Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Khamis, 14 Julai 2011

Tawar pulangan lebih tinggi

Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee
shantynur@hmetro.com.my

LANCAR...(dari kiri) Ahmad Sarji, Mustapa dan Hamad Kama Piah pada majlis pelancaran AMB Dana Nabeel di Kuala Lumpur, semalam.
AMANAH Mutual Berhad (AMB), anak syarikat milik penuh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) melancarkan dana pasaran wang Islam yang dilindungi modal dikenali AMB Dana Nabeel dengan saiz dana 400 juta unit menjadikan dana yang diuruskan AMB berjumlah 17 dengan jumlah aset bernilai RM3.56 bilion.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, AMB berada di tangga ke tujuh daripada sejumlah 38 syarikat pengurusan unit amanah di Malaysia daripada segi nilai aset bersih.

Beliau berkata, dengan mengambil kira dana yang digemblengkan ASNB, jumlah keseluruhan dana di bawah pengurusan PNB ialah 133.88 bilion unit yang mewakili 44 peratus jumlah pasaran negara membabitkan unit dalam edaran atau 54 peratus nilai aset bersih. “Dana ini ditawarkan pada harga 50 sen seunit dijangka menawarkan pulangan lebih tinggi berbanding institusi kewangan. Biasanya di PNB kami akan menumpukan kepada orang perseorangan, tetapi dana seperti ini peluangnya dibuka kepada syarikat atau korporat disamping individu untuk melabur,” katanya selepas majlis pelancaran dana itu di Kuala Lumpur, semalam.

Pelancarannya disempurnakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Hadir sama pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Hamad Kama Piah berkata, pelaburan minimum individu bagi dana itu ialah RM5,000 dengan pelaburan tambahan RM1,000 manakala bagi pelabur korporat dan institusi adalah RM50,000 dengan pelaburan tambahan RM10,000.

“Sekurang-kurangnya 90 peratus daripada jumlah aset dana ini akan dilaburkan di portfolio deposit berteraskan Syariah, instrumen pasaran wang dan debentur dengan tempoh matang tidak melebihi 365 hari. Baki 10 peratus pula akan dilaburkan pada pelaburan Syariah debentur dengan tempoh matang melebihi 365 hari tetapi tidak mencapai 732 hari untuk pulangan lebih baik.


“Kita mengharapkan orang ramai boleh membeli unit ini yang ditawarkan selama 21 hari bagi langganan kepada individu dan institusi tempatan dari dalam dan luar negara. Dana Nabeel boleh didapati di ibu pejabat AMB di Bangunan PNB Jalan Tun Razak dan semua cawangan ASNB serta Maybank seluruh negara,” katanya.

Tiada ulasan: