Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Selasa, 27 September 2011

Akaun Twitter USA Today pula digodam ( Waspada Selalu )




2011/09/27

WASHINGTON: Akaun Twitter USA Today digodam penjenayah siber dalam serangan terbaru terhadap media Amerika Syarikat (AS) oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Script Kiddies’.

USA Today adalah media Gannett yang juga rangkaian akhbar terbesar AS, memohon maaf Ahad lalu susulan tindakan penggodam merampas kawalan akaun @usatoday dan mengeluarkan siri tweets.
"Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan atau kekeliruan yang dialami pembaca kami," kata akhbar itu yang mempunyai lebih 170,000 pembaca.
"@usatoday digodam dan akibatnya tweets palsu dihantar. Kami sedang berusaha membetulkan kandungan Twitter itu dan akaun berkenaan kini berada dalam kawalan kami,” katanya

Tiada ulasan: