Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Jumaat, 2 September 2011

Semua mesra alam 2020?


M. MADANI SAHARI
Ketua Pegawai Eksekutif MAI


CYBERJAYA 1 Sept. – Menjelang 2020, kebanyakan kenderaan di Malaysia adalah berkonsepkan mesra alam atau teknologi hijau dengan menawarkan penggunaan sumber tenaga lebih cekap dan pengurangan pelepasan karbon.
Malah, kenderaan pada waktu itu berkemungkinan akan memanfaatkan sumber tenaga elektrik dan bahan bakar alternatif seperti biodiesel, gas asli, dan hidrogen.
Begitulah yang digambarkan oleh Institut Automotif Malaysia (MAI) kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif MAI, M. Madani Sahari berkata, tidak mustahil perkara itu mempunyai kebenarannya kerana Kerajaan sedang giat untuk merealisasikannya.
Malah, katanya, pada waktu tersebut, dianggarkan sebanyak sejuta kenderaan akan dijual setiap tahun dalam negara berbanding sekitar 600,000 buah sahaja, sekarang.
“Sejajar dengan wawasan negara maju menjelang tahun 2020, Malaysia harus melihat pendekatan penggunaan teknologi tersebut sebagai satu usaha bagi meningkatkan daya saing negara.
‘‘Selaras dengan komitmen Malaysia di Copenhagen, Denmark supaya pengurangan kadar pembebasan karbon dioksida sebanyak 40 peratus pada tahun 2020 tercapai, industri automotif di negara ini khususnya telah mula menggiatkan usaha ke arah itu.
‘’Malah, ia selaras dengan usaha menghijaukan industri automotif dari sektor pembuatan sehingga pasca jualan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
MAI ditubuhkan pada Jun tahun lalu dan berada di bawah naungan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
M. Madani berkata demikian sebagai menggambarkan senario pada 2020 dalam industri automotif dengan mengambil kira pengenalan Dasar Automotif Negara (DAN) yang akan dibentangkan Disember nanti.
Jelas beliau, MAI yang telah diberi mandat oleh MITI bagi merangka DAN 2011 turut menekankan pendekatan teknologi mesra alam dan terkini supaya negara tidak ketinggalan dengan negara-negara maju yang lain.
Tambah M. Madani, DAN 2011 turut memberi penekanan kepada pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI) dalam negara.
‘’Pelabur-pelabur dari Eropah, Jepun, Amerika Syarikat dan Korea Selatan terutamanya sudah jauh ke hadapan dalam bidang kenderaan berteknologi hijau. Saya amat yakin pelaburan syarikat-syarikat dari sana membuahkan hasil yang amat baik untuk negara,’’ ujarnya.
Menurut M. Madani, MAI sudah memulakan pembangunan sumber manusia dalam industri automotif dan pembangunan teknologi sejak setahun lalu sebagai satu inisiatif bagi meningkatkan daya saing dan memastikan kelangsungan industri automotif tempatan.
Katanya, bermula tahun depan, MAI akan turut memberi tumpuan terhadap perkhidmatan pasca jualan yang perlu seiring dengan pembangunan teknologi kenderaan

SUMBER DARI UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: