Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Rabu, 5 Oktober 2011

Tawaran Skim Sangkutan dan Latihan (SSL) bagi Graduan Siswazah/Diploma di Sabah

Posted: 04 Oct 2011 02:04 AM PDT




TAWARAN MENYERTAI SKIM SANGKUTAN DAN LATIHAN (SSL)
BAGI GRADUAN SISWAZAH DAN DIPLOMA YANG BELUM MENDAPAT PEKERJAAN


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berasal dari Sabah
yang berkelayakan untuk menyertai Skim Sangkutan dan Latihan (SSL) bagi
Graduan Siswazah/Diploma yang belum mendapat pekerjaan seperti berikut:-

(i) Graduan Siswazah
No. Notis : JPAN Bil. 5/2012
Penempatan : Pelbagai Kementerian/Jabatan
Kerajaan Negeri Sabah
Bilangan pengambilan : 35 orang
Elaun : RM1000.00 Sebulan
Tempoh Latihan : Lapan (8) bulan
* Tertakluk kepada prestasi semasa*


(ii) Diploma
No. Notis : JPAN Bil. (D)3/2012
Penempatan : Pelbagai Kementerian/Jabatan
Kerajaan Negeri Sabah
Bilangan pengambilan : 15 orang
Elaun : RM750.00 Sebulan
Tempoh Latihan : Lapan (8) bulan
* Tertakluk kepada prestasi semasa*

DOWNLOAD IKLAN DAN BORANG PERMOHONAN

CARA MEMOHON
3.1 Borang Permohonan (JPAN-SSL/5 dan JPAN-SSL(D)3) boleh diperolehi
daripada Urus Setia SSL Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Tingkat 5,
Wisma Perindustrian, KOTA KINABALU atau melalui laman web
http://www.sabah.gov.my/jpan.


3.2 Borang Permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani
hendaklah dihantar bersama salinan sijil yang telah disahkan benar
seperti berikut:-
(i) Salinan Sijil Kelahiran;
(ii) Salinan Kad Pengenalan;
(iii) Salinan Sijil Lahir dan Kad Pengenalan kedua ibubapa;
(iv) Salinan Ijazah Sarjana Muda/Diploma;
(v) Salinan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang setaraf
dengannya; dan
(vi) Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan
ini.


Kepada : Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Perkhidmatan
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
Tingkat 5, Wisma Perindustrian
88400 KOTA KINABALU
(U/P: Unit Pelantikan)
Sebelum atau pada : 10 Oktober 2011

Tiada ulasan: