Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Isnin, 8 Ogos 2011

Sistem Pangkalan Data Isu-isu Sosial (SPDIIS) dilancarkan

08/08/2011 4:18pm

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Maklumat berkaitan isu sosial yang dikendalikan semua agensi dan jabatan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan dikumpul dalam satu pangkalan sistem bagi memudahkan capaian dan rujukan antara jabatan dan agensi.
Sistem Pangkalan Data Isu-isu Sosial (SPDIIS) yang kini masih di peringkat pembangunan itu dilancarkan oleh Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini.
"Sekarang kita nak menentukan ada satu pangkalan data supaya senang untuk diakses dan yang mustahak ia akan menjadi satu rujukan kepada polisi dan tindakan yang dijalankan kementerian dan jadi rujukan agensi di bawahnya,” katanya kepada media selepas melancarkan sistem itu di sini hari ini.
Shahrizat juga berkata, pembangunan sistem SPDIIS itu adalah salah satu langkah untuk mempertingkatkan lagi pembangunan sosial negara setaraf dengan pembangunan ekonomi negara dalam matlamat mencapai taraf negara maju.
Sementara itu, Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Dr Mohammed Fadzil Che Din memberitahu, proses pengumpulan data sistem itu kini mencapai 60 peratus dan keseluruhan maklumat dijangka akan dapat dikumpul sepenuhnya sebelum penghujung tahun ini. – Bernama

Tiada ulasan: