Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Selasa, 20 Disember 2011

Jangan tandatangan borang opsyen kosong: CUEPACS

2011/12/20

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Loke Yim Pheng hari ini menasihatkan penjawat awam supaya tidak menandatangani borang opsyen kosong kerana ia adalah dokumen amat penting yang akan menentukan kenaikan pangkat dan prospek kerjaya mereka di masa depan.

Beliau berkata, penjawat awam perlu memastikan borang berkenaan diisi dengan jadual gaji yang betul sebelum mereka menandatanganinya

Loke yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), kesatuan perguruan terbesar negara dan ahli gabungan CUEPACS, memberitahu BERNAMA pihaknya menerima aduan bahawa ada guru "dipaksa" menandatangani borang opsyen kosong.
“Kami amat bimbang dengan perkara ini dan menggesa ketua jabatan untuk tidak memaksa staf mereka menandatangani borang kosong hanya kerana tarikh akhir untuk menandatangani borang itu semakin hampir," katanya.

Kira-kira 1.4 juta penjawat awam diberikan opsyen untuk memilih skim gaji baru dan diberi tempoh sehingga 30 Disember untuk mengembalikan borang mereka. Jika mereka gagal berbuat demikian sehingga tarikh akhir itu, mereka akan kekal dalam skim perkhidmatan sedia ada.

Loke berkata, CUEPACS turut prihatin dan bimbang dengan nasib kira-kira 200,000 penjawat awam di Gred 17 N, W dan F kerana mereka diberikan tawaran kurang memuaskan.

Beliau menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberikan penjelasan mengenai skim baru itu kerana kebanyakan penjawat awam masih keliru dan tidak tahu berapa banyak manfaatnya kepada mereka. - BERNAMA


SUMBER PENUH DARIPADA BERITA HARIAN 20.12.2011

Tiada ulasan: