Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Sabtu, 7 Januari 2012

Ibu tunggal ditawar RM1,000 ( Peluang Kerjaya Bagi Ibu Tunggal )

Oleh Siti Nur Almizan Aripin
snur@bharian.com.my
2012/01/07

pix_gal0
Syarikat penapis air bantu raih pendapatan melalui Pakej Penyayang

KUALA LUMPUR: Syarikat korporat yang mengeluarkan penapis air Diamond bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menawarkan 1,000 peluang pekerjaan untuk ibu tunggal melalui Pakej Penyayang dengan pendapatan tetap RM1,000 sebulan.
Timbalan Menterinya, Datuk Heng Seai Kie, berkata usaha sama dengan syarikat korporat itu kali pertama dilakukan sejajar Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) kementerian untuk menggalakkan lebih ramai wanita memiliki kerjaya sendiri.
“Kementerian menyasarkan 55 peratus tenaga kerja di kalangan wanita dalam sektor kerajaan dan swasta dapat dicapai menjelang 2015 sedangkan peratusan terkini hanya 46.4 peratus saja.

“Pembabitan wanita terutama di kalangan ibu tunggal dalam pasaran kerja diharap dapat membantu mereka menstabilkan ekonomi keluarga, selain menjana pendapatan sampingan untuk sara hidup harian,” katanya pada sidang media Projek Penyayang, di sini semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Nature Environment Product Sdn Bhd, Tong Siew Bee dan Pengarah Eksekutifnya, K C See.

Heng berkata, melalui Pakej Penyayang itu, ibu tunggal yang layak akan diberi latihan menyelenggara penapis air Diamond sebelum menjalankan khidmat selenggara mengikut senarai pelanggan sedia ada.
“Tidak perlu mencari pelanggan baru kerana tugas mereka hanya menyelenggara alat penapis saja, malah bagi memudahkan pergerakan, syarikat akan memastikan lokasi pelanggan perlu ditemui hanya di sekitar tempat tinggal peserta saja.

“Harapan kita ingin membantu ibu tunggal mendapatkan pekerjaan yang sesuai.

“Bagaimanapun, peserta perlu mencapai sasaran ditetapkan Diamond iaitu 50 mata sebulan bersamaan bonus RM300 dan seterusnya dibayar RM26 bagi setiap mata tambahan yang berjaya diperoleh mereka,” katanya.

Katanya, ibu tunggal berminat boleh menghadiri temu duga terbuka yang dijalankan pada Rabu depan di 10 lokasi terpilih atau hubungi 03-8947 3333 dan layari laman web www.diamondhomespring.com/singlemothers untuk sebarang pertanyaan lanjut


SUMBER DARIPADA BERITA HARIAN 07.01.2012

Tiada ulasan: