Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Khamis, 22 Disember 2011

Beri visa jika sah tempat di IPT

Oleh Haika Khazi
haikakhazi@bharian.com.my
2011/12/22

MAHMOOD (dua dari kanan) beramah mesra dengan penerima anugerah khas KDN, termasuk penggiat filem, David Teo (empat dari kiri) dan  Datuk Yusof Haslam (dua dari kiri).
MAHMOOD (dua dari kanan) beramah mesra dengan penerima anugerah khas KDN, termasuk penggiat filem, David Teo (empat dari kiri) dan Datuk Yusof Haslam (dua dari kiri).
Syarat diperketat bendung penyalahgunaan pas lawatan sosial pelajar

PUTRAJAYA: Mulai tahun depan, visa kepada pelajar asing hanya dikeluarkan selepas mereka disahkan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam, berkata peraturan baru itu bertujuan membendung masalah penyalahgunaan pas lawatan sosial sementara oleh pelajar asing di sini.
“Di Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Australia pun mengamalkan pendekatan sama iaitu hanya mereka yang sudah mendapat pengesahan tempat di IPT akan diberikan visa pelajar untuk menyambung pengajian.

“Ini membantu negara terbabit menangani kebanjiran pendatang asing yang cuba menetap atau bekerja secara haram dengan berselindung di sebalik status pelajar,” katanya selepas merasmikan Seminar Hala Tuju Kawalan dan Penapisan Filem di Malaysia, di sini, semalam.

Beliau mengulas desakan pelbagai pihak supaya kerajaan memperketatkan syarat kemasukan pelajar asing ke Malaysia berikutan masalah sosial ditimbulkan golongan terbabit, terutama pelajar dari benua Afrika.

Mahmood berkata, usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dan hub pengajian tinggi di rantau ini tidak harus disalahgunakan oleh mana-mana pihak dengan membawa masuk pelajar asing yang tidak berkualiti.
“Kita kecewa dengan sikap segelintir institut pengajian swasta yang terlampau mementingkan keuntungan sehingga sanggup menerima warga asing yang tidak berkualiti untuk melanjutkan pelajaran,” kataya

Tiada ulasan: