Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Isnin, 5 September 2011

Pengganti cermin mata


Kanta sentuh menjadi alternatif kepada mereka yang tidak mahu memakai cermin mata.


MAHU kelihatan cantik dan bergerak selesa, sesetengah wanita yang rabun sanggup memakai kanta lekap berbanding cermin mata walaupun kadangkala penggunaan kanta lekap tidak memberi keselesaan kepada mata.
Kebanyakan mereka tidak mahu penampilan tampak skema dan tidak menawan.
Jadi bagi membantu wanita yang bimbang penggunaan cermin mata boleh menjejaskan penampilan seharian, pemakaian kanta sentuh lembut dapat menyelesaikan keadaan tersebut.
Kanta sentuh dua minggu sekali yang baru, acuvue advance plus dengan hydraclear memberikan keselesaan mata yang optimum bagi mereka yang memakai kanta sentuh buat pertama kalinya.
“ Dengan perkembangan teknologi dan permintaan pengguna, kanta sentuh, yang sering dikaitkan sebagai konsep yang mula-mula sekali diperkembangkan oleh Leonardo Da Vinci pada 1508, telah melalui evolusi dari kanta perspeks keras yang tidak selesa dan hanya boleh dipakai untuk beberapa jam sahaja, kepada kanta yang lembut, licin, boleh bernafas dan selesa serta boleh dipakai sepanjang hari atau lebih lama lagi.
Hari ini, kebanyakan pengguna Malaysia yang perlu mengguna cermin mata mulai sedar akan kebaikan memakai kanta sentuh. Mereka menimbang untuk memakai kanta sentuh dan menganggapnya sebagai kebebasan dan lebih berkuasa, membolehkan mereka bebas dan melakukan banyak perkara serta pelbagai aktiviti dengan lebih baik lagi tanpa sebarang halangan,” ujar Pengurus Besar Johnson & Johnson Vision Care, Asia Tenggara, Stanford Guo.
Sementara itu, kajian yang dijalankan baru-baru ini menunjukkan enam daripada sepuluh pemakai cermin mata kini mempertimbangkan untuk menggunakan kanta sentuh. Statistik juga menunjukkan bahawa terdapat 300,000 orang yang mempertimbangkan penggunaan kanta sentuh ada di Lembah Klang.
Berdasarkan kajian yang sama, mereka yang memakai cermin mata sepenuhnya masih merupakan majoriti iaitu 57 peratus; 38 peratus menggunakan kedua-dua, iaitu cermin mata dan kanta sentuh manakala 5 peratus daripada mereka sahaja yang menggunakan kanta sentuh sepenuhnya.
Perkara yang membimbangkan bagi mereka yang tidak langsung menggunakan kanta sentuh ini adalah perasaan takut untuk menggunakan kanta sentuh dan keselesaan.
Menurut Guo, kanta sentuh dua minggu acuvue advance plus ini direka khas untuk mengatasi kegusaran mereka yang ingin menggunakan kanta sentuh buat pertama kalinya. Kanta sentuh ini mempunyai ciri tiga dimensi dan selesa yang mengoptimumkan keselesaan bagi pengguna baru dari hari pertama hingga ke-14, sepanjang hari.
Kanta sentuh ini boleh didapati hanya dengan preskripsi di semua kedai optikal utama di Malaysia. Setiap pek tiga pasang atau enam kanta sentuh dijual pada harga RM 69


SUMBER DARI UTUSAN ONLINE 04.09.2011

Tiada ulasan: