Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Isnin, 5 Disember 2011

Telefon pintar punca sakit tengkuk, jari

2011/12/05

LONDON: Pengguna telefon pintar dan komputer tablet kini dilaporkan mula mengalami masalah dikenali high-tech blues berikutan meningkatnya kecanggihan teknologi yang menyebabkan kesakitan termasuk sakit leher hingga kepada kecederaan ibu jari.

Pakar kesihatan di Britain memberi amaran kecederaan itu berpunca daripada penggunaan skrin kecil dalam tempoh terlalu lama dan menaip dengan papan kunci yang kecil

Kecederaan itu menjadi menjadi semakin kerap berlaku kerana alatan berteknologi tinggi menjadi semakin popular.
Semakin ramai penduduk Britain menggunakan telefon pintar kerana ia didapati lebih mudah untuk dibawa untuk melayari internet berbanding membuat panggilan telefon.

Berdasarkan satu kajian pendapat yang dibuat oleh YouGov baru-baru ini, sebanyak 44 peratus penduduk di Britain menggunakan telefon bimbit mereka untuk aktiviti lain berbanding membuat panggilan iaitu antara 30 minit dan dua jam sehari. Kajian berkenaan dilakukan terhadap 2,034 pengguna dewasa pada bulan September. – AFP

SUMBER DARIPADA BERITA HARIAN 05.12.2011

Tiada ulasan: