Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Rabu, 21 Mac 2012

Job:Jawatan Kosong DI Kemenetrian Pelajaran Malaysia

Iklan Permohonan Jawatan Jurulatih Sukan (Terbuka) di SSM Sabah


Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat beberapa jawatan kosong sebagai Jurulatih Sukan (Terbuka) di Sekolah Sukan Sabah. Maklumat lanjut adalah seperti lampiran di bawah :-



 IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN
 
JURULATIH SUKAN GRED 29 – 44 ( JAWATAN TERBUKA )
DI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA SABAH

1. Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Awam yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Jurulatih Sukan Gred 29 – 44 ( Jawatan Terbuka ) di Sekolah Sukan Malaysia Sabah.

2. Kekosongan jawatan adalah untuk jawatan Jurulatih Sukan bagi permainan berikut :
2.1 Renang
2.2 Terjun
2.3 Hoki
2.4 Olahraga

3. Faedah Kerja :
Pegawai yang berjaya dipilih ke jawatan Jurulatih Sukan Gred 29 – 44 ( Jawatan Terbuka ) akan menerima tiga (3) pergerakan gaji di atas tangga gaji hakiki semasa dalam skim perkhidmatan yang disandang ATAU mana-mana mata gaji yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

4. Cara Memohon
4.1 Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun di laman web www.moe.gov.my mulai 12 Mac 2012.
4.2 Semua permohonan hendaklah disertakan salinan sijil/dokumen sokongan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran paspot (tidak dikembalikan) dan dihantar melalui Ketua Jabatan kepada :
Pengarah
Bahagian Sukan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1 & 7, Blok E13, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
4.3 Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat permohonan.
4.4 Tarikh tutup permohonan pada 30 Mac 2012
Catatan :
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Calon-calon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.

Syarat Dan Kelayakan Permohonan Jawatan Jurulatih Terbuka
1. Syarat dan kelayakan:-

i. Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 29 sehinga Gred 44 (termasuk anggota polis/ anggota tentera/ anggota bomba);
ii. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun dan telah disahkan dalam jawatan sekarang;
a. Mempunyai Sijil Kejurulatihan sekurang-kurangnya Tahap 2 di peringkat persatuan kebangsaan atau Diploma Kejurulatihan dalam atau luar Negara yang diiktiraf oleh International Olympic Council (IOC) serta sijil yang setaraf dengannya atau Sijil Kejurulatihan tertinggi dalam sesuatu permainan di peringkat persatuan kebangsaan;
b. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang Lulus sekurang-kurangnya Tahap 2 Sains Sukan di bawah Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan;
c. Mempunyai syarat-syarat khusus yang diperakukan oleh badan-badan sukan kebangsaan yang berkenaan;
d. Berumur tidak melebihi daripada 52 tahun pada tarikh iklan ditutup;
e. Mempunyai minat yang tinggi dan disahkan sihat oleh pegawai perubatan kerajaan
.
2. Faedah Kerja :-
Pegawai yang berjaya dipilih ke jawatan Jurulatih Sukan Gred 29 – 44 ( Jawatan Terbuka ) akan menerima tiga (3) pergerakan gaji di atas tangga gaji hakiki semasa dalam skim perkhidmatan yang disandang ATAU mana-mana mata gaji yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam



Untuk maklumat terperinci. Sila layari PORTAL RASMI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DI http://www.moe.gov.my/index.php?id=234&aid=2482

2 ulasan:

Untung Forex Malaysia berkata...

Bro buat blog pasal jawatan kosong ke bro? cantik blog.

jaisabah berkata...

slmt pagi..trima kasih krn berkunjung ke blog saya..sya kongsikan maklumat2 terbaru dari berita2 di malaysia dan luar malaysia termasuklah kekosongan jawatan kerajaan dan swasta..inilah cara saya membantu kawan2 khususnya yang sya tak pernah kenal n jumpa..lau kenal senang g bap terus ja betau kan...Apa pun...Kejayaan dan peluang kita perlu kongsikan pada orang lain..itulah dalam hati saya