Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Rabu, 7 September 2011

Bangunan kotak susu cabar minda murid

Oleh Halina Mohd Noor
halina@bharian.com.my
2011/09/07

MURID bergambar bersama kincir angin yang dibina daripada kotak 
susu pada majlis pelancaran di SK Lembah Jaya,  semalam.
MURID bergambar bersama kincir angin yang dibina daripada kotak susu pada majlis pelancaran di SK Lembah Jaya, semalam.
Pertandingan dianjur Dutch Lady pupuk kreativiti, inovasi

AMPANG: Jenama minuman susu terkenal, Dutch Lady Milk Industries melancarkan pertandingan ‘Cabaran Sekolahku Generasi Membina’ dengan kerjasama Berita Harian menerusi akhbar sisipan, Didik bagi memupuk daya kreatif dan inovasi pelajar sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Jaya, di sini, semalam.
Pertandingan bermula 12 September hingga 31 Oktober itu terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah di seluruh negara menunjukkan kemahiran kreatif membina struktur bangunan di seluruh dunia, menggunakan kotak susu Dutch Lady School.
Sejumlah RM60,000 ditawarkan dengan pemenang utama akan menerima wang tunai RM10,000 dan RM10,000 lagi bagi sekolah mereka, manakala pemenang kedua dan ketiga, masing-masing menerima RM5,000 dan RM3,000.

Pemenang utama juga berpeluang melawat ladang tenusu dianjurkan Dutch Lady Malaysia, menerusi Program Pembangunan Tenusu Dutch Lady bagi mendedahkan pelajar penghasilan susu.

Bagi menggalakkan penyertaan, 50 kumpulan pertama yang menghantar penyertaan akan menerima RM500 setiap kumpulan.

Pengarah Pemasaran Dutch Lady Milk Industries, Rahul Colaco berkata, kira-kira 1,000 sekolah rendah di seluruh negara dijangka menyertai pertandingan dengan setiap kumpulan disertai sekurang-kurangnya 20 murid.
“Pertandingan ini memberi peluang pelajar membina daya kreativiti, kejuruteraan dan memahami sains dengan mendalam. Setiap sekolah boleh menghantar seberapa banyak kumpulan dan penyertaan akan disenarai pendek kepada 20 saja, manakala lima kumpulan yang memasuki peringkat akhir akan dinilai semula untuk memilih tiga pemenang pertandingan,” katanya selepas menyempurnakan majlis pelancaran yang turut dihadiri Pengarang Eksekutif Rencana Berita Harian, Zainor Said dan Guru Besar SK Lembah Jaya, Abu Ahmad.

Borang penyertaan boleh didapati di laman web Dutch Lady Malaysia, www.dutchlady.com.my, guru sekolah atau sisipan Didik.

Pertandingan ini sebahagian usaha Dutch Lady Malaysia dan Berita Harian menerusi Didik menjalankan program melangkaui pembelajaran di bilik darjah, selain menjana aktiviti kokurikulum sedia ada di sekolah.

Bagi tujuan itu, Dutch Lady Malaysia memperuntukkan lebih RM1 juta bagi menjalankan pelbagai program termasuk menaja 181,250 akhbar Didik ke 125 sekolah di seluruh negara

SUMBER DARIPADA BERITA HARIAN 07.09.2011

Tiada ulasan: