Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Jumaat, 26 Ogos 2011

PTPTN guna kaedah membayar dengan senyuman

2011/08/26

KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperkenalkan kaedah ‘membayar dengan senyuman’ bagi membantu peminjam yang dikenakan tindakan senarai hitam atau saman membayar balik pinjaman pelajaran mereka.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said, berkata melalui pendekatan itu PTPTN membuka ruang dan peluang kepada peminjam untuk tampil dan mengadakan rundingan bersama bagi mempertimbangkan permohonan rayuan membayar balik secara ansuran.
"Peminjam dan pegawai PTPTN akan bersama-sama berbincang berkaitan amaun pembayaran pendahuluan yang mampu dijelaskan peminjam seterusnya membuat komitmen bayaran secara ansuran yang fleksibel melalui kaedah potongan gaji atau arahan tetap bank," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas mengagihkan 2,500 beg cenderahati sempena Program Merdeka Raya PTPTN di Plaza Tol Gombak di sini, hari ini.

Ismail berkata, peminjam boleh berkunjung ke PTPTN untuk merundingkan jadual pembayaran balik pinjaman yang bersesuaian.

"PTPTN sentiasa mengalakkan peminjam membuat bayaran balik berasaskan kaedah mesra pelanggan membayar dengan senyuman dan sentiasa ingin merapatkan hubungan baik dengan peminjam selaras dengan usaha PTPTN untuk memanifestasikan moto Pelanggan Gembira, Kami Ceria," katanya.

Beliau berkata, jumlah peminjam yang perlu membayar balik pinjaman sehingga 31 Julai tahun ini ialah 961,346 orang dengan jumlah pinjaman kira-kira RM5.43 bilion.
Daripada jumlah itu, seramai 715,086 peminjam sudah melaksanakan pembayaran balik pinjaman PTPTN yang membabitkan amaun bayaran balik sebanyak RM2.63 bilion.

“Seramai 246,260 orang atau 25.62 peratus daripada keseluruhan peminjam pula masih belum melaksanakan pembayaran balik pinjaman membabitkan jumlah hutang sebanyak RM1.39 bilion, manakala jumlah tunggakan daripada peminjam yang membuat bayaran balik tetapi tidak mengikut jadual pula sebanyak RM1.42 bilion,” katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan: