Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Jumaat, 24 Jun 2011

Gantian MyKad kini boleh dibuat secara online

DARIPADA BERITA HARIAN


2011/04/20
PUTRAJAYA: Orang ramai yang ingin memohon gantian MyKad kini boleh melakukannya secara dalam talian melalui portal rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop. 
Menurutnya perkhidmatan itu memberi alternatif kepada orang ramai untuk mendapatkan gantian MyKad tanpa perlu ke kaunter sekali gus mengurangkan kesesakan di ibu pejabat JPN atau cawangannya.
"Tiga jenis permohonan gantian MyKad yang boleh dilakukan ialah gantian MyKad disebabkan cip dan kad rosak, gantian MyKad biasa dan gantian MyKad hilang yang tidak melebihi lima kali," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 kepada 341 kakitangan JPN di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah JPN, Datuk Alwi Ibrahim. 
Abu Seman berkata, bayaran permohonan secara dalam talian boleh dilakukan dengan menggunakan kad kredit Visa dan Master Card, manakala pembayaran melalui e-Banking akan dilaksanakan pada masa akan datang. 
Beliau berkata, pemohon boleh memohon gantian MyKad melalui portal JPN pada jam 8 pagi hingga 11 malam pada Isnin hingga Jumaat, jam 8 pagi hingga 2 petang (Sabtu) dan 8 pagi hingga 9 malam pada Ahad. 
Katanya, pemohon boleh menyemak status permohonan MyKad melalui portal JPN dan memilih pusat kutipan MyKad mengikut pilihan masing-masing. 
Beliau berkata, sehingga kini JPN menerima sebanyak 15 permohonan sejak diujicuba pada 15 April lalu termasuk satu permohonan daripada rakyat Malaysia di Australia. 
Tempoh siap MyKad yang dipohon melalui talian adalah sama seperti permohonan biasa di kaunter iaitu 24 jam bagi pemohon yang memilih untuk menuntut MyKadnya di JPN Putrajaya, 10 hari bekerja bagi mana-mana pejabat cawangan JPN di Semenanjung serta 30 hari bekerja bagi mana-mana pejabat cawangan JPN di Sabah, Sarawak atau Labuan. - BERNAMA 

Tiada ulasan: