Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Sabtu, 27 Ogos 2011

Tiada cadangan larang kenderaan lama guna jalan raya

2011/08/27LUMUT: Kerajaan belum bercadang untuk melarang kenderaan yang berumur melebihi 25 tahun daripada berada di atas jalan raya sebagai usaha mengurangkan kadar kemalangan, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata, peraturan dan undang-undang sedia ada akan terus digunakan dan tiada peruntukan bagi melarang kenderaan yang berusia untuk beroperasi di atas jalan raya.
"Bagaimanapun semua kenderaan terutamanya kenderaan perdagangan perlu menjalani pemeriksaan Puspakom dan disahkan pihak berkenaan terlebih dahulu sebelum boleh digunakan di atas jalan raya.
"Adalah tidak adil bagi pemilik kenderaan lama dilarang berada di atas jalan raya sedangkan ianya berada dalam keadaan baik dan boleh berfungsi,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian wang pendahuluan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di sini hari ini.

Kong yang juga Ahli Parlimen Lumut menyerahkan cek wang berkenaan kepada 152 pelajar yang akan melanjutkan pelajaran di peringkat universiti dan kolej.

Mengenai operasi bersepadu musim perayaan Aidilfitri, Kong berkata, semua pengguna jalan raya diminta mematuhi semua peraturan lalu lintas yang ditetapkan.

"Pihak berkuasa khasnya anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengambil tindakan kepada mereka yang cuba menjadi ‘samseng’ ketika berada di atas jalan raya.
"Mereka (samseng jalan raya) bakal dikenakan tindakan tegas. Jangan cuba merasuah anggota JPJ atau berdepan dengan tindakan diheret ke mahkamah," katanya. - BERNAMA

SUMBAR DARI BERITA HARIAN 27.08.2011

Tiada ulasan: