, kami tidak benarkan sesiapapun merakamkan gambar di sekitar perkampungan ini, jika tetap berdegil kami terpaksa merampas kamera,” katanya


SUMBER DARIPADA BERITA HARIAN 28.03.2012

Jumaat, 16 Disember 2011

Mensyukuri segala nikmat Allah

AWAN tak selalunya cerah, laut bukannya selalu tenang, bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Skrip hidup kita kadang-kadang tidak seperti yang kita harapkan.
Kita sering kali ditimpa rasa kecewa. Kecewa kerana sesuatu yang terlepas daripada genggaman tangan, keinginan yang tidak kesampaian, kenyataan yang tidak dapat diterima.

Akhirnya ia mengakibatkan sesuatu yang mengganggu jiwa dan perasaan. Hidup ini ibarat sebuah belantara tempat kita mengejar segala keinginan.

Sememangnya manusia diciptakan Allah mempunyai kehendak dan keinginan. Namun tidak semua yang kita inginkan akan tercapai.

Setiap apa yang kita idamkan juga kadang-kadang tidak mampu menjadi kenyataan. 
Bukan perkara mudah untuk menyedari dan menerima kenyataan bahawa apa yang bukan menjadi milik kita tidak perlu kita tangisi.

Ramai orang yang tidak sedar hidup ini sebenarnya tidak semestinya berjaya atau bahagia.

Berapa ramai orang yang berjaya tetapi lupa apa yang mereka miliki itu semuanya pemberian Allah yang Maha Pemurah. Kejayaan itu menyebabkan seseorang menjadi sombong dan bertindak mengikut hawa nafsu.

Begitu juga kegagalan, kita dihadapinya dengan tenang dan sabar sedangkan dimensi tauhid dari pada kegagalan itu ialah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi hak kita di dunia, Allah pasti tunaikan. Namun apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita miliki.

Seorang mukmin tidak akan bersedih ketika ditimpa musibah dan malapetaka.
Tetapi mereka tetap bersyukur kepada Allah dan menjadikan musibah itu sebagai peringatan terhadap dirinya. Oleh itu, apabila seorang mukmin berasa sedih ketika ditimpa musibah, maka dia bukan mukmin sejati.

Apa saja musibah yang menimpa seorang mukmin, selalu menguntungkan dirinya seperti sabda Rasulullah dalam sebuah hadis: “Sungguh menakjubkan! Urusan orang mukmin selalu menjadi hal yang menguntungkan bagi dirinya. Dan yang demikian itu hanyalah dialami oleh seorang mukmin, Seorang mukmin bila ditimpa kesusahan, dan dia mengingati Allah, dengan jalan itulah dia akan memperoleh jalan penyelesaian yang terbaik. Dia tidak merasa tekanan batin dalam bentuk apapun, kerana penderitaan yang paling berat sekalipun, pasti ada jalan penyelesaiannya. Seorang mukmin selalu mengingati Allah dalam keadaan ditimpa penderitaan yang amat sangat sekalipun, baik dengan mengucapkan tasbih, takbir, istighfar, doa mahupun membaca al-Quran, sehingga membuat jiwanya bersih, bening, perasaannya tenang dan tenteram.

Rasulullah turut bersabda yang bermaksud: “Ingat akan Allah adalah penawar kalbu.” (Diriwayatkan Ad-Dailami oleh Anas). Maka wahai jiwa yang sedang gundah berduka lara, dengarkan firman Allah: “Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah Maha Mengetahui kalian tidak mengetahui. (Surah Al-Baqarah ayat 216).

Maka janganlah hanyut dalam duka nestapa berpanjangan terhadap apa yang terlepas daripada genggaman atau dakapan. Lihatlah di sekeliling kita, cerminlah diri sendiri andai kita tidak kenal siapa yang ada di dalam cermin itu, ada baiknya kita mulakan mencari diri sendiri!

Manusia yang mulia menyedari dengan sepenuh hati bahawa dia hanyalah hamba, benar-benar hamba, dalam pengertian hamba yang sebenar-benarnya, baik secara teori mahupun praktikal.

Dia hanya berfikir bagaimana memberikan yang terbaik untuk kehidupan ini, semata-mata mengharap cinta-Nya, keredhaan-Nya dan lebih daripada itu kerana dia mencintai Allah, terpesona kepada keindahan Maha Pencipta, mabuk kepayang dengan ‘kecantikan’ Maha Pemurah.

Andai keinginannya tidak selari dengan keinginan Allah, apa yang diharapkannya esok hari tidak akan menjadi nyata. Malah apa yang terjadi adalah sebaliknya, maka kita mesti ikhlas menerima semuanya dengan senyuman dan reda.

Kehidupan ini hanya untuk-Nya. Dialah tujuan hidup dan sebaik-baik tujuan hidup! Yang lain pula hanya wasilah, alat, bekal atau modal untuk mencapai keredaan Allah.

Maka janganlah tangisi apa yang bukan milikmu kerana ia memang bukan milikmu! Kita ini adalah sebenar-benar hamba! Moga kita lebih kuat dan dekat kepada-Nya

Khamis, 1 Disember 2011

10 Tanda Pasangan Anda Mulai Curang...Adakah Ini Terjadi Pada ANDA?.....


 
KESETIAAN adalah ungkapan yang sangat kita suka dan ingini dalam perhubungan tetapi, ungkapan KECURANGAN juga kita perlu waspada agar tak menangis tanpa ada airmata. Ini adalah kerana, apabila timbul masalah ini, pasangan agak sukar untuk berdamai atas fakta pasangan anda telah mengkhianati diri anda. Dengan demikian ramai yang tidak mengambil tahu mengenai tanda-tanda jelas apabila salah seorang daripada pasangan cuba untuk curang atas alasan tidak mahu hubungan itu terputus . Namun, anda dinasihatkan untuk mengetahui tanda-tanda kecurangan untuk mengelakkan anda ditinggalkan setelah beberapa tahun menjalinkan hubungan. Ini hanyalah panduan sahaja dan anda seharusnya lebih bijak untuk menentukan keputusan hidup anda!!!!
 
01. Kurang memberi perhatian terhadap diri anda 
- Pada permulaan kecurangan, anda dapat rasakan bahawa pasangan anda kurang memberi perhatian terhadap anda. Ini terjadi kerana mereka rasa bersalah terhadap diri anda. Kemudian mereka mula mencari kesalahan, menengking, berbual secara sinis dan mula menyalahkan anda untuk hal-hal kecil, hanya untuk mengatasi rasa bersalah. 
 
02. Menghabiskan masa banyak ditempat kerja 
- Perubahan terhadap pasangan anda yang curang adalah secara tiba-tiba mereka banyak menghabiskan masa ditempat kerja. Tetapi panduan ini tidaklah setepat yang anda fikirkan. Berkemungkinan juga mereka benar-benar bekerja kuat untuk memberikan kesenangan kepada anda. Sebelum membuat apa-apa andaian, anda dinasihatkan untuk menyiasat dulu apa sebenarnya yang berlaku.
 
03. Tidak berminat dengan persekitaran dirumah 
- Bagi pasangan yang sudah berumahtangga, anda boleh mengesan sekiranya pasangan anda cuba untuk curang sekiranya mereka tidak berminat menghabiskan masa di rumah. Mereka lebih banyak menghabiskan masa di luar. Tetapi anda dinasihatkan untuk tidak mengongkong mereka. Setiap manusia perlukan kebebasan. Asalkan ia tidaklah melampaui batas dan ia mstilah seimbang terutamanya bagi orang yang sudah berumahtangga.
 
04. Bau 
- Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti akan mengenal bau pasangan mereka. Sekiranya terdapat perubahan terhadap bau pasangan, anda perlu lebih berhati-hati. 
 
05. Perubahan gaya hidup secara mendadak- Sekiranya pasangan anda sebelum ini tidaklah terlalu bergaya didalam pemilihan pakaian dan secara tiba-tiba mereka cerewet dalam pemilihan pakaian, anda perlu memberi perhatian yang lebih. Pastikan anda tahu apakah punca utama mereka mengubah penampilan mereka. Sekiranya atas urusan kerja, anda perlu menyokong mereka tetapi sekiranya tujuan asal mereka masih samar-samar, anda perlu lebih berhati-hati. 
 
06. Menjawab panggilan telefon secara sembunyi 
- Sekiranya tiada perkara yang salah dilakukan, rasanya tidak perlu untuk sesebuah pasangan menyembunyikan panggilan telefon mereka. Mereka harus berani untuk menjawab panggilan telefon dihadapan pasangan mereka. Ini adalah untuk mengelakkan rasa curiga. Keputusan untuk hidup berpasangan juga bermaksud bersedia untuk berkongsi segala masalah, rahsia dan sebagainya. Jadi tiada perkara yang perlu untuk dirahsiakan. Kejujuran adalah jalan terbaik untuk mengekalkan hubungan. 
 
07. Melayari internet sehingga tengah malam
 - Pada zaman yang serba canggih ini, terdapat juga pelbagai cara untuk curang. Salah satunya adalah dengan menggunakan kemudahan internet. Sekiranya sebelum ini pasangan anda tidak menghabiskan masa berjam-jam di hadapan internet dan secara tiba-tiba mereka melayari internet sehingga tengah malam, anda perlu tahu apakah aktiviti yang mereka lakukan di dunia maya itu. Terdapat pelbagai cara untuk anda mengetahui segala aktiviti yang dilakukan oleh pasangan anda di dunia maya. 
 
08. Perubahan terhadap hubungan intim 
- Bagi pasangan yang sudah berkahwin, hubungan intim merupakan satu anugerah yang tidak ternilai untuk mereka menyatukan dua hati. Hasil kajian yang dilakukan, perubahan terhadap pasangan dapat dikesan ketika melakukan hubungan ini. Ia tidak hanya melibatkan kecurangan, tetapi segala masalah yang dipendam oleh pasangan, perkara yang merungsingkan mereka, masalah yang mereka tidak sanggup berkongsi dengan anda dan sebagainya akan terbongkar ketika saat ini. Anda hanya perlu bijak untuk membongkarkannya. 
 
09. Bil pembayaran yang luar biasa
 - Seorang yang cuba untuk curang pasti akan menghabiskan lebih banyak wang. Ini adalah kerana sebelum ini wang hanya diperuntukkan hanya untuk seorang, sudah pasti sekiranya ia diperuntukkan kepada 2 orang perbelanjaan akan semakin meningkat. Pada  kebiasaannya, pasangan tidak akan mengurangkan perbelanjaan terhadap isteri pertama sebaliknya hanya mengekalkan perbelanjaan yang sedia ada, ini adalah untuk mengelakkan timbulnya perasaan curiga. Mereka akan cuba untuk membelanjakan wang lebih banyak daripada menyimpan bagi menampung segala aktiviti mereka lakukan. 
 
10. Tidak memakai cincin yang diberikan 
- Cincin merupakan satu sentimental value untuk sesebuah pasangan. Boleh dikatakan kebanyakan lelaki akan cuba melihat cincin di jari wanita terlebih dahulu sebelum memulakan agenda mereka. Kerana cincin melambangkan status empunya diri. Sekiranya pasangan anda sudah tidak memakai cincin yang anda berikan dan memberikan alasan yang samar-samar atau tidak kukuh mengapa mereka tidak memakainya, anda perlu mengesyaki sesuatu

Mungkin banyak lagi yang belaku dalam perhubungan kita masing-masing.....kongsikan pada saya jika saudara dan saudari ada kesempatan ya!....

Khamis, 8 September 2011

HAPPY BIRTHDAY

SELAMAT HARI LAHIR / HAPPY BIRTHDAY













Bersyukur kepada PENCIPTA kerana memberi peluang kepada diri kita untuk bernafas sehingga ke umur hari ini. Berterima kasih juga kepada family khususnya ibu yang melahirkan, dan pada ayah kerana turut serta dalam susah dan senang memelihara kita. Terima kasih kepada abang, kakak kerana membantu mama dan papa menjaga kita sesungguhya setiap yang mereka lakukan adalah bertujuan untuk menjadikan kita sebagai orang yang baik dan berguna bukan saja pada keluarga tetapi juga kepada bangsa, agama dan negara amnya.
Apakah kita mencium tangan dan memeluk ibu dan ayah kita di hari kelahiran kita?............
Adakah kita ada mengucap syukur kepada PENCIPTA kita?
Apakah AZAM kita sebelum ini sudah tercapai atau masih pudar-pudar?
Semua jawapan ada pada diri kita masing-masing.......

Sekali lagi saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI JADI KEPADA ANDA HARI INI..

Semoga Panjang Umur.............

Selasa, 6 September 2011

Eksklusif: 200,000 daftar cerai




 Oleh Haika Khazi
mfaizul@bharian.com.my
2011/09/06

Pasangan kurang 6 tahun nikah paling ramai berpisah

PUTRAJAYA: Lebih 200,000 pasangan suami isteri Islam Malaysia dilaporkan mendaftarkan perceraian mereka di pejabat jabatan agama Islam di seluruh negara termasuk Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya, dalam tempoh kira-kira 10 tahun lalu.
Kebanyakan pasangan yang mengemukakan permohonan bercerai di 13 pejabat jabatan agama Islam itu, memberikan alasan kurang persefahaman sebagai punca mereka berbuat demikian.


 SUMBER DARI BERITA HARIAN 06.09.2011

Kenapa ini terjadi...............

Isnin, 5 September 2011

Bila Masa Sesuai Untuk Melamar!

Anda dan dia sudah lama menjalin hubungan cinta malah anda juga mahu memastikan hubungan yang terjalin itu berakhir ke jenjang pelamin. Tambahan pula kedua belah keluarga sudah bertanya bilakah masa untuk anda hidup berdua.
Namun dalam masa yang sama, anda mungkin belum bersedia untuk berkahwin kerana merasakan masih ada perkara yang belum selesai. Bilakah masa yang sesuai anda melamar pasangan?
1. Persediaan
Untuk hidup berumah tangga ia bukan semudah membilang A, B atau C kerana anda perlu mengetahui ilmu-ilmu kekeluargaan sebagai persediaan hidup berumah tangga. Umum mengetahui perkahwinan adalah penyatuan hidup sehingga ke akhir hayat. Biarpun ada rumah tangga runtuh di tengah jalan namun ia bukan alasan untuk tidak memahami erti sebuah perkahwinan. Jadi sebelum berkahwin, anda perlu bersedia untuk berubah. Maksud persediaan di sini ialah anda harus bersedia mental dan fizikal kerana dengan adanya kekuatan diri, Insya- Allah, anda sudah bersedia untuk hidup berdua dengan pasangan.
2. Kewangan Kukuh
Jika perkahwinan tidak semudah membilang A, B atau C, sebelum berkahwin juga anda perlu mengukuhkan kewangan terlebih dahulu. Ini kerana sebelum ini anda mungkin biasa makan seorang diri tetapi apabila sudah berumah tangga, segala-galanya menjadi berdua. Kalau rezeki murah, anda mungkin bertiga, berempat dan sebagainya. Ada juga rumah tangga bercerai berai hanya kerana masalah duit. Ada kes di mana suami berhenti kerja dan mengharapkan isteri untuk menanggung segala-galanya. Jika isteri tidak selesa, pergaduhan pasti berlaku dan dari sinilah punca terjadinya perceraian. Tahukah anda, jika bergaji agak kecil, sebenarnya agak susah untuk berbelanja membeli keperluan rumah tangga. Mana anda hendak membayar upah orang menjaga anak, rumah sewa, kereta, makan minum dan sebagainya di mana kos-kos keperluan hidup masa kini amat tinggi. Jadi, anda perlu bersedia dari aspek kewangan kerana ia adalah asas utama dalam perkahwinan. Tiada orang boleh hidup dengan cinta kerana pada zaman ini serba-serbi memerlukan duit.
3. Bersedia Melupakan Bekas Kekasih
Sebelum berkahwin, anda perlu bersedia segala-galanya terutama melupakan bekas kekasih yang mungkin hadir sebelum si dia. Ini kerana ada pasangan yang sukar melupakan bekas kekasih dan lebih teruk lagi, anda masih berhubungan dengan bekas kekasih. Mungkin anda pernah terbaca ada isteri yang curang di belakang suami. Tidak terkecuali juga suami yang curang bila bertemu kekasih lama. Apa pun, anda perlu pandang ke hadapan dan bersedia mengharungi kehidupan tanpa memikirkan kisah lalu.
4. Memberi Keutamaan
Apabila anda bersedia berkahwin, bermakna anda bersedia memberi keutamaan kepada rumah tangga. Anda tidak seharusnya memikirkan keseronokan bersama kawan-kawan sama seperti ketika anda masih bujang di mana anda bebas untuk keluar menonton wayang, membeli-belah dan sebagainya kerana anda harus memberi 100 peratus komitmen kepada rumah tangga.
5. Direstui Keluarga
Tidak guna anda menjalin hubungan jika tidak mendapat restu keluarga. ini kerana perkahwinan akan bahagia jika direstui keluarga. Tentu anda pernah mendengar cerita, rumah tangga tidak aman bahagia bila mana seorang anak membelakangkan keluarganya kerana cinta terhadap pasangan. Ada juga kes di mana pasangannya bercerai berai kerana pelbagai masalah dan bila disemak, ternyata perkahwinan tersebut tidak mendapat restu keluarga.
6. Jangan Sesekali Berbohong
Jika anda sudah bersedia berumah tangga, bermakna anda perlu membuat taat ikrar dengan pasangan. Salah satu kehancuran berumah tangga ialah sikap bohong terhadap pasangan. Ada orang berbohong untuk menyelamatkan dirinya namun sejauh mana anda cuba berbohong kerana akhirnya kebohongan itu akan terbongkar juga. Bayangkan, saat pembohongan terbongkar, perhubungan anda dan kekasih sudah pasti hancur di tengah jalan.
Jika sudah bersedia dari semua aspek ini, anda bolehlah bersedia melamar kekasih untuk dijadikan pasangan hidup

SUMBER DARI MAJALAH REMAJA 05.09.2011

Khamis, 14 Julai 2011

Renungan Bersama

Renung2kan dan mari berfikir sejenak....

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa,
hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2.
Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PRIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada
KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA- NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya
'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari anggapan kita itu sendiri.


Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA ,
maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia..
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
dan tingkat kerjasama dalam kerja,
tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ..
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..
~ Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya

"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

Rabu, 22 Jun 2011

Adakah perkara ini benar pada diri seorang lelaki?

Selamat pagi kawan-kawan..

ANDAINYA LELAKI TAHU...
Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya. Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu. Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku. Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat. Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda. Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang.. tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda. Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai. Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya. Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata. Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik. Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat. Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. Andai lelaki tahu.. Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Selasa, 21 Jun 2011

Sekadar untuk info sharing.

SATU KISAH MOTIVASI UNTUK PARA SAHABAT 

 Ada satu cerita rakyat zaman dahulu kala, dalam nada simbolik membawa kisah
bagaimana perkakas dalam sebuah rumah saling melihat bebanan yang
ditanggung olehnya, dan merasakan bahawa yang lain tidak seteruknya.


Kisah bermula bilamana atap merasa dialah yang paling berat menanggung
bebanan berbanding yang lain, dia terpaksa menahan hujan, panas, dia
terpaksa berjemur ditengah-tengah panas, peritnya tak terkira, demikian
juga bila hujan turun, dialah yang terpaksa berhadapan dengan hujan ribut
ini.
Perasaan kecewa dan sedih bertambah bilamana atap tengok tiang yang
dirasakan lebih rehat dari dia, tak kena panas dan tak kena hujan, lalu ia
merungut:
“Sedapnya jadi tiang, tak kena jemur di terik panas mentari, dan tak payah
susah payah menahan hujan ribut, alangkah seronoknya kalau boleh jadi
tiang”.


Mendengarkan kata-kata atap, lalu tiang menjawab:
“Kamu tak tahu betapa setiap saat aku terpaksa memikul bebanan beratnya
atap, kayu alang dan kayu lain yang berat di atas bahu aku.
Engkau atap,
lebih senang, tak payah pikul bebanan berat macam aku,”
rungut tiang.


Kata tiang terkadang aku cemburu tengok dinding, dia tak kena panas, dan
tak kena pikul bebanan berat macam kita. Sedang mereka berbual, rupanya
dinding mendengar, lalu menyampuk:
“Jangan kamu fikir yang panas dan berat saja. Aku lagi susah, nak kena jaga
keliling rumah ni, aku kena lindung semua isi rumah, akulah benteng
menutupi aib dalam rumah, akulah penyimpan rahsia mereka, tapi aku jugak
kena ketuk bilamana nak tampal, nak sangkut apa-apa. Sebenarnya aku rasa
yang senang, bukan aku, tapi tangga.”


Mendengar kata-kata dinding itu, tiba-tiba tangga pun mengeluh:
“Kamu jangan tengok hujan panas, bebanan saja. Tapi aku rasa aku nilah yang
paling berat antara semua perkakas rumah ni. Aku terpaksa kena hujan panas,
aku terpaksa pikul babanan orang pijak aku bila nak naik, bila nak turun,
dan lebih malang lagi mereka pijak aku dengan kekotoran yang mereka bawa.
Tapi bagi aku kalau ini yang telah ditakdirkan aku redha, biarlah aku
berkhidmat semampu aku, sebelum semua kita rebah menyembah bumi semuanya.”


MORAL OF THE STORY:-

Pengajaran dari kisah tersebut ialah jangan kita hanya nampak susah kita,
tapi tak pernah fikir susah orang lain,  
 sehingga tidak mengira susah payah
orang lain.   dan yang lebih penting jangan kita     nak jadi benda lain. Kita harus  
jadi kita, kerana itulah amanah yang diberi   kepada kita. Payahnya    
bilamana atap nak jadi tiang, tiang pulak nak jadi
dinding dan dinding pulak nak jadi tangga.

Rabu, 1 Jun 2011

Hargailah Kesihatan diri anda dan keluarga anda bermula hari ini

HIDUP SUNGGUH GEMBIRA BILA KITA MEMILIKI KETIGA-TIGA BENDA INI

ANDA MEMILIKI RUMAH

ANDA MEMILIKI KERETA......












        
ANDA MEMILIKI WANG .

           
TAHNIAH...

 KERANA ANDA MEMPUNYAI RUMAH, KERETA DAN WANG SEHINGGAKAN MAMPU MEMBELI APA SAJA YANG ANDA SUKA...DALAM KATA LAIN, KEBEBASAN WANG ITU ADALAH KELEBIHAN ANDA.

                                                                                                                                                                                      
                                          TETAPI.......
JIKA KESIHATAN DITAHAP YANG RENDAH........ITU SEMUA TIADA APA-APA UNTUK DIBANGGAKAN.


Walaupun kita mempunyai wang beribu-ribu ringgit, rumah besar, kerja yang baik dan kereta yang banyak.Namun, jika kita hanya laburkan wang kerana terdampar di hospital kerana masalah kesihatan, semua yang kita miliki tidak bererti sama sekali.KESIHATAN YANG BAIK itulah yang membuatkan diri kita, keluarga kita juga setiap orang merasa yang hidup mereka lebih bermakna.



 LINK INTERNET......http://www.google.com/
                   http://www.yahoo.com/ 
                              www.youtube.com