Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Selasa, 28 Ogos 2012

ASW 2020 agih pendapatan 6.60 sen seunit

Hamad Kama Piah dan Ahmad Sarji mengumumkan pengagihan pendapatan ASW 2020 di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Salhani Ibrahim Hamad Kama Piah dan Ahmad Sarji mengumumkan pengagihan pendapatan ASW 2020 di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Salhani Ibrahim
Bayaran babitkan jumlah RM981.89j

Anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd, Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.60 sen seunit kepada pemegang unit Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2012.
Kadar itu adalah lebih tinggi sedikit berbanding 6.50 sen seunit yang diagihkannya dalam tahun kewangan sebelumnya.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata pengagihan pendapatan bagi skim saham amanah berharga tetap bagi tahun kewangan dikaji itu membabitkan pembayaran berjumlah RM981.89 juta, naik sembilan peratus berbanding RM900.72 juta yang dibayar pada tahun kewangan sebelumnya.

Ia, katanya akan dinikmati 907,594 pemegang unit yang melanggan sejumlah 14.85 bilion unit dana amanah itu.

Beliau berkata, pengagihan pendapatan itu akan dibayar kepada pemegang unit dalam bentuk pelaburan semula yang akan dikreditkan secara automatik dalam buku pelaburan mereka.

Kredit dalam akaun KWSP
Bagi pemegang unit yang melanggan menerusi Skim Pelaburan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pula, ia akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan KWSP masing-masing.

“Semua urus niaga bagi ASW 2020 akan ditangguhkan bermula 24 Ogos sehingga 2 September ini bagi tujuan pengagihan pendapatan itu.

“Pemegang unit boleh mengemas kini buku pelaburan masing-masing di ibu pejabat, pejabat atau ejen ASNB di seluruh negara mulai 3 September ini,” katanya pada sidang media bagi mengumumkan pengagihan pendapatan ASW 2020 di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Pendapatan kasar RM887.05j

Ahmad Sarji berkata, setakat 15 Ogos lalu, ASW 2020 memperoleh pendapatan kasar berjumlah RM887.05 juta, dengan pendapatan dividen daripada syarikat pelaburan menyumbang sebanyak RM666.55 juta atau 55.3 peratus.

Beliau berkata, keuntungan dari penjualan saham dalam syarikat pula menyumbang 27.7 peratus atau RM334.59 juta, manakala pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan lain-lain pendapatan menyumbang RM204.62 juta atau 17 peratus daripada jumlah pendapatan kasar terbabit.

Sementara itu, Hamad Kama Piah berkata, PNB menjangkakan langganan lebih tinggi untuk unit saham amanahnya tahun ini daripada 17 bilion unit yang dilanggan tahun lalu.

Katanya, jangkaan itu berdasarkan 12 bilion langganan unit baru yang sudah dicatatkan dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

“Sehingga Julai lalu, pelaburan melalui kempen ‘Labur oh Labur’ atau ‘Let’s Online’ menarik langganan sebanyak 270 juta unit, 281 juta unit pada 2011,” katanya


SUMBER DARIPADA BERITA HARIAN 28.08.2012

Tiada ulasan: