Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Jumaat, 5 Ogos 2011

RM21 juta diagih

DR CHUA...tambah pendapatan peserta
DR CHUA...tambah pendapatan peserta
SEBANYAK RM21 juta dikeluarkan dalam bentuk pembiayaan untuk diagihkan kepada hampir 3,500 isi rumah berpendapatan rendah di seluruh negara bagi membantu menjana pendapatan golongan itu sejak Januari hingga Jun lalu.
Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Dr Chua Hong Teck berkata, jumlah pembiayaan itu dikeluarkan menerusi Amanah Ikhtiar Malaysia untuk membantu golongan terbabit berkecimpung di bidang perniagaan dan menambah pendapatan bulanan.

“Jumlah dikeluarkan ini sebahagian daripada peruntukan RM236 juta bagi inisiatif Azam Niaga dan Azam Khidmat di bawah program 1Azam yang diperkenalkan untuk meningkatkan taraf hidup golongan isi rumah berpendapatan rendah.
“Peserta yang menyertai inisiatif terbabit layak memperoleh pembiayaan antara RM3,000 dan RM75,000 dengan proses permohonan memakan masa kira-kira sebulan,” katanya selepas membentangkan NKRA terkini pencapaian dan butiran sasaran bidang yang dikendalikannya di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, setakat ini, program 1Azam di bawah NKRA Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah disertai 20,650 ketua dan ahli isi rumah.

“Kami sangat teruja dengan sambutan program 1Azam di mana 20,650 ketua dan ahli isi rumah sudah menyertainya setakat ini.
“Ramai yang sudah mendapat dan mula bekerja hasil inisiatif Azam Kerja. Ramai juga menerima peralatan dan pinjaman daripada penaung masing-masing menerusi inisiatif Azam Tani, Azam Niaga dan Azam Khidmat,” katanya.

Selain itu, katanya, antara pencapaian utama lain yang dikenal pasti ialah melahirkan 430 usahawan wanita sejak Januari hingga Jun lalu.

Tiada ulasan: