Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Khamis, 14 Julai 2011

Skim mikro kredit model unik

Oleh Nazura Ngah
nazura@bharian.com.my
2011/07/07




NAJIB beramah mesra dengan orang ramai pada majlis pelancaran Yayasan Usahawan Wanita Cina Malaysia di Dewan Persatuan Hokkien, di Klang, semalam. - Foto Abdullah Yusof
Pinjaman jimat wang kerajaan, beri kesan terhadap golongan sasar

KLANG: Datuk Seri Najib Razak menyifatkan perkongsian antara kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam menyediakan pinjaman skim mikro kredit sebagai satu model unik yang bukan saja menjimatkan wang kerajaan, malah memberi kesan terhadap kepentingan golongan sasar.
Perdana Menteri berkata, Yayasan Usahawan Wanita Cina Malaysia yang dilancarkan semalam adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia yang menggunakan model dan konsep berkenaan.
Beliau yang yakin dengan kejayaan model berkenaan membayangkan kemungkinan ia akan diperluaskan di seluruh negara membabitkan penyertaan semua lapisan masyarakat.

“Kita akan tengok dulu (sama ada kerjasama kerajaan dengan swasta dan NGO bakal diperluaskan)... kita sudah ada beberapa agensi seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), TEKUN... kita cadangkan satu bentuk baru yang boleh menjimatkan perbelanjaan kerajaan.

“(Menerusi model ini) kita tidak perlu menyediakan peruntukan pentadbiran, tidak perlu menambah pegawai, tidak perlu menyediakan pejabat baru, semuanya dikendalikan oleh NGO,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Yayasan Usahawan Wanita Cina Malaysia di Dewan Persatuan Hokkien, di sini, semalam.

Hadir sama Penasihat Eksekutif Persekutuan Persatuan-Persatuan Lim Malaysia dan Presiden Dewan Perniagaan Lim Sedunia, Tan Sri S P Lim serta Pengerusi Yayasan Usahawan Wanita Cina Malaysia, Jenny Lim.
Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM30 juta kepada yayasan berkenaan sebagai dana permulaan bagi membantu ibu tunggal dan wanita di kalangan golongan berpendapatan rendah di seluruh negara untuk memulakan perniagaan.

Konsep perkongsian itu memberi tanggungjawab kepada pihak swasta atau NGO untuk mengendalikan skim berkenaan termasuk menjalankan penguatkuasaan dan kutipan bayaran balik pinjaman.

Tiada ulasan: