Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Rabu, 28 September 2011

CUEPACS yakin kerajaan timbang tuntutan ( MENGENAI GAJI )

2011/09/28

GEORGETOWN: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yakin 80 peratus daripada tuntutan yang dibuat pihaknya akan mendapat pertimbangan kerajaan dalam pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, 7 Oktober ini.

Antara tuntutan berkenaan ialah semakan semula Sistem Saraan Malaysia (SSM); umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun; pemberian bonus dua bulan dan pelaksanaan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata beliau yakin permintaan mereka dapat ditunaikan berikutan keprihatinan Perdana Menteri yang bakal membuat 'kejutan' menggembirakan kepada penjawat awam pada pembentangan bajet itu.
Katanya, kesatuan sedar semua permintaan tertakluk kepada kemampuan kerajaan tetapi ada tuntutan tidak membabitkan soal kewangan.

"Kami mengharapkan SSM digubal semula menjadi lebih baik dalam aspek penambahan gred, struktur gaji dan peningkatan peluang kerjaya sebelum pembentangan bajet jika mahu mencapai negara berpendapatan tinggi, katanya


SUMBER DARIPADA BERITA HARIAN 28.09.2011

Tiada ulasan: