Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Jumaat, 2 Disember 2011

myONLINE Pasport diperkenal

Oleh Haika Khazi
mfaizul@bharian.com.my
2011/12/02

 Alias   (kiri) memberi penerangan mengenai peralatan yang digunakan oleh Jabatan Imigresen untuk membanteras pendatang tanpa izin kepada  Lee  di Putrajaya, semalam.
Alias (kiri) memberi penerangan mengenai peralatan yang digunakan oleh Jabatan Imigresen untuk membanteras pendatang tanpa izin kepada Lee di Putrajaya, semalam.
Jabatan Imigresen permudah urusan orang ramai secara atas talian perjalanan ke luar negara

PUTRAJAYA: Orang ramai tidak lagi perlu beratur panjang di kaunter Jabatan Imigresen untuk memperbaharui pasport mereka berikutan pelancaran perkhidmatan terbarunya, 'myONLINE Pasport', sekali gus memudahkan dan mempercepatkan proses memperbaharui pasport
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong, berkata melalui perkhidmatan itu, permohonan bagi memperbaharui pasport kini boleh dilakukan secara atas talian dan pemohon akan dimaklumkan apabila siap diproses untuk mengambilnya.
Ini adalah inovasi untuk menambah baik perkhidmatan kepada orang ramai, selain memantapkan perkhidmatan. - Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri
“Ini adalah satu inovasi oleh Jabatan Imigresen untuk menambah baik perkhidmatan mereka kepada orang ramai, selain memantapkan dan mengemas kini perkhidmatan di kaunter,” katanya dalam ucapan perasmian sambutan Hari Imigresen ke-13 dan pelancaran lencana integriti jabatan itu di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Alias Ahmad.

Menerusi kemudahan myONLINE Pasport, orang ramai boleh mendapatkan pasport baru dalam tempoh dua jam, bergantung kepada pejabat kutipan, masa dan tarikh kutipan yang dipilih ketika mengemukakan permohonan.

Pemohon hanya perlu mengisi borang secara 'online' dengan betul dan tepat serta menyertakan gambar digital berlatar belakang warna biru cair berukuran lima sentimeter (sm) x 3.5 sm yang diambil dalam tempoh tidak lebih tiga bulan sebelum permohonan dibuat.
Bayaran memperbaharui pasport juga boleh dibuat menggunakan kad kredit atau kad debit, tetapi buat masa sekarang bayaran hanya diterima menggunakan kad kredit.

Pasport yang tempoh sah laku lima tahun dikenakan bayaran RM300 dan RM100 untuk pasport dengan tempoh sah laku setahun, manakala pasport bagi kanak-kanak bawah 12 tahun dengan tempoh sah laku lima tahun dikenakan bayaran RM150.

Ketika mengambil pasport baru, pemohon hanya perlu membawa pasport lama, bukti pembayaran dan MyKad ke Pejabat Imigresen. Pemohon di bawah umur 18 tahun perlu membawa bersama MyKad penjaga dan sijil kelahiran


SUMBER PENUH DARIPADA BERITA HARIAN 02.12.2011

Tiada ulasan: