Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Khamis, 1 Disember 2011

Info banjir melalui TV, radio

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Orang ramai disarankan sentiasa mendengar liputan mengenai banjir menerusi siaran televisyen, radio serta memantaunya melalui laman web.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, televisyen dan radio sudah diarahkan untuk membuat liputan banjir melalui laporan berkala.
"Orang ramai juga boleh mengetahui keadaan banjir melalui portal www.portalbanjir.mkm.gov.my," katanya dalam satu sidang media berkenaan dengan taklimat pelan tindakan komunikasi menghadapi bencana banjir di sini, hari ini.
Tambah Rais, semua laporan yang dikeluarkan oleh pihak media juga mesti berasaskan daripada sumber yang rasmi supaya tidak timbul kekeliruan.
"Segala fakta yang dijelaskan melalui media harus dipastikan tepat terutamanya dalam melaporkan mengenai mangsa yang maut akibat banjir kerana ia akan mewujudkan kekeliruan kepada orang ramai.
"Pihak media juga diminta untuk melaporkan sebarang laporan mengenai kelewatan daripada segi bantuan kerana ia akan meningkatkan kualiti penghantaran bantuan kepada mangsa.
Jelasnya lagi, jadual pengedaran makanan kepada mangsa juga akan dipastikan mengikut jadual bagi mengelakkan sebarang kelewatan kepada mangsa banjir di 5,156 pusat pemindahan di seluruh negara.
Mengulas mengenai portal banjir yang baru dilancarkan semalam, Rais berkata, ia mendapat sambutan yang sangat baik daripada orang ramai.
"Mana-mana pihak yang ingin membuat aduan boleh terus menghubungi talian yang telah disediakan di laman portal berkenaan,'' jelasnya


SUMBER DARIPADA UTUSAN ONLINE 

Tiada ulasan: