Selamat Datang ke Institut Skill-Tech
Konvokesyen Institut Skill-Tech,
Sabah
Pada 10 September 2011 bertempat di
Auditorium Tun Ahmad Raffae, Yayasan Sabah,
Kota Kinabalu, Sabah
Pendaftaran Terbuka Institut Skill-Tech
Roadshow Jelajah Sabah Siri Ke-3
Satu siri pengambilan pelatih pelatih baru untuk sesi Oct 2011 akan di jalankan tidak lama lagi bertempat dilokasi dibawah. Semua belia tempatan dan lepasan SPM adalah dijemput hadir untuk mendengar taklimat tentang penyediaan biasiswa bagi yang berminat mempelajari ilmu kemahiran didalam bidang pertanian. Matlamat latihan ialah untuk melahirkan usahawan tani muda dan perkerja yang mahir yang amat diperlukan bagi menjamin negara mencapai status negara maju pada tahun 2020 disamping memastikan pengeluarkan bekalan makanan tempatan yang mencukupi.
Masa 8 pagi sehingga 1 petang.
TARIKH | TEMPAT |
12/9/2011 | Perpustakaan Wilayah Tawau |
13/9/2011 | Perpustakaan Cawangan Lahad Datu |
14/9/2011 | Perpustakaan Wilayah Sandakan |
19/9/2011 | Dewan Serbaguna Pekan Lok Kawi, Kinarut , Papar |
20/9/2011 | Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Kota Belud |
21/9/2011 | Bilik Mesyuarat Perpustakaan Cawangan Kudat |
22/9/2011 | Dewan Terbuka Daerah Kecil Matunggong, Kudat |
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Bidang Latihan Pertanian
16 Ogos 2011 - Putrajaya - Satu Memorandum Persefahaman antara Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) dengan Institut Skill-Tech (IST) telah ditandatangan pada 16 Ogos 2011 di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Bilik Sidang Media, Aras 7, Wisma Tani, Putrajaya.
Pada majlis yang sama satu MoU juga telah ditandatangani antara NATC, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).
Kerjasama ini merupakan kerjasama MoA Inc. yang telah diamalkan oleh Kementerian Pertanian sebelum ini dan sekarang telah dibranding semula sebagai Blue Ocean Strategy bagi mewujudkan suasana menang-menang dengan menggunakan sumber secara bersama.
MoU antara NATC dengan Institut Skill-Tech adalah bertujuan untuk:
- Mengadakan program latihan bagi meningkatkan tenaga kerja mahir dan usahawan terlatih,
- Menerima kemasukan graduan lepasan Institut Skill-Tech ke Kolej Pertanian Malaysia (KPM) bagi tujuan melanjutkan pelajaran.
- Membangunkan modul latihan berasaskan keterampilan.
Kakitangan, tenaga pengajar dan pelatih Skill-Tech turut hadir bersama menyaksikan Majlis MoU ini.
MoU telah ditandatangani oleh Dato´ Mohd Hashim Bin Abdullah (KSU) dan Puan Sharimah Hussain serta disaksikan oleh Datuk Seri Noh bin Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan En Nordin Abdul Malek.
1 ulasan:
slmt pagi semua kawan2..sakit juga hati saya bila terlewat pos entry ini kepada semua kawan2..Bukannya apa cuma, telewat ba..minta maaf ya..
Catat Ulasan