Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Sabtu, 27 Ogos 2011

Dana Mudah Cara tingkatkan ekuiti Bumiputera: Ahmad Husni

2011/08/27IPOH: Dana Mudah Cara berjumlah RM2 bilion untuk kegunaan syarikat Bumiputera diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah sistem atau model baru bagi meningkatkan ekuiti Bumiputera di negara ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata dana itu mampu memperkasa syarikat Bumiputera yang berkebolehan dan berkeupayaan supaya mampu memperluaskan lagi penyertaan dan peranan mereka dalam ekonomi.
"Kita (kerajaan) mahu syarikat terbabit iaitu syarikat yang ada kemampuan untuk memperluaskan perniagaan dari segi pasaran, aset dan nilai ekuiti iaitu bermakna perkembangan syarikat bukan saja semata-mata bergantung kepada kerajaan tetapi mesti berupaya untuk berdikari.
"Jadi ini konsep yang kita mahu laksanakan, kita mahu keluar daripada sistem lalu dan melahirkan sistem atau model baru dan kita percaya (cara itu) barulah Bumiputera mendapat ekuiti yang sepatutnya dalam bidang ekonomi," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan wang pendahuluan PTPTN kepada 216 pelajar yang akan memasuki universiti awam di Kompleks Serbaguna Kampung Manjoi di sini, hari ini.



SUMBER DARI BERITA HARIAN 27.08.2011

Tiada ulasan: