Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Jumaat, 2 September 2011

Tema Hari Kemerdekaan 2011 Ke 54-Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan!

hari merdeka 2011 e1311882471970 Tema Hari Kemerdekaan 2011 Ke 54 Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan!Pada tahun 2011 ini,Hari Ulangtahun Kemerdekaan ke-54 negara kita, Malaysia, jatuh pada hari raya ke-2 puasa.Dalam sedar tak sedar,untuk tahun ini, kemerdekaan  terasa kurang bahangnya berbanding tahun-tahun lepas di mana ianya jatuh pada perayaan hari raya.
Jadi,ramai yang lebih fokus dalam menyambut persiapan untuk perayaan Hari Raya puasa, sampaikan terlupa bahawa di masa yang sama, kita menyambut kemerdekaan negara kita yang ke-54.Sambutan Hari Kemerdekaan akan diadakan pada 16 September 2011.Dan untuk tahun ini,tema Hari Kemerdekaan 2011 yang ke-54 adalah:
” 1 Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”
Dah 54 tahun kita merdeka, bermakna sudah 54 tahun juga kita bebas mencorakkan negara tanpa gangguan dari penjajah.Namun adakah kita sebenarnya bebas dari cengkaman penjajah? Itu soalan yang kami ingin anda sendiri kongsikan kepada kami.Dengan tema hari kemerdekaan tahun ini merujuk kepada transformasi yang berjaya, adakah anda sebagai rakyat Malaysia, mempunyai pendapat yang sama?
Walau apa pun, sekurang-kurangnya, kita masih mampu lagi bergerak sendiri,masih mampu lagi hidup dalam keadaan aman dan damai, dan masih lagi mampu untuk membuat keputusan,samada untuk diri sendiri,keluarga dan negara.Apa yang penting,pengorbanan orang-orang terdahulu yang berjuang melawan penjajah, tidak sama sekali kita lupakan.
Tanpa perjuangan mereka, belum tentu Malaysia ini sebuah negara yang merdeka!

SUMBER DARI BERITA SEMASA

Tiada ulasan: