Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Jumaat, 24 Jun 2011

UMS tetap syarat, guna kuasa mutlak universiti ambil penghuni kolej

DARIPADA BERITA HARIAN

2010/08/20
UNIVERSITI Malaysia Sabah (UMS) merujuk aduan Pelajar Tahun Akhir UMS pada 16 Ogos lalu dalam ruangan ini.

Dalam kenyataannya bertajuk Pelajar tahun akhir UMS rayu tinggal di kediaman kolej, beliau menyatakan masalah tidak mendapat penempatan di kolej kediaman.

Untuk makluman pengadu dan pembaca akhbar ini, UMS kini mempunyai lima kolej kediaman induk iaitu kolej AB, CD, E, Indah Permai dan Kolej King Fisher.

Dengan jumlah pelajar melebihi 15,000 orang, kolej kediaman sedia ada tidak mampu menampung keseluruhan mereka.

Sehubungan itu, beberapa kriteria ditetapkan sebagai panduan memberi penempatan kepada pelajar.

Keutamaan diberi kepada golongan kurang upaya dan Orang Asli, selain pelajar tahun satu yang diwajibkan tinggal di kolej kediaman.

Selain itu, pemilihan pelajar yang ditempatkan di kolej kediaman juga mesti tidak mempunyai masalah disiplin, aktif dalam aktiviti anjuran universiti dan menjelaskan semua bayaran atau hutang jika pernah memohon pendahuluan pelajar.
Bagi Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jawatankuasa Mahasiswa (JAKMAS) mereka secara automatik diberi penempatan di kolej kediaman.

Bagaimanapun, proses rayuan dibuka jika ada kekosongan membabitkan pelajar
menarik diri daripada tinggal di dalam kolej kediaman berkenaan.
Sehubungan itu, pelajar yang tidak mendapat tawaran boleh mengemukakan permohonan rayuan.
Penginapan seseorang pelajar ditentukan mengikut budi bicara dan kuasa mutlak universiti berdasarkan kekosongan dan kriteria yang ditetapkan.

Bagi pelajar yang tidak mendapat penempatan tetapi menghadapi pemotongan yuran penginapan, boleh membuat tuntutan di Pejabat Bendahari dengan membawa bersama borang pengesahan Non-Resident (NR).
BAHAGIAN PERHUBUNGAN KORPORAT,
UMS.
Dalam Berita Harian hari ini………online

Tiada ulasan: