Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Rabu, 7 September 2011

Yahoo! tukar CEO

2011/09/07

NEW YORK: Ketua Eksekutif (CEO) Yahoo!, Carol Bartz sudah meninggalkan syarikat gergasi internat dunia itu dan tempatnya digantikan oleh Ketua Pegawai Kewangan, Tim Morse, lapor akhbar Wall Street Journal hari ini dengan memetik sumber dalaman syarikat itu.

Bartz mengambil alih Yahoo! daripada pengasasnya, Jerry Yang awal 2009, dan sejak itu melakukan rombakan pengurusan syarikat termasuk memotong kos pengurusan sehingga menjadikan syarikat itu muncul sebagai penyedia kandungan terkemuka.
Namun, veteran Lembah Silicon itu dikecam hebat kebelakangan ini sehingga kedudukannya dalam syarikat goncang.
Akhbar itu melaporkan menerusi laman blognya, All Things Digital yang memetik beberapa sumber Yahoo! bahawa Bartz sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan "dia perlu melakukan perubahan' seperti dikehendaki Yang dan pengerusi lembaga pengarah syarikat, Roy Bostock.

"Dengan itu, Morse dilantik sebagai CEO sementara syarikat," kata laporan itu. - AFP

SUMBER DARIPADA BERITA HARIAN 07.09.2011

Tiada ulasan: