Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Selasa, 24 April 2012

TINGGAL 7 HARI LAGI UNTUK MENGHANTAR BORANG BE

 
 TINGGAL 7 HARI LAGI UNTUK MENGHANTAR BORANG BE
Cyberjaya, 23 April - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memberikan peringatan kepada semua pembayar cukai bahawa tarikh akhir pengemukaan Borang BE bagi Tahun Taksiran 2011 adalah pada 30 April 2012. Ini bermakna hanya ada 7 hari sahaja lagi untuk berbuat demikian. Kegagalan mengemukakan borang ini adalah menjadi satu kesalahan dan tindakan boleh dikenakan amaun penalti tidak akan melebihi 3 kali ganda cukai yang dikenakan di bawah subseksyen 112 (3) mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967.
Justeru, LHDNM menyeru dan menasihatkan agar semua pembayar cukai untuk mengemukakan Borang BE Tahun Taksiran 2011 dalam tempoh yang telah ditetapkan. Sekiranya pembayar cukai memilih untuk menghantar melalui perkhidmatan e-Filing, maka tarikh akhir dilanjutkan pada 15 Mei 2012. e-Filing Mudah, Tepat dan Selamat.
Sebarang maklumat lanjut sila layari www.hasil.gov.my atau hubungi 1-300-88-3010.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Dikeluarkan oleh : Nor Azirah Mohd Said
Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tarikh : 23 April 2012
Nombor Telefon : 03-8313 8838
Nombor Faks : 03-8313 7835
Pusat Khidmat Pelanggan : 1-300-88-3010
www.hasil.gov.my
Untuk siaran segera

1 ulasan:

Prince of Noob berkata...

selamat malam ya... done follow - noob