Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Jumaat, 27 Januari 2012

Kepler sah 26 planet baru

2012/01/27

WASHINGTON: Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) hari ini mengesahkan bahawa misi Teleskop Kepler berjaya mengesan 26 planet baru di luar sistem solar bumi.

Agensi berkenaan berkata, semua planet itu mengelilingi orbit sangat rapat dengan pusat bintang untuk meneruskan hayat

 Kebanyakannya bertaburan di semua 11 sistem planet di angkasa lepas tetapi suhu planet itu mungkin terlalu panas untuk diduduki kerana mengelilingi pusat bintang yang dekat dengan Zuhrah - planet kedua terletak dari Matahari yang mempunyai suhu permukaan 464 darjah Celsius.
Saintis NASA masih gembira meneruskan misi berkenaan sambil mengesahkan jumlah dua kali ganda bilangan planet sejak mula menjalankan misi itu pada 2009. - AFP


SUMBER DARI BERITA HARIN 27.1.2012

Tiada ulasan: