Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Khamis, 8 Mac 2012

Pengumuman SBPA daripada PM

2012/03/08

Najib umum SBPA batal, SSM ditambahbaik

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan pada 1 Januari lalu dibatalkan dan sistem saraan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan keputusan itu pada majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, sebentar tadi.

Berita harian 08.03.2012 


Pelarasan gaji berdasarkan jadual matriks SSM: PM

2012/03/08

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelarasan gaji berdasarkan jadual gaji matriks Sistem Saraan Malaysia (SSM) mengikut peratusan gred yang ditetapkan

Antaranya, pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54.
Bagi kumpulan Gred Utama C, B, A pelarasan gaji sebanyak sembilan peratus, manakala Gred Turus III dan II pelarasan gaji sebanyak lapan peratus.
Sementara itu, bagi Gred Turus I dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus

 BERITA HARIAN 08.03.2012


Kerajaan naikkan kadar COLA kepada RM250, RM150

2012/03/08

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi kawasan B dan C masing-masing dinaikkan kepada RM250 dan RM150 sebulan.

Sebelum ini, COLA bagi kawasan B dan C masing-masing ditetapkan pada kadar RM200 dan RM100
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan itu pada majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, sebentar tadi

Berita harian 08.03.2012

 


 

Tiada ulasan: