Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Isnin, 5 September 2011

MANFAAT BERJALAN KAKI




6 Manfaat Berjalan Kaki

Kamu ingin senaman yang mudah dan dalam masa yang sama dapat membakar kalori dalam badan kamu   dengan cepat? Hanya dengan berjalan kaki, kamu akan mendapat banyak manfaatdaripadanya. Jom semak.

Menyihatkan jantung - Otot jantung memerlukan aliran darah yang deras supaya ia sentiasa berfungsi      dengan normal. Justeru, berjalan kaki laju mempercepatkan aliran darah ke dalam koroner  jantung. Selain itu,  kelenturan pembuluh darah menguncup dan mengembang ketika berjalan laju juga cenderung  menyebabkan tekanan darah menjadi lebih rendah selain dapat mengurangkan  risiko berlakunya darah beku  di pembuluh darah ke jantung.
Berat badan stabil - Amalan berjalan kaki laju juga meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori  terbuang, lebih banyak lagi kalori akan terbakar apabila metabolisme tubuh meningkatsehingga  peningkatan berat badan sukar berlaku.  Menurunkan berat badan - Selain mampu menstabilkan berat badan,  mereka yang mengalami pertambahan berat badan disarankan supaya melakukan senaman berjalan   kaki laju secara rutin.
Mencegah osteoporosis - Pergerakan badan yang aktif dan berjalan kaki laju boleh memperkuatkan otot  badan serta tulang. Individu yang sering melakukan senaman dan cukup sumber kalsium  di dalam badan       boleh terhindar daripada ancaman kereputan tulang sehingga usia 70 tahun.
Meredakan sakit lutut - Lebih sepertiga orang yang lanjut usia di Amerika Syarikat mengalami masalah  sakit lutut atau osteoarthiris.Dengan membiasakan diri berjalan laju mampu meredakan masalah itu. Untuk  penghidap osteoarthiris, disarankan melakukan senaman berjalan kaki berselang-seli agar sendi tidak terjejas.

Tekanan - Pergerakan badan ketika berjalan kaki laju juga dapat membantu pesakit yang mengalami tekanan  erasaan. Berjalan kaki laju dapat menggantikan ubat anti tekanan yang harus diambil secara rutin.  Kajian terhadap kaitan antara masalah tekanan perasaan dan  berjalan kaki sudah dilakukan sejak 10 tahun lalu

SUMBER DARI PADA MAJALAH REMAJA 05.09.2011

Tiada ulasan: