Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Jumaat, 2 September 2011

Tabung bantu Somalia dilancar

Oleh Haika Khazi
mfaizul@bharian.com.my
2011/08/18

 DR  MAHATHIR  bersama Ahmad     (dua dari kiri) dan Dr Mohamed 
Ikram   (kanan) pada perasmian Tabung Bencana NSTP Media Prima untuk 
Mangsa Kebuluran  Somalia, semalam.
DR MAHATHIR bersama Ahmad (dua dari kiri) dan Dr Mohamed Ikram (kanan) pada perasmian Tabung Bencana NSTP Media Prima untuk Mangsa Kebuluran Somalia, semalam.
NSTP-Media Prima, PGPF, MERCY Malaysia bergabung kumpul dana

PUTRAJAYA: Prihatin dengan nasib rakyat Somalia, konglomerat media terbesar, Media Prima Berhad (Media Prima) dan anak syarikatnya, The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) melancarkan Tabung Bencana NSTP-Media Prima untuk membantu mangsa kebuluran di negara berkenaan, semalam.
Pengarah Eksekutif Operasi Berita dan Editorial Media Prima, Datuk Ahmad A Talib, berkata pihaknya juga akan bergabung tenaga dengan Yayasan Keamanan Perdana Global (PGPF) dan MERCY Malaysia untuk mengumpul sebanyak mungkin dana bagi membantu mangsa kebuluran di Somalia.
Ahmad berkata, semua sumbangan orang ramai akan digunakan untuk membeli bekalan makanan dan ubat-ubatan untuk membantu meringankan beban dan penderitaan dihadapi rakyat wilayah terbabit.

"Kita memang sudah lama merancang untuk mewujudkan tabung seperti ini. Malah, di NSTP kita mempunyai banyak tabung bagi membolehkan orang ramai menghulurkan derma untuk membantu mangsa bencana.

"Umpamanya, sebelum ini kita juga melancarkan Tabung Bencana NSTP-Media Prima kepada mangsa tanah runtuh Rumah Anak Yatim al-Hidayah dan Madrasah al-Taqwa Hulu Langat; tsunami di Jepun serta mangsa banjir di Kedah, Kelantan dan Johor," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran tabung itu yang disempurnakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga Presiden PGPF di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, semalam

Tiada ulasan: