Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Khamis, 14 Julai 2011

Peruncitan PTPL beri saingan

2011/06/24

OLEH kerana bidang keusahawanan masih baru di negara ini menyebabkan tidak ramai mahu menjadikannya sebagai kerjaya meskipun ia menawarkan pulangan lumayan sekali gus menjana ekonomi negara jika diusahakan dengan tersusun dan sistematik.

Kurangnya pengetahuan dan ilmu mengenai keusahawanan terutama dalam pengurusan peruncitan menambahkan lagi pandangan skeptikal terhadap bidang itu.

Dengan kata lain, pandangan masyarakat yang menganggap ilmu keusahawanan bersifat pengalaman dan fizikal semata-mata telah menjadikan usaha pelbagai pihak kurang berkesan.
Sebenarnya bidang keusahawanan bukan satu kerjaya yang sukar. Menerusinya, mereka yang berminat bukan saja mempelajari pengurusan peringkat asas tetapi pelbagai aspek berkaitan bagi membantu memperkukuhkan kerjaya serta perjalanan perniagaan yang diusahakan.

Menyedari hakikat ini, kolej PTPL menawarkan program Pengurusan Peruncitan di peringkat Diploma yang bernaung di bawah Sekolah Pengurusan Perniagaan & Pengajian Profesional bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pengurusan peruncitan melalui penggunaan aplikasi terkini yang digunakan dalam sistem peruncitan.

Antara ilmu pengurusan peruncitan yang perlu dipelajari dan diketahui ialah etika perniagaan, kewangan, pengurusan operasi, logistik , penyelidikan operasi dan pengurusan sumber manusia. Bidang ini mempunyai pelbagai aspek penting yang perlu dipelajari bagi memantapkan lagi penguasaan ilmu asas perniagaan.

Pengurusan logistik misalnya, memberi ilmu kepada pelajar bagaimana mereka harus mengetahui perubahan harga, akta-akta diguna pakai mahupun pengurusan dengan pihak berkaitan ketika syarikat atau individu menjalankan urus niaga. Jika tidak memahami konsep dipraktikkan, masalah pasti timbul sekali gus mencerminkan sikap tidak profesional sehingga menjejaskan reputasi.
Mereka yang berminat mempelajari bidang ini, perlu memenuhi kriteria ditetapkan iaitu lulus SPM/SPMV dengan memperoleh tiga kepujian dalam mana-mana mata pelajaran dan mempunyai sijil PTPL dalam bidang berkenaan atau sijil dari Politeknik, IPTA, IPTS yang memperoleh akreditasi atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Lembaga Akademik PTPL seterusnya layak melanjutkan pengajian dua tahun setengah tersebut.

Graduan dalam bidang ini mempunyai pilihan kerjaya yang amat luas setelah tamat pengajian. Sama ada mahu melanjutkan pengajian ke peringkat Bachelor di MSU (Management Science University) atau mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun swasta (IPTS), graduan juga boleh memilih untuk berkerja di beberapa organisasi antaranya, gedung serbaneka, peruncit produk kesihatan, makanan, pengguna dan perabot, “Franchising”, pasar raya besar dan kedai serbaguna.

Meskipun cabang pengurusan peruncitan lebih menjurus kepada kerjaya keusahawanan, namun ia juga sebenarnya boleh diguna pakai bagi sesiapa yang ingin menceburi kerjaya berkaitan pentadbiran perniagaan, sektor kerajaan mahupun swasta seperti perbankan. Malah ia juga memberi peluang pelajar melanjutkan pengajian hingga peringkat tertinggi seperti Doktor Falsafah yang boleh melahirkan pakar dalam pelbagai bidang seperti ekonomi.

Selain program ini, antara program di peringkat diploma yang ditawarkan menerusi Sekolah Pengurusan Perniagaan & Pengajian Profesional termasuklah Diploma Perakaunan, Diploma Pengurusan, Diploma Pemasaran, Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, dan Diploma Pengurusan Modal Insan.

Kumpulan Kolej PTPL mempunyai 10 cawangan di seluruh negara dengan lebih 17.000 pelajar. Pelajar lepasan SPM/SPMV yang berminat mendapatkan maklumat awal berhubung program yang ditawarkan dan tarikh kemasukan, boleh menghubungi 03-55136688 atau sms dengan menaip INFOPTPL nama emel dan hantar ke 013-2433677/017-3993034 atau 016-6308966 ataupun anda juga boleh melayari www.ptpl.edu,my

Tiada ulasan: