Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Jumaat, 2 Mac 2012

Tangisan budak umpan mangsa

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

2012/03/02

SERDANG: Dengan menggunakan rakaman tangisan kanak-kanak atau jeritan individu dewasa meminta tolong, satu sindiket di sini dikesan memperdayakan mangsa kononnya ahli keluarga mereka diculik sebelum meminta wang tebusan mencecah puluhan ribu ringgit.

Difahamkan, sindiket didalangi warga tempatan itu dikesan menjejaki pergerakan ahli keluarga mangsa mereka sebelum menghubungi rumahnya selepas mengetahui anak mereka sudah ke sekolah atau berada di luar rumah.
Anggota sindiket menghubungi nombor telefon rumah mangsa dan mengarahkan mereka mendengar rakaman tangisan kanak-kanak dengan mendakwa anak mereka diculik dan mengugut akan membunuhnya jika wang tebusan diminta tidak dibayar dalam tempoh ditetapkan.
Dalam kes sebelum ini, mangsa didapati terpedaya tanpa membuat pemeriksaan susulan atau memaklumkan kepada polis. Bimbangkan keselamatan anak mereka bersetuju membayar wang tebusan diminta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Serdang, Asisten Superintendan Azani Saupi, berkata sepanjang tahun lalu pihaknya menerima lebih 10 laporan polis daripada ibu bapa mengatakan anak mereka diculik dan ada yang sudah membayar wang tebusan sehingga RM60,000


SUMBER DARIPADA BERITA HARIAN 2.2.2012

Tiada ulasan: