Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Rabu, 3 Ogos 2011

Bisnes Dunia: Saham Asia jatuh lagi

2011/08/03

SKRIN memaparkan indeks saham Nikkei yang menjunam, manakala yen terus kukuh berbanding dolar AS di sebuah syarikat saham di Tokyo, semalam.
SKRIN memaparkan indeks saham Nikkei yang menjunam, manakala yen terus kukuh berbanding dolar AS di sebuah syarikat saham di Tokyo, semalam.
Langkah AS tingkat had hutang gagal lonjak pasaran 

PASARAN saham Asia jatuh semalam apabila kesepakatan yang dicapai penggubal dasar Amerika Syarikat (AS) untuk meningkatkan lagi had hutang negara itu gagal mencetuskan kesan positif terhadap pasaran, ekoran wujudnya kebimbangan berhubung masalah ekonomi global serta kemungkinan penurunan penarafan kredit terhadap AS.
Di Tokyo, jangkaan bahawa penggubal dasar negara itu untuk campur tangan dalam pasaran mata wang dalam tempoh terdekat ini semakin jelas apabila Menteri Kewangan Jepun menyatakan ‘yen sudah terlebih nilai’ selepas mata wang itu menghampiri rekod tertingginya berbanding dolar AS dalam dagangan di New York semalam.


Berikutan perkembangan berkenaan, pasaran saham Tokyo menurun 1.21 peratus atau 120.42 mata kepada 9,844.59, manakala Seoul merosot 2.35 peratus atau 51.04 mata kepada 2,121.27. 

Sydney pula mengakhiri dagangan 1.43 peratus atau 64.2 mata kepada 4,433.6, Shanghai jatuh 1.88 peratus pada waktu dagangan sebelah petang manakala Hong Kong merosot 0.78 peratus. 

Pasaran saham Asia kembali mengalami kerugian selepas mencatatkan peningkatan kelmarin, berikutan berita kedua-dua parti di AS mencapai persetujuan dalam meningkatkan had hutang negara itu, sekali gus mengelak kerajaan daripada gagal membayar balik hutangnya. 

Pada Isnin lalu, Dewan Rakyat AS mengundi menyokong perjanjian untuk meningkatkan had hutangnya dan ia kini perlu pergi ke Senat yang diterajui Parti Demokrat. Dijangkakan ia tidak menghadapi masalah untuk memperoleh kelulusan. 
Bagaimanapun, masih wujud kebimbangan di kalangan peniaga bahawa penarafan kredit AAA terhadap AS, buat pertama kalinya, mungkin akan diturunkan. 

Berikutan langkah itu, ia akan meningkatkan lagi kadar faedah di AS, sementara pembayaran balik hutang pula akan menjadi lebih tinggi dan situasi ini sekali gus menjejaskan lagi ekonomi AS yang kini masih bergelut dengan peningkatan kadar pengangguran paling tinggi dalam sejarahnya, iaitu sebanyak 9.2 peratus. 

Menambahkan lagi tekanan peniaga adalah angka sub sektor ekonomi yang lemah dari AS serta ekonomi utama yang lain. 

Awal minggu ini, AS berkata angka sektor pembuatan negara itu pada Julai lalu semakin perlahan selepas ia mengumumkan ekonomi negara itu berkembang pada kadar 1.3 peratus pada suku kedua, selepas mencatatkan peningkatan 0.4 peratus pada suku pertama, iaitu pertumbuhan yang paling lemah sejak ia keluar dari fasa kemelesetan dua tahun lalu. 

Sementara itu, China iaitu ekonomi yang banyak negara lain bergantung bagi memacu pertumbuhan, juga perlahan secara tiba-tiba dengan satu kaji selidik mencadangkan penguncupan, manakala berita buruk yang sama mungkin dihadapi Australia, Taiwan dan India. 

Berikutan angka ekonomi yang lemah itu, Wall Street yang ditutup sebelum proses undian dilakukan menyaksikan The Dow turun 0.09 peratus, S&P 500 menyusut 0.41 peratus, manakala Nasdaq turun 0.43 peratus. 

Dalam pasaran kewangan, dolar AS mengalami penurunan berbanding yen kepada 76.29 dalam dagangan di New York Isnin lalu, ia turut menghampiri nilai terendahnya semasa era Perang Dunia Kedua, iaitu pada 76,25 yen, sebelum mengakhiri dagangan di New York semalam pada 77.16 yen. – AFP

Tiada ulasan: